Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu RAIDOU Remastered: The Mystery of the Soulless Army – Ikon Era PS2 Dengan Wajah Baru

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 29, 2025
in Action, Artikel, Berita, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, PC, Preview, PS4, PS5, RPG, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Previu RAIDOU Remastered: The Mystery of the Soulless Army – Ikon Era PS2 Dengan Wajah Baru
Share on FacebookShare on Twitter

RAIDOU Remastered: The Mystery of the Soulless Army menghidupkan semula RPG aksi klasik era PS2 dari ATLUS dengan nafas baru. Judul ini menggabungkan elemen penyiasatan supernatural dengan combat real-time, berlatarbelakangkan Tokyo era 1930-an yang penuh fantasi.

Previu ini menyelami sesi tutorial permainan, yang memperkenalkan pemain kepada penyiasatan Raidou Kuzunoha XIV dalam satu kes penculikan misteri yang penuh tanda tanya.

Dengan visual yang diperbaharui, sistem combat yang dipertingkatkan, dan pelbagai ciri kualiti hidup baharu, gambaran awal ini membawa pemain meneroka mekanik gameplay teras serta suasana era Taisho, menjanjikan pengalaman yang menarik sama ada untuk pemain baharu mahupun peminat lama.

Segmen Awal Sebagai Devil Summoner

Kisah bermula dengan seorang Devil Summoner yang baru dilantik, baru sahaja mewarisi gelaran Raidou Kuzunoha XIV. Sebagai pewaris kepada puak Kuzunoha yang telah mempertahankan dunia daripada ancaman iblis selama lebih 1,300 tahun, protagonis ini memikul tanggungjawab besar untuk meneruskan legasi itu.

Namun, sebelum pengembaraan sebenar bermula, ketua kampung mengadakan satu ujian terakhir bagi menentukan sama ada dia benar-benar layak memegang gelaran tersebut.

Kredit: ATLUS

Ujian ini juga berperanan sebagai pengenalan kepada sistem combat secara berperingkat. Tidak seperti kebanyakan game dalam siri Shin Megami Tensei yang menggunakan sistem turn-based, RAIDOU Remastered: The Mystery of the Soulless Army membawa pendekatan RPG aksi yang unik dan jarang diterokai dalam francais ini.

Setiap pertemuan dengan musuh akan membawa anda ke dalam arena, di mana anda boleh melakukan normal attack, heavy attack, mengelak, melompat, dan block. UI memaparkan bar HP dan MAG (Magnetite, digunakan untuk melancarkan skill khas), bersama pilihan tindakan dan slot untuk memanggil iblis sebagai ahli parti.

Kredit: ATLUS

Pada permulaan, gaya bertarung protagonis agak standard, namun semakin banyak kemahiran akan dibuka apabila anda maju dalam game. Salah satu elemen penting dalam combat ialah penggunaan magic elemental untuk mengeksploitasi kelemahan musuh.

Jika berjaya, serangan ini boleh menyebabkan musuh menjadi stun buat sementara waktu dan memastikan semua serangan anda mengenai sasaran sebagai critical hit.

Kredit: ATLUS

Selain serangan jarak dekat, anda turut dibekalkan pistol untuk serangan jarak jauh, berguna untuk mengganggu pergerakan musuh. Untuk pendekatan yang lebih agresif, ada juga Devil’s Feint, sebuah manuver mengelak yang meletakkan anda di belakang musuh dengan pantas.

Kredit: ATLUS

Sebagai Devil Summoner, anda boleh merekrut iblis melalui rundingan atau dengan menggunakan Art of Confinement.

Walaupun anda tidak boleh mengawal mereka sepenuhnya dalam pertarungan, anda boleh menetapkan tingkah laku mereka—sama ada untuk fokus mengeksploitasi kelemahan musuh atau bermain secara lebih defensif demi menjimatkan MAG.

Kredit: ATLUS

Sesi tutorial ini diakhiri dengan pertarungan bos menentang Pagan Queen Okiku-Mushi, yang menjadi medan ujian untuk semua mekanik yang telah dipelajari.

Setelah berjaya menewaskannya, protagonis membuktikan kelayakannya sebagai Raidou Kuzunoha XIV dan memulakan perjalanan besar sebagai Devil Summoner baharu, ditemani oleh seekor kucing hitam yang boleh bercakap bernama Gouto-Douji.

Visual Baharu dengan Sentuhan Nostalgia

Daripada sesi gameplay singkat ini, salah satu perkara yang paling mencuri perhatian adalah kualiti visualnya.

Walaupun pada pandangan awal kelihatan seperti sekadar peningkatan resolusi, hakikatnya game ini telah menerima sentuhan visual yang jauh lebih menyeluruh. Hampir kesemua aset dan model watak telah dibangunkan semula sepenuhnya dari awal.

Kredit: ATLUS

Menariknya, meskipun penambahbaikan besar dilakukan, game ini masih mengekalkan estetika klasiknya, membuatkan ia tetap terasa seperti versi original dari era PS2. Mungkin inilah sebab ramai yang masih berasa seperti bermain versi lama yang dikenali.

Selain penambahbaikan pada aset, UI juga telah diberi nafas baharu — lebih moden, lebih mesra mata, dan lebih mudah dinavigasi.

Kredit: ATLUS

Pendapat

Walaupun hanya daripada sesi singkat ini, RAIDOU Remastered: The Mystery of the Soulless Army sudah jelas menunjukkan peningkatan kualiti yang jauh melangkaui standard remaster biasa.

Kalau sebelum ini Raidou yang asal sering dilihat sebagai ‘adik’ kepada sekuelnya, versi remaster ini berjaya menaikkan taraf ke tahap yang setara—jika tidak lebih baik. Pembangun benar-benar berjaya membawa penambahbaikan yang ketara, tanpa mengorbankan identiti dan daya tarikan asal gameplay.

Ini membuatkan saya semakin tidak sabar untuk melihat sejauh mana peningkatan yang akan ditawarkan dalam versi penuh nanti.

Kredit: ATLUS

Game ini akan tersedia di Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series X|S, Xbox One, dan PC (Steam) pada 19 Jun 2025. Maklumat lanjut boleh didapati di SINI.

Tags: previuRaidou Remastered: The Mystery of the Soulless Army
ShareTweetSend
Previous Post

Filem & Siri Baharu Di Netflix Pada Jun 2025 – Cadangan Wajib Tonton!

Next Post

Persona5: The Phantom X Sah Tiba Di Malaysia Pada 3 Julai 2025, Pra-pendaftaran Kini Dibuka

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Persona5: The Phantom X Sah Tiba Di Malaysia Pada 3 Julai 2025, Pra-pendaftaran Kini Dibuka

Persona5: The Phantom X Sah Tiba Di Malaysia Pada 3 Julai 2025, Pra-pendaftaran Kini Dibuka

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd