Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Trailer Baru Untuk The Elder Scrolls Online: Seasons of the Worm Cult Part 1 & Fallout 76: Gone Fission!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 9, 2025
in Artikel, Berita, Microsoft, MMORPG, PC, PS5, Shooter, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Trailer Baru Untuk The Elder Scrolls Online: Seasons of the Worm Cult Part 1 & Fallout 76: Gone Fission!
Share on FacebookShare on Twitter

Bethesda telah memperkenalkan trailer baharu untuk The Elder Scrolls Online dan Fallout 76 semasa Xbox Games Showcase, menampilkan pelbagai kandungan menarik yang akan datang dan sudah dilancarkan untuk kedua-dua game ini.

The Elder Scrolls Online: Seasons of the Worm Cult Part 1

ZeniMax Online Studios telah mempamerkan trailer gameplay bagi Seasons of the Worm Cult Part 1 di acara tersebut. Trailer ini memperlihatkan pelbagai cara pemain boleh meneroka dunia Tamriel: sama ada secara solo ataupun bersama komuniti ESO.

Selepas pelancarannya pada 2 Jun untuk PC dan Mac, update ini akan membawa pemain ke zon baharu bernama Western Solstice, sambil meneruskan jalan cerita utama yang telah bermula lebih daripada sepuluh tahun lalu. Pemain konsol pula akan dapat mengaksesnya bermula 18 Jun.

Selain itu, Update 46 yang diberikan secara percuma kepada semua pemilik game asas turut diperkenalkan: termasuk sistem Subclassing yang membolehkan pemain menggabungkan pelbagai Skill Line daripada kelas berbeza untuk lebih banyak pilihan customization.

Bagi pemain yang sudah lama tidak bermain, sistem Hero’s Return akan membantu mereka kembali ke dalam game dengan pelbagai ganjaran menarik dalam game.

Fallout 76: Gone Fission

Bethesda Game Studios turut memperkenalkan trailer pelancaran untuk Gone Fission, update terbaru Fallout 76, semasa Xbox Games Showcase. Dilancarkan pada 3 Jun, update percuma ini memperkenalkan aktiviti memancing ke dalam Wasteland: memberikan pengalaman santai baharu kepada pemain di semua platform.

Pemain boleh bereksperimen dengan jenis umpan, cuaca, joran, dan lokasi berbeza untuk menangkap pelbagai jenis ikan, termasuk spesies biasa, salah satu daripada 12 Axolotl eksklusif bulanan, ataupun Local Legends yang sukar ditemui.

Update ini juga memperkenalkan kawasan baharu bernama Fisherman’s Rest di Mire, yang kini menjadi tempat tinggal kepada Linda-Lee, seekor ketam pertapa gergasi yang akan menukar item Legendary dengan Fish Bits.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Fallout 76: Gone FissionThe Elder Scrolls Online: Seasons of the Worm Cult Part 1
ShareTweetSend
Previous Post

Nova Esports Ialah Juara MKL Spring Season 2025!

Next Post

Mafia: The Old Country – Gameplay & Sinematik Baharu Di Summer Game Fest

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Interviu Civilization: Eras & Allies – Produser Cliff Lance Menjelaskan Permulaan Era Baharu 4X
Temuramah

Interviu Civilization: Eras & Allies – Produser Cliff Lance Menjelaskan Permulaan Era Baharu 4X

June 9, 2025
ROG Xbox Ally & Xbox Ally X – Revolusi Baru Dalam Segmen Handheld Gaming!
Teknologi

ROG Xbox Ally & Xbox Ally X – Revolusi Baru Dalam Segmen Handheld Gaming!

June 9, 2025
Reviu How to Train Your Dragon (2025) – Naga Terbang Dari Animasi ke Realiti!
Review

Reviu How to Train Your Dragon (2025) – Naga Terbang Dari Animasi ke Realiti!

Next Post
Mafia: The Old Country – Gameplay & Sinematik Baharu Di Summer Game Fest

Mafia: The Old Country - Gameplay & Sinematik Baharu Di Summer Game Fest

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd