Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Fantastic Four: First Steps – Kuasa Ahli Fantastic, Kemunculan Silver Surfer & Ketibaan ‘Mutant’

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 18, 2025
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
The Fantastic Four: First Steps – Kuasa Ahli Fantastic, Kemunculan Silver Surfer & Ketibaan ‘Mutant’
Share on FacebookShare on Twitter

Marvel Studios akhirnya melancarkan trailer baharu rasmi untuk The Fantastic Four: First Steps malam tadi. Filem ke-37 dalam Marvel Cinematic Universe ini akan tayang pada 24 Julai 2025, dan trailer terbaharu memperkenalkan beberapa kejutan baharu, termasuk kuasa setiap ahli, Silver Surfer, dan kemunculan Mutant dalam bentuk Franklin Richards.

Trailer tersebut menampilkan keempat-empat ahli utama pasukan: Pedro Pascal sebagai Reed Richards/Mister Fantastic, Vanessa Kirby sebagai Sue Storm/Invisible Woman, Joseph Quinn sebagai Johnny Storm/Human Torch, dan Ebon Moss-Bachrach sebagai Ben Grimm/The Thing.

Mereka kini sudah dikenali sebagai adiwira dan digambarkan sudah biasa menghadapi ancaman bahaya pada setiap masa.

Kredit: Marvel Studios

Antara detik utama dalam trailer ialah apabila Sue Storm dilihat sedang hamil—petunjuk awal kepada kelahiran Franklin Richards, anak mereka dalam komik yang merupakan ‘mutant’ dengan kuasa luar biasa, termasuk keupayaan mengubah realiti.

Walaupun watak itu belum muncul, kehadirannya membuka potensi besar dalam hala tuju masa depan MCU.

Kredit: Marvel Studios

Trailer ini turut memperkenalkan Julia Garner sebagai Shalla-Bal versi Silver Surfer—seorang utusan angkasa yang misteri, datang membawa amaran tentang kehancuran Bumi. Visual dramatik turut memaparkan ancaman Galactus, dengan suara oleh Ralph Ineson.

Walaupun hanya dilihat dalam bayangan besar, watak pemakan planet itu memainkan peranan besar dalam filem sebagai antagonis utama.

Kredit: Marvel Studios

Menariknya, trailer turut menyelitkan petunjuk bahawa Fantastic Four akan memainkan peranan besar dalam Avengers: Doomsday dan Secret Wars akan datang. Dengan latar dunia yang berkonsepkan retro-futuristik—berbeza daripada Earth-616—filem ini dilihat membuka lembaran baru dalam naratif MCU, terutamanya berkaitan dunia multiverse.

Kredit: Marvel Studios

The Fantastic Four: First Steps akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula 24 Julai 2025.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: filemThe Fantastic Four: First Steps
ShareTweetSend
Previous Post

Xiaomi Melancarkan Redmi A5, Harga Murah RM299 Hingga RM349!

Next Post

5 Filem Animasi Terlaris Asia Tenggara: Indonesia & Malaysia Menguasai Box Office

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
5 Filem Animasi Terlaris Asia Tenggara: Indonesia & Malaysia Menguasai Box Office

5 Filem Animasi Terlaris Asia Tenggara: Indonesia & Malaysia Menguasai Box Office

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd