Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Callina Liang Akan Bawa Watak Chun-Li Dalam Filem Live Action Terbaru Street Fighter

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 24, 2025
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Callina Liang Akan Bawa Watak Chun-Li Dalam Filem Live Action Terbaru Street Fighter
Share on FacebookShare on Twitter

Hollywood kini dalam usaha menghidupkan semula francais ikonik CAPCOM, Street Fighter, dan menurut laporan dari Deadline, Callina Liang telah dipilih untuk memegang watak legenda seni bela diri, Chun-Li.

Liang sebelum ini dikenali menerusi lakonannya dalam Presence, Bad Genius dan Tell Me Everything. Filem ini akan diterbitkan oleh Legendary Entertainment.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Callina Liang (@callina.liang)

Liang sebagai Chun-Li bakal menyertai barisan pelakon antarabangsa yang sudah pun mencuri perhatian. Antara nama yang diumumkan sebelum ini ialah Andrew Koji (Warrior, Snake Eyes) sebagai Ryu dan Noah Centineo (Warfare, To All the Boys) sebagai Ken, musuh ketat yang juga sahabat baik Ryu.

Jason Momoa (Aquaman, A Minecraft Movie) dikatakan sedang dalam perbincangan untuk membawakan watak Blanka, manakala bintang WWE Roman Reigns (Fast & Furious Presents: Hobbs & Shaw) bakal memainkan watak Akuma.

Orville Peck, penyanyi dan pelakon teater Broadway Cabaret, akan memegang watak Vega, manakala Walton Goggins (Fallout) akan menghidupkan penjahat utama, M. Bison.

Walau bagaimanapun, semua nama ini masih berpandukan laporan awal dari Deadline dan belum disahkan secara rasmi. Jadi, peminat dinasihatkan supaya tidak terlalu berharap kerana ada kemungkinan senarai pelakon berubah, atau watak yang dilakonkan berbeza daripada yang dilaporkan.

Filem ini akan diarahkan oleh Kitao Sakurai, yang terkenal dengan karya seperti The Eric Andre Show dan Bad Trip. Ia pada asalnya dijadualkan untuk tayangan pada 20 Mac 2026 di bawah Sony, namun Sony telah menarik balik tarikh tayangan tersebut daripada jadual rasmi. Tarikh baru masih belum diumumkan, tetapi penggambaran dijangka bermula hujung tahun ini.

Anda boleh mencuba game terbaru dalam francais ini, Street Fighter 6, yang kini tersedia di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series, PC melalui Steam, dan Nintendo Switch 2.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Chun-LiStreet Fighter
ShareTweetSend
Previous Post

Game Mobile Black Clover M Terpaksa Ditutup Pada Ogos 2025

Next Post

Monster Hunter Wilds Dikecam Hebat Selepas Ulasan Steam Jatuh Ke “Overwhelmingly Negative”

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Mobile Black Clover M Terpaksa Ditutup Pada Ogos 2025
Mobile

Game Mobile Black Clover M Terpaksa Ditutup Pada Ogos 2025

June 24, 2025
Amir Ahnaf Jadi Thanos Versi Melayu dalam Promo Squid Game
Tempatan

Amir Ahnaf Jadi Thanos Versi Melayu dalam Promo Squid Game

June 24, 2025
Pembelian Tiket Kini Dibuka Untuk HoYo FEST 2025 Malaysia!
Acara

Pembelian Tiket Kini Dibuka Untuk HoYo FEST 2025 Malaysia!

June 24, 2025

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd