HoYoverse mengesahkan bahawa Genshin Impact Version 5.6, bertajuk “Paralogism,” bakal dilancarkan pada 7 Mei 2025. Update ini memperkenalkan bab Archon Quest Interlude baharu di Mondstadt, acara pengurusan taman tema di Fontaine, serta dua watak baru yang boleh dimainkan: Escoffier, 5-star Cryo Polearm, dan Ifa, 4-star Anemo Catalyst.
Ribut Melanda Mondstadt

Dalam Archon Quest Interlude, pemain kembali ke Mondstadt semasa sambutan Windblume Festival. Namun, keceriaan bertukar dramatik apabila Albedo menghadapi cabaran tidak dijangka, menimbulkan satu penyiasatan besar. Bersama Venti, Knights of Favonius, sekutu baru Dahlia, dan Lady Alice dari Hexenzirkel, pemain perlu membongkar misteri di sebalik serangan raksasa ke atas bandar. Ujian magik yang direka Lady Alice akan menguji pemain, dengan King dan Queen di atas papan catur mistik menjadi Weekly Boss terbaru — satu pertempuran penting dalam usaha melindungi Mondstadt.
Jadi Pengurus Taman Tema di Fontaine

Di Fontaine, pemain boleh mencuba acara pengurusan taman hiburan The Chevalmarin Film Fantasyland. Menampilkan Navia serta watak-watak dari Fontaine dan Natlan, pemain bertanggungjawab mengurus tarikan seperti Eclectic Escapades, Movie Masterpieces, dan Mellow Manor. Dengan menaik taraf kemudahan, melatih pekerja, dan mengatur penggunaan Action Point, pemain boleh meningkatkan Service Value taman mereka. Interaksi mesra dengan NPC, termasuk seorang chef yang menawarkan buff, akan memudahkan perjalanan. Menyelesaikan cabaran akan membuka Performance Rewards, termasuk 4-star bow eksklusif, Sequence of Solitude.
Kenali Escoffier dan Ifa
Versi 5.6 memperkenalkan dua watak baharu dengan gaya permainan yang unik:

- Escoffier, bekas ketua chef Hotel Debord, ialah watak Polearm 5-star Cryo Polearm yang menggabungkan seni masakan dengan kuasa bertarung. Elemental Skill-nya memanggil All-Spectrum Multi-Use Cooking Mek untuk menyerang atau menyediakan makanan, manakala Elemental Burst-nya menyembuhkan sekutu serta mengurangkan Hydro dan Cryo RES musuh, lebih efektif jika disertai sekutu Hydro atau Cryo.

- Ifa pula ialah watak 4-star Anemo Catalyst dari Flower-Feather Clan. Dengan bantuan Qucusaurus kecilnya, Cacucu, Ifa menembak musuh dengan Tonicshot sambil menyembuhkan pasukan dan menghasilkan arus angin untuk menarik lawan. Dengan Nightsoul’s Blessing, dia menguatkan serangan Swirl dan Electro-Charged, serta mempunyai kebolehan penyembuhan automatik apabila HP sekutu rendah.
Untuk Event Wishes fasa pertama, Escoffier, Navia, dan Ifa akan tersedia, diikuti Kinich dan Raiden Shogun pada fasa kedua. Chronicled Wish turut kembali, menawarkan peluang kepada pemain untuk mendapatkan semula watak 5-bintang dari Inazuma.
Genshin Impact Versi 5.6 boleh dimainkan di PlayStation, Xbox, PC, Android, dan iOS. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Genshin Impact.
@gamersantaimy
Discussion about this post