Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Doom: The Dark Ages Dedahkan “Cosmic Realm” dalam Gameplay Terbaru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 29, 2025
in Action, Artikel, Battle.net, Berita, Microsoft, PC, PS5, Shooter, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Doom: The Dark Ages Dedahkan “Cosmic Realm” dalam Gameplay Terbaru!
Share on FacebookShare on Twitter

Game aksi yang dinanti-nantikan dari id Software, Doom: The Dark Ages, bakal dilancarkan pada 15 Mei, dan Game Director Hugo Martin baru sahaja mendedahkan elemen baharu yang menarik – Cosmic Realm.

Dimensi unik ini membuka lembaran baharu dalam alam Doom, menggabungkan mekanik gameplay inovatif dalam kempen single-player yang merangkumi 22 level, semuanya dibangunkan dengan enjin generasi baharu, idTech 8.

Cosmic Realm digambarkan sebagai sebuah dimensi asing yang luas dan aneh, menjadi tumpuan utama dalam aspek penerokaan permainan.

Buat julung kalinya, pemain akan menjelajahi dunia yang terhasil daripada pakatan gelap antara Hell dan dimensi misteri ini, sambil berhadapan dengan musuh baharu yang direka khas untuk menguji kemahiran Doom Slayer secara maksimum.

Kredit: id Software

Antara musuh yang paling mencabar termasuk Cosmic Baron—raksasa berbahaya yang menggunakan dua bilah senjata untuk serangan jarak dekat tanpa henti, disertai peluru psionik yang mampu menyekat serangan dan mengurangkan nyawa pemain.

Pemain yang cekap boleh menangkis serangan ini untuk mendapatkan kelebihan dalam pertempuran jarak dekat. Turut diperkenalkan ialah Cacodemon versi baharu, kini dalam bentuk hibrid telepatik antara Hell dan Cosmic Realm, lengkap dengan perisai canggih dan serangan tentakel.

Kredit: id Software

Bagi membantu pemain menghadapi cabaran ini, Doom: The Dark Ages memperkenalkan Reaver Chainshot—senjata purba dari dimensi luar biasa. Mace besi ini mempunyai serangan yang boleh digunakan dalam dua mod: pukulan pantas dan Chaos Sphere yang dicas untuk serangan jarak jauh yang boleh memecahkan tulang musuh.

Kredit: id Software

Cosmic Realm dihidupkan sepenuhnya melalui kuasa enjin idTech 8, yang menampilkan mod grafik dengan pencahayaan dinamik raytracing sepenuhnya dan prestasi lancar 60 fps di konsol. Enjin ini membolehkan reka bentuk kawasan yang lebih luas, jarak pandangan lebih jauh, dan lebih ramai musuh di skrin sekaligus.

Bagi mereka yang tidak sabar untuk menyertai pengembaraan ini lebih awal, Edisi Premium akan memberikan akses bermula 13 Mei. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: DOOM: The Dark Ages
ShareTweetSend
Previous Post

Elden Ring: Nightreign – Adakah PC Anda Bersedia? Ini Spesifikasi Rasminya!

Next Post

Khabar Angin Overwatch 3 – Bukan Lagi Hero Shooter, Tapi MOBA untuk Mobile?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Khabar Angin Overwatch 3 – Bukan Lagi Hero Shooter, Tapi MOBA untuk Mobile?

Khabar Angin Overwatch 3 – Bukan Lagi Hero Shooter, Tapi MOBA untuk Mobile?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd