Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Judul PERCUMA seterusnya untuk Epic Games Store diumumkan! Memang SERAM!

Dua judul seram untuk santapan pemain pada 17 Oktober.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 11, 2019
in Artikel, Berita, Bimbingan, Epic Store, PC
0 0
0
Judul PERCUMA seterusnya untuk Epic Games Store diumumkan! Memang SERAM!
Share on FacebookShare on Twitter

Dua permainan video percuma seterusnya yang boleh anda tuntut dari Epic Games Store telah didedahkan. Bermula dari 17 Oktober, anda boleh dapat game thriller psikologi Observer dan horror shooter Alan Wake’s American Nightmare secara percuma. Apa yang anda perlukan adalah akaun Epic Games Store dan launcher.

Observer membintangi Rutger Hauer sebagai Daniel Lazarski, yang merupakan salah seorang Observers. Lazarski mempunyai keupayaan untuk menggodam minda orang untuk menyoal siasat mereka serta keupayaan untuk melihat persekitarannya dengan augmented vision. Apabila Lazarski menerima panggilan daripada anaknya dan jumpa sebuah mayat, dia terperangkap ke dalam dunia yang penuh konspirasi dan rahsia. Observer mempunyai banyak teka-teki dan banyak keseronokan siber jika anda berminat game seperti Blade Runner.

https://www.youtube.com/watch?v=IUzXJ44q9EY

Alan Wake’s American Nightmare adalah spinoff kepada horror shooter Alan Wake pada 2010 dan memberi tumpuan lebih kepada pertempuran berbanding pendahulunya. Mode kempen utama disertai dengan mode arked di mana Alan boleh berlawan gelombang demi gelombang musuh yang semakin sukar. Ia lebih berorientasi aksi berbanding seram untuk Alan Wake, tetapi masih kekal menyeronokkan.

Permainan video di atas akan menggantikan Surviving Mars oleh Paradox dan Haemimont sebagai game percuma Epic Games Store. Surviving Mars adalah city-building management sim yang berlangsung di Marikh. Anda bertanggungjawab untuk mengumpul sumber, membina pangkalan, dan berusaha untuk bertahan hidup dalam persekitaran yang tidak menyenangkan. Anda boleh menebus Surviving Mars dan DLC Space Race-nya sekarang secara percuma di Epic Games Store.

Sumber – Techraptor

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Alan Wake's American NightmareDaniel Lazarskiepic games storeObserverSurviving Mars
Previous Post

Artis Antarabangsa Isamu Kamikokuryo & Benoit Ferriere menyertai pasukan GUNGRAVE G.O.R.E!

Next Post

GameStart Asia 2019 akan bermula ESOK! Khas untuk Gamers di Asia Tenggara!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!
Temuramah

Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!

June 8, 2025
Next Post
GameStart Asia 2019 akan bermula ESOK! Khas untuk Gamers di Asia Tenggara!

GameStart Asia 2019 akan bermula ESOK! Khas untuk Gamers di Asia Tenggara!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd