Menjelang ketibaan update Zenless Zone Zero 2.0, sambutan anniversary game ini hadir bersama pelbagai ganjaran menarik dan banner baharu.
Pemain bakal menerima seorang Agent S-Rank serta satu W-Engine S-Rank secara percuma, selain kemunculan watak hebat seperti Yixuan dan Ju Fufu. Banner rerun untuk Astra Yao dan Caesar juga bakal tersedia.
Dengan pelbagai pilihan dan sumber yang terhad, ramai pemain mula tertanya-tanya siapakah watak terbaik untuk dipilih. Panduan ini akan membantu anda mengenal pasti tumpuan utama update ini serta memberikan cadangan terbaik dalam merancang pull dan pelaburan sumber anda untuk membina barisan Agent yang mantap dan fleksibel.
Banner Baharu
Yixuan

Yixuan (S-Rank) ialah seorang watak unik dengan elemen Auric Ink dengan Specialty Rupture. Keistimewaannya terletak pada penggunaan Sheer Force yang mampu mengabaikan pertahanan musuh dan menghasilkan ala True Damage, menjadikannya sangat efektif menentang musuh dengan daya tahan tinggi.
Sistem kemahirannya agak kompleks kerana melibatkan tiga sumber — Adrenaline, Technique Points, dan Auric Ink — yang mencipta irama pertarungan dua ultimate. Disebabkan Sheer Force berskala mengikut HP dan Attack, build berasaskan HP akan memberi kesan berganda: meningkatkan damage dan juga ketahanan.
Watak support utama buat masa ini ialah Pan Yinhu (A-Rank), manakala Ju Fufu dijangka menjadi partner tetap Yixuan pada update akan datang. Jika anda bercadang untuk pull Yixuan, disarankan sekurang-kurangnya M0+S1 (Watak + W-Engine-nya).
Jika ada sumber lebih, meningkatkan ke M2+S1 akan menjadikan rotasi skill lebih lancar dan efisien.
Ju Fufu

Ju Fufu ialah Agent S-Rank elemen Fire dengan peranan Stun yang mudah digunakan dan mesra pengguna. Dia mempunyai keupayaan AoE Stun yang boleh diharap serta memberikan buff Critical Damage kepada seluruh pasukan.
Gaya permainannya berpusat pada interaksi antara Might dan Hu Wei — di mana menaik taraf skill akan memanggil Hu Wei untuk melancarkan serangan api.
Apabila Might penuh, kemahiran kombonya bukan sahaja meningkatkan damage sendinri tetapi juga Critical dan Ultimate pasukan. Ju Fufu sangat fleksibel dan berfungsi dengan baik bersama Yixuan, Evelyn, mahupun Hugo.
Dia sangat berkesan walaupun pada M0+S0, namun peningkatan ke M2 akan membantu dari segi kestabilan skill dan damage output. Oleh kerana tidak memerlukan W-Engine khusus, kos pelaburannya juga rendah. Jika anda ingin bina pasukan baharu bersama Yixuan, Ju Fufu adalah rakan sepasukan penting.
Jika sudah ada DPS utama yang mantap, dia tetap pilihan bijak untuk fungsi stun dan support.
Watak Rerun
Astra Yao

Astra Yao terkenal dengan kemampuan healing yang konsisten serta buff pasukan yang kuat, menjadikannya antara support terbaik dalam meta sekarang. Jika anda masih belum memiliki support utama, dia menjadi pilihan wajib.
Dia berfungsi baik walaupun pada M0+S0, tetapi jika mampu, peningkatan ke M1 atau M2 amat disarankan untuk tempoh skill aktif yang lebih panjang dan sokongan lebih kukuh.
Caesar King

Caesar King ialah support bertemakan “Defense” dengan serangan fizikal jarak dekat yang padu. Dia boleh memberi shield, buff anti-interrupt, dan sedikit peningkatan attack kepada pasukan. Walaupun mempunyai beberapa elemen stun dan support, kegunaannya lebih menonjol dalam pertempuran yang memerlukan ketahanan tinggi.
Jadi, dia lebih kepada “bagus jika ada” berbanding “wajib dimiliki”. Jika anda sudah ada support atau tank yang kukuh, keutamaan Caesar agak rendah.
Pilihan Agent S-Rank Percuma
Lycaon

Stunner elemen Ice yang hebat, sesuai untuk menentang musuh yang lemah kepada Ice. Dia boleh mengurangkan resistance Ice dan meningkatkan damage pasukan. Berfungsi baik secara umum, tetapi kurang efektif terhadap musuh neutral terhadap Ice. M1 atau M2 sangat digalakkan untuk menjadikan dia pilihan kukuh — disarankan untuk dipilih.
Rina

Memberikan Pen Ratio dan memanjangkan status Electric pada musuh, meningkatkan output damage Electric untuk seluruh pasukan. Nilai sebenarnya hanya menyerlah selepas M1 — M0 terlalu lemah. Sekurang-kurangnya satu salinan sangat disyorkan dan patut dipertimbangkan untuk dapat.
Soldier 11

Attacker elemen Fire yang boleh menggantikan Evelyn jika anda belum memilikinya. Namun, untuk menyamai tahap DPS watak terhad, dia memerlukan pelaburan tinggi (M2 atau lebih). Disyorkan jika anda mahukan damage tinggi atau ingin fokus membina pasukan Fire.
Koleda

Pengganti kepada Lighter dalam pasukan Evelyn. Dia mempunyai kelajuan stun yang baik dan boleh tingkatkan damage combo. Namun, selepas kemunculan Ju Fufu, nilai Koleda menurun. Jika anda bercadang untuk pull Ju Fufu, disyorkan untuk abaikan Koleda.
Grace

Skillnya hanya berguna selepas M1. Digunakan dalam pasukan Hoshimi Miyabi sebagai watak Anomaly. Namun, dengan kehadiran banyak alternatif lain seperti Asaba Harumasa, Grace kini agak ketinggalan dan tidak digalakkan.
Nekomiya Mana

Tidak mempunyai kekuatan mahupun utiliti dalam meta semasa. Tidak disarankan sama sekali.
Pilihan W-Engine S-Rank Percuma
The Brimstone (Attack)

W-Engine jenis Attack yang sangat serba boleh. Sesuai dengan kebanyakan attacker, khususnya Soldier 11. Disyorkan sebagai pilihan utama untuk dapat.
Weeping Cradle (Support)

W-Engine khas untuk Rina yang memberi buff attack kepada pasukan dan menjana energy dari luar medan. Amat berguna untuk Rina dan tetap berguna walaupun anda tidak menggunakannya. Patut diambil.
The Restrained / Hellfire Gears (Stun)


Fungsi mirip dengan “Steam Oven”. Tidak cukup kuat untuk dijadikan pilihan utama. Tidak disyorkan.
Fusion Compiler (Anomaly)

Setara dengan “Weeping Gemini”. Melainkan anda mempunyai build yang sangat khusus, ia bukan keutamaan.
Steel Cushion (Attack)

Memberi bonus damage fizikal tetapi memerlukan serangan dari belakang untuk efek tambahan. Agak sukar untuk digunakan dengan berkesan. Tidak digalakkan.
Zenless Zone Zero 2.0 tersedia sekarang di PC (Epic Games Store, HoYoPlay), PlayStation 5, iOS, Android, dan Xbox Series X/S. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi.
Untuk rujuk panduan lain bagi versi ini, sila tekan mana-mana pautan di bawah:
- Panduan Dapatkan Polychrome Maksimum
- Agent, Bangboo, W-Engine & Drive Disc Baru Untuk Update 2.0
- Panduan Lengkap untuk Yixuan
- Panduan Lengkap Untuk Pan Yinhu
@gamersantaimy
Discussion about this post