Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Doraemon The Movie: Nobita’s Art World Tales Akan Ditayangkan Di Malaysia Mulai 17 Julai

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 3, 2025
in Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Doraemon The Movie: Nobita’s Art World Tales Akan Ditayangkan Di Malaysia Mulai 17 Julai
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat Doraemon pasti gembira kerana filem ke-44 bagi francais terkenal ini, Doraemon The Movie: Nobita’s Art World Tales, bakal menemui penonton di pawagam GSC seluruh Malaysia bermula 17 Julai 2025!

Diumumkan oleh Odex, filem terbaru ini akan membawa penonton ke dunia seni yang dipenuhi unsur misteri dan bahaya.

Kisahnya bermula apabila Nobita, yang sedang berusaha menyiapkan kerja sekolah musim panasnya menemui cebisan lukisan yang koyak, yang rupanya berkaitan dengan karya agung yang baru dijumpai dan dianggarkan bernilai berbilion yen.

Dengan bantuan alat rahsia Doraemon, Art Access Light, Nobita dan rakan-rakannya dibawa masuk ke dalam lukisan tersebut, menuju ke sebuah dunia era Eropah pertengahan yang dikenali sebagai Principality of Artoria.

Di sana, mereka berkenalan dengan Claire, seorang gadis misteri yang membimbing mereka dalam misi untuk mencari permata legenda, Artoria Blue. Namun, segalanya menjadi rumit apabila sebuah legenda purba yang mengisahkan kehancuran dunia mula bangkit, mengancam keselamatan Artoria dan misi mereka.

Mampukah Doraemon dan rakan-rakan menyelamatkan dunia dalam lukisan ini daripada musnah?

Diarahkan oleh Yukiyo Teramoto, wanita pertama yang mengarahkan filem dalam siri Doraemon, Nobita’s Art World Tales juga menandakan ulang tahun ke-45 warisan filem francais ini. Skrip pula ditulis oleh Satoshi Itō, penulis berpengalaman dalam dunia Doraemon.

Filem ini mula ditayangkan di Jepun pada 7 Mac 2025 dan mendapat sambutan hangat, menduduki tempat pertama box office dengan jualan sebanyak 571,000 tiket dalam tiga hari pertama, mengutip 702,817,200 yen (sekitar RM20.63 juta).

Ia terus kekal di tangga teratas selama enam minggu berturut-turut sebelum digantikan oleh Detective Conan: One-eyed Flashback.

Jika tidak sabar, anda boleh menonton lebih awal melalui Special Fan Screening yang hanya tersedia di GSC LaLaport BBCC pada 12 Julai jam 3 petang. Dengan membayar RM59, anda akan menerima Sun Visor, Coloring Sheet dan Collectible Movie Ticket. Maklumat lanjut di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Doraemon The Movie: Nobita's Art World Tales
ShareTweetSend
Previous Post

Lebih Banyak Cara Untuk ‘Survive’ – Once Human Berkembang Dengan Kandungan Baharu & Keluaran Konsol

Next Post

Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!
Industri

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!

July 3, 2025
Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!
Berita

Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!

July 3, 2025
Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!
Acara

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd