COVER Corporation telah mengumumkan secara rasmi hololive STAGE World Tour’25 -Synchronize!, iaitu siri jelajah konsert global kedua bagi produksi hololive. Jelajah ini bakal menampilkan barisan artis utama serta tetamu khas yang berubah mengikut lokasi, dengan persembahan istimewa untuk peminat di seluruh dunia. Kuala Lumpur menjadi salah satu destinasi terpilih menjelang hujung tahun 2025.
Jelajah ini akan membawa artis hololive ke beberapa bandar utama seperti Kuala Lumpur, Sydney, Hong Kong, Vancouver dan New York. Konsert di Kuala Lumpur dijadualkan berlangsung pada 20 Disember 2025, dengan butiran lanjut akan diumumkan menerusi laman web rasmi konsert pada masa akan datang.

Antara bintang utama yang bakal membuat persembahan termasuk:
- Mori Calliope, IRyS, dan Nerissa Ravencroft (hololive English)
- Momosuzu Nene (hololive)
- Kureiji Ollie (hololive Indonesia)
Setiap lokasi turut akan menampilkan dua tetamu khas yang dipilih daripada pelbagai generasi dan cabang hololive untuk memberikan persembahan yang unik. Sebagai contoh, Sydney akan menampilkan Ouro Kronii dan Hakos Baelz dari hololive English, manakala Hong Kong bakal dimeriahkan oleh Tokino Sora dan Sakura Miko dari hololive Generation 0. Siapa yang bakal muncul sebagai tetamu khas di Kuala Lumpur masih belum diumumkan.

Berbeza dengan jelajah tahun sebelumnya, edisi 2025 ini memberi fokus kepada kolaborasi antarabangsa, menggabungkan ahli dari pelbagai cawangan hololive bagi mencipta persembahan yang lebih menyeluruh dan merentas sempadan. Peminat boleh menantikan persembahan bertenaga, kolaborasi yang tidak dijangka, serta sambutan terhadap kepelbagaian bakat dalam keluarga hololive.
Maklumat mengenai tiket, lokasi acara, barangan eksklusif serta senarai penuh tetamu khas akan dikongsikan dalam masa terdekat. Peminat digalakkan untuk mengikuti perkembangan terkini melalui laman rasmi hololive STAGE World Tour’25.
@gamersantaimy
Discussion about this post