Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Interviu Onimusha: Way of the Sword – Babak Baharu Diukir dalam Tradisi & Inovasi

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 19, 2025
in Action, Artikel, Berita, PC, PS5, Steam, Temuramah, Xbox Series X|S
0 0
0
Interviu Onimusha: Way of the Sword – Babak Baharu Diukir dalam Tradisi & Inovasi
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas dua dekad menyepi, siri Onimusha kini bersedia untuk membuat kemunculan semula menerusi Onimusha: Way of the Sword, yang dibangunkan dengan enjin RE terkini oleh Capcom.

Dalam satu temu bual bersama kami, Pengarah Satoru Nihei dan Penerbit Akihito Kadowaki berkongsi aspirasi mereka dalam menghidupkan semula cult classic ini dengan menggabungkan elemen ikonik dari siri asal bersama sentuhan moden.

Kiri ke kanan: Pengarah Satoru Nihei dan Penerbit Akihito Kadowaki | Kredit: CAPCOM

Daripada latar baharu era Edo, sistem combat yang dikemas kini, hinggalah kepada aspek penerokaan, visi mereka menjanjikan sebuah game yang menghormati akar sejarahnya sambil membawa harapan baharu untuk masa depan francais ini.

Kisah Baharu Berlatar Zaman Edo

Kredit: CAPCOM

Usaha menghidupkan semula Onimusha bukanlah satu tugas yang mudah.

Menurut Kadowaki, keinginan untuk menghasilkan game baharu sebenarnya telah lama wujud dalam kalangan pasukan Capcom, namun komitmen terhadap projek lain serta keperluan untuk membentuk pasukan pembangunan yang mantap menyebabkan ia tertangguh.

“Pada awal 2020, masa yang sesuai akhirnya tiba apabila ahli teras dapat berkumpul, dan enjin RE juga telah matang dengan ketara; faktor-faktor ini akhirnya membolehkan pembangunan bermula,” katanya.

Kredit: CAPCOM

Berbeza dengan siri terdahulu yang berlatar zaman Sengoku yang penuh pergolakan, Way of the Sword memilih era Edo sebagai latar masa, satu keputusan yang dibuat bagi membawa nafas baharu kepada penceritaan.

Nihei menegaskan bahawa pemilihan Miyamoto Musashi, seorang samurai legenda yang terkenal dengan semangatnya yang bebas, sebagai watak utama adalah sangat disengajakan.

“Apabila menetapkan cerita pada zaman Sengoku, watak sering kali menjadi samurai yang berkhidmat kepada tuan atau wilayah tertentu. Walau bagaimanapun, Musashi hidup dengan bebas pada zaman Edo, dan gaya hidup bebas itu selari dengan cerita yang ingin kami sampaikan,” jelas Nihei.

Kredit: CAPCOM

Kisah ini turut memperkenalkan seorang wanita misteri yang tinggal di dalam sarung tangan milik Musashi, seperti yang diperlihatkan dalam trailer permainan.

Nihei mengusik tentang peranannya yang penting, katanya, “Seperti yang ditunjukkan dalam rakaman apabila menyerap Black Soul, dia sedar seketika pada saat itu… Dia akan memainkan peranan penting dalam cerita seterusnya.”

Watak sekutu yang penuh teka-teki ini dijangka membawa lapisan naratif, menambahkan unsur misteri dalam perjuangan Musashi menentang ancaman Genma.

Memelihara Gameplay Klasik dengan Sentuhan Moden

Kredit: CAPCOM

Buat peminat setia siri ini, kembalinya elemen penting seperti Issen (Critical & Deflect Critical) serta mekanik penyerapan roh pastinya memberi rasa nostalgia yang menyenangkan. Nihei menegaskan bahawa pasukannya mengambil pendekatan berhati-hati dalam menyeimbangkan antara tradisi dan pembaharuan:

“Kami menghabiskan banyak masa untuk mempertimbangkan dengan teliti elemen mana yang perlu diubah dan mana yang perlu dikekalkan… Kami membangunkan game ini untuk mencapai keseimbangan antara menghormati legasi siri dan memenuhi jangkaan gameplay moden.”

Sistem Chain Issen yang diinspirasikan daripada Onimusha: Dawn of Dreams turut diperkenalkan semula dengan penambahbaikan, manakala tambahan baharu seperti serangan critical berpandukan Blue Soul memberi dimensi strategi.

“Dengan mengumpul Blue Soul, pemain boleh melancarkan serangan critical yang kuat menggunakan skil khas,” kata Nihei, sambil merujuk kepada senjata seperti Dual Sword dan Hammer yang ditampilkan dalam trailer.

Kredit: CAPCOM

Walaupun keseluruhan gameplay berfokus pada aksi combat berasaskan senjata tajam, Nihei menjelaskan bahawa pedang tetap menjadi senjata utama Musashi, manakala skil khas digunakan untuk menambah variasi gaya serangan.

“Kerana kami komited sepenuhnya untuk mencipta aksi berasaskan pedang, senjata utama dalam game ini adalah pedang sahaja,” katanya.

Kredit: CAPCOM

Selain sistem combat yang dikenali, siri Onimusha juga terkenal dengan elemen teka-teki yang mencabar. Dalam Way of the Sword, aspek ini diberi pendekatan baharu yang lebih selaras dengan penerokaan dunia permainan.

Menurut Nihei, teka-teki skrin tetap yang sinonim dengan judul lama telah diganti dengan gaya permainan yang lebih mengalir dan tidak mengganggu momentum.

“Walaupun game ini tidak menampilkan elemen teka-teki tradisional yang terhad kepada skrin tetap, ia menawarkan pengalaman yang menggalakkan penerokaan dan penyelesaian masalah,” katanya.

Dengan adanya Oni Vision yang membolehkan pemain melihat elemen tersembunyi, pengalaman meneroka menjadi lebih luas, sekaligus menggalakkan eksperimen dan pencarian rahsia sepanjang perjalanan.

Visi Pengarah yang Dibentuk oleh Kepakaran Aksi

Sebagai projek sulung arahan Nihei, Way of the Sword banyak mencerminkan kepakarannya dalam menghasilkan game aksi merentasi pelbagai jenis dunia.

“Setelah mencipta game aksi yang berlatarkan pelbagai dunia seperti zaman Sengoku, fantasi tinggi, dan sains fiksyen, kekuatan kami terletak pada mencipta aksi watak yang memanfaatkan sepenuhnya ciri-ciri unik setiap latar,” kongsinya.

Kepakaran ini jelas kelihatan dalam kualiti kerja motion capture yang digunakan bagi babak pertarungan serta adegan sinematik, memberikan pergerakan samurai yang lebih realistik dan membina suasana dunia fantasi gelap yang benar-benar terasa hidup.

Kredit: CAPCOM

Onimusha: Way of the Sword menjadi bukti dedikasi Capcom untuk menghidupkan semula salah satu francais kesayangan dengan teliti dan penuh aspirasi.

Dengan latar baharu era Edo, sistem gameplay klasik yang ditambah baik, serta pendekatan penerokaan moden, Nihei dan Kadowaki sedang membentuk sebuah karya yang menghormati legasi lama sambil berani meneroka arah baharu.

Kredit: CAPCOM

Onimusha: Way of the Sword akan dilancarkan pada tahun 2026 di PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam. Untuk info lanjut, layari laman web rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: interviuOnimusha: Way of the Sword
ShareTweetSend
Previous Post

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

Next Post

Aplikasi Pendidikan “Climate Station” Dilancarkan Percuma Untuk PS5 & PS VR2!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Civilization: Eras & Allies Lancar Hari Ini di Malaysia, Memberi Definisi Baru Kepada Genre Mobile Strategy!
Berita

Civilization: Eras & Allies Lancar Hari Ini di Malaysia, Memberi Definisi Baru Kepada Genre Mobile Strategy!

June 19, 2025
Aplikasi Pendidikan “Climate Station” Dilancarkan Percuma Untuk PS5 & PS VR2!
Berita

Aplikasi Pendidikan “Climate Station” Dilancarkan Percuma Untuk PS5 & PS VR2!

June 19, 2025
Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Next Post
Aplikasi Pendidikan “Climate Station” Dilancarkan Percuma Untuk PS5 & PS VR2!

Aplikasi Pendidikan "Climate Station" Dilancarkan Percuma Untuk PS5 & PS VR2!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd