Xbox Game Studios bersama pembangun The Coalition, Sumo Interactive, dan Disbelief telah mengumumkan Gears of War: Reloaded, versi remaster kepada judul third-person shooter ikonik pada 2006.
Ia dijadualkan keluar pada 26 Ogos untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC (melalui Steam dan Microsoft Store). Menyokong fungsi cross-play dan cross-progression merentas semua platform, ia juga akan tersedia melalui Game Pass. Pemilik Gears of War: Ultimate Edition pula akan menerima naik taraf ke Reloaded secara percuma.

Bagi meraikan salah satu francais game paling berpengaruh, Gears of War: Reloaded membawakan pengalaman terbaik dengan sokongan resolusi 4K, multiplayer pada 120 FPS, serta peningkatan visual hebat yang dioptimumkan untuk perkakasan moden.
Remaster ini memperkenalkan dunia ganas Gears of War kepada generasi baharu sambil menawarkan pengalaman penuh kepada peminat lama, termasuk semua kandungan daripada Gears of War: Ultimate Edition.
Pemain akan mendapat akses terus kepada semua DLC pasca-pelancaran tanpa bayaran tambahan, termasuk Campaign tambahan, semua peta dan mod multiplayer, serta senarai penuh watak klasik dan kosmetik yang boleh dibuka melalui kemajuan permainan.

Direka untuk pengalaman bermain bersama, Reloaded menyokong two-player co-op untuk mod Campaign dan sehingga lapan pemain dalam mod Versus Multiplayer.
Dengan sokongan cross-play, rakan-rakan boleh bermain bersama di PlayStation, Xbox dan PC tanpa perlu akaun Microsoft, walaupun log masuk menggunakan akaun Microsoft membolehkan pengalaman penuh cross-progression untuk Campaign dan multiplayer, termasuk menghantar jemputan dan bermain merentas platform dengan lebih lancar.

Remaster ini dibina semula menggunakan teknologi moden, menampilkan 4K resolution, 60 FPS dalam kempen, 120 FPS dalam multiplayer, High Dynamic Range (HDR), Dolby Vision, serta audio 7.1.4 Dolby Atmos dan 7.1.4 Spatial 3D.
Peningkatan lain termasuk Variable Refresh Rate (VRR), tekstur yang diperbaharui, bayang-bayang dan pantulan lebih realistik, super resolution dengan anti-aliasing dipertingkatkan, efek post-processing yang lebih kaya, serta tiada loading screen sepanjang Campaign.

Dari segi jalan cerita, ia kekal setia kepada klasik original. Bertempat di planet Sera yang dilanda peperangan, Gears of War: Reloaded mengikuti kisah Marcus Fenix, seorang askar yang dibebaskan dari penjara untuk membantu melawan Locust Horde — makhluk bawah tanah yang memusnahkan hampir keseluruhan populasi manusia pada Emergence Day.
Bersama Dominic Santiago dan ahli Delta Squad lain, Marcus berjuang untuk bertahan hidup dan membongkar asal-usul ancaman Locust ini.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.
@gamersantaimy
Discussion about this post