Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Xiaomi Melancarkan Redmi A5, Harga Murah RM299 Hingga RM349!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 18, 2025
in Artikel, Berita, Smartphone, Teknologi
0 0
0
Xiaomi Melancarkan Redmi A5, Harga Murah RM299 Hingga RM349!
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran Redmi A5, smartphone bajet terbaru yang menawarkan ciri moden dengan harga mampu milik.

Ditawarkan dalam dua varian iaitu 3GB+64GB pada harga RM299 dan 4GB+128GB pada RM349, Redmi A5 hadir dalam tiga warna menarik – Midnight Black, Sandy Gold, dan Ocean Blue – setiap satu dengan sentuhan gaya tersendiri.

Kredit: Xiaomi

Reka bentuknya moden dan nipis, dengan ketebalan hanya 8.26mm serta bingkai rata untuk genggaman yang lebih selesa. Modul kameranya diberi kemasan berkilau seakan logam, menambah seri pada penampilan.

Midnight Black dan Sandy Gold tampil dengan kemasan matte anti-cap jari yang tampak elegan, manakala Ocean Blue menampilkan tekstur unik seperti air, diinspirasikan daripada alam semula jadi.

Kredit: Xiaomi

Paparan Redmi A5 pula menggunakan skrin IPS LCD bersaiz besar 6.88 inci dengan resolusi HD+ dan refresh rate 120Hz, memberikan pengalaman visual yang lancar sama ada untuk menonton, melayari atau bermain. Teknologi sentuhan basah menjadikan skrin kekal responsif walaupun tangan anda basah – sangat praktikal untuk kegunaan harian.

Selain itu, ia turut menerima pensijilan TÜV Rheinland untuk perlindungan mata, termasuk penuras cahaya biru dan mod bebas kelipan, sesuai untuk penggunaan jangka masa panjang.

Kredit: Xiaomi

Dari segi kamera, Redmi A5 menawarkan sistem dwi kamera belakang AI 32MP yang mampu mengambil gambar dengan jelas dan terang walaupun dalam keadaan kurang cahaya. Sensor besar yang digunakan menyerap 18% lebih cahaya berbanding model sebelumnya.

Untuk swafoto pula, kamera hadapan 8MP lengkap dengan pencahayaan skrin yang lembut bagi hasil yang lebih terang dan semula jadi dalam pencahayaan malap.

Kredit: Xiaomi

Dikuasakan oleh cip pemprosesan octa-core UNISOC T7250 dan RAM sehingga 8GB (termasuk RAM maya 4GB), Redmi A5 mampu menjalankan pelbagai aplikasi dengan lancar. Bateri 5200mAh pula menyokong ketahanan sepanjang hari, termasuk lebih 20 jam tontonan video atau 9 jam bermain game, dan ia turut menyokong pengecasan pantas 15W.

Kredit: Xiaomi

Telefon ini turut dilengkapi dengan pelbagai ciri lain seperti pengimbas cap jari di sisi, fungsi buka kunci wajah, bicu audio 3.5mm, dan sokongan kalis habuk serta percikan (IP52). Ia juga menyokong sambungan dwi 4G VoLTE, Wi-Fi, Bluetooth 5.2, serta ruang storan yang boleh dikembangkan sehingga 2TB melalui microSD.

Redmi A5 berjalan pada Android 15 Go Edition dan dijanjikan dua naik taraf sistem operasi untuk sokongan jangka panjang.

Kredit: Xiaomi

Dengan harga bermula serendah RM299, Redmi A5 adalah pilihan ideal untuk pengguna yang mencari telefon bajet tanpa mengorbankan ciri-ciri moden. Ia akan mula dijual di Malaysia bermula hari ini.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Xiaomi.

Tags: Redmi A5
ShareTweetSend
Previous Post

Mandragora: Whispers of the Witch Tree Rasmi Lancar Hari Ini!

Next Post

The Fantastic Four: First Steps – Kuasa Ahli Fantastic, Kemunculan Silver Surfer & Ketibaan ‘Mutant’

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!
Berita

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!

June 5, 2026
Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!
Anugerah

Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!

June 5, 2026
Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!
Nintendo Switch 2

Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!

June 5, 2026
Next Post
The Fantastic Four: First Steps – Kuasa Ahli Fantastic, Kemunculan Silver Surfer & Ketibaan ‘Mutant’

The Fantastic Four: First Steps - Kuasa Ahli Fantastic, Kemunculan Silver Surfer & Ketibaan 'Mutant'

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd