Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Assassin’s Creed: Shadows Bersifat LGBTQ+? Protagonis Boleh Gay atau Lesbian!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 21, 2025
in Artikel
0 0
0
Assassin’s Creed: Shadows Bersifat LGBTQ+? Protagonis Boleh Gay atau Lesbian!
Share on FacebookShare on Twitter

Francais Assassin’s Creed sememangnya dikenali dengan latar sejarah yang luas, elemen stealth yang mendebarkan, dan naratif yang kompleks. Namun, dalam Assassin’s Creed: Shadows, yang dilancarkan sejak 20 Mac 2025, Ubisoft meluaskan pilihan pemain dengan pelbagai pilihan romantik—termasuk hubungan LGBTQ+ dan antara kaum—yang mencetuskan kontroversi.

Berlatarbelakangkan Jepun feudal abad ke-16 ketika era Sengoku hampir berakhir, game ke-14 dalam siri utama ini memperkenalkan dua protagonis: Naoe, seorang shinobi wanita dari Wilayah Iga, dan Yasuke, seorang samurai yang diilhamkan daripada tokoh sejarah Afrika yang pernah berkhidmat di bawah Oda Nobunaga.

Walaupun penggambaran suasana Jepun yang bergolak mendapat pujian, pilihan cinta dalam game ini menjadi perbincangan hangat, di mana sesetengah pihak melabelkannya sebagai “agenda progresif” kerana pendekatan yang inklusif kepada kaum LGBTQ+.

Siapakah yang Boleh Bercinta dengan Naoe dan Yasuke?

Kedua-dua Naoe dan Yasuke mempunyai beberapa pilihan cinta, termasuk hubungan LGBTQ+, tetapi semuanya bersifat optional—iaitu pemain bebas untuk meneroka jalan cerita ini atau mengabaikannya sepenuhnya dalam Assassin’s Creed Shadows.

Yasuke, seorang samurai Afrika yang kehadirannya dalam sejarah Jepun menjadikannya tokoh unik dalam era Sengoku, mempunyai sekurang-kurangnya empat pilihan percintaan. Salah satu daripadanya ialah Hori Hidemasa, seorang retainer kepada Oda Nobunaga. Hubungan mereka terserlah dalam satu adegan di mana Hidemasa merehatkan kepalanya atas kepala Yasuke secara manja lalu menyerahkan topi keledarnya sebagai tanda kepercayaan.

Selain itu, Yasuke juga boleh menjalin hubungan dengan Ibuki, seorang ronin non-binary yang menggunakan kata ganti nama they/them. Jika pemain memilih dialog “I want more than friendship,” ia akan mencetuskan adegan romantik di dalam hutan buluh, yang berakhir dengan babak mesra sebelum kamera perlahan-lahan beralih ke hitam (selebihnya terbiar kepada imaginasi pemain).

Naoe, yang lebih menonjol dengan playstyle stealth, turut mempunyai sekurang-kurangnya tiga pilihan romantik, termasuk hubungan sejenis dengan Katsuhime, seorang rakan seperjuangan dari Iga. Hubungan mereka mencapai klimaks selepas satu adegan kejar-mengejar yang berakhir di sebuah pantai bersalji. Naoe menutup perbualan dengan ayat, “Let’s find out,” sebelum mereka berkongsi adegan mesra.

Malah Adik Oda Nobunaga Pun Disebat

Pilihan romantik Yasuke tidak terhad kepada hubungan sejenis—dia juga boleh menjalinkan hubungan dengan Lady Oichi, adik perempuan kepada Oda Nobunaga. Hubungan ini membawa kepada adegan di mana Yasuke dan Oichi berkongsi ciuman, sebelum Yasuke bangun keesokan paginya dengan nota perpisahan di sisi, menunjukkan bahawa mereka telah bermalam bersama.

Walaupun adegan ini digambarkan sebagai hubungan mesra, ia mencetuskan perdebatan dalam kalangan pemain, terutamanya mengenai ketepatan sejarah dan penerimaan budaya dalam konteks zaman Sengoku.

Bagi yang berminat, game ini kini boleh dimainkan di PlayStation 5, Xbox Series X/S, dan PC.

Tags: Assassin’s Creed: Shadows
ShareTweetSend
Previous Post

Lebih Dari Satu Medan Tempur: Apa Yang Membuat E.T.E Chronicle Istimewa

Next Post

Unboxing Like a Dragon: Pirate Yakuza in Hawaii Complete Box Edition – Terjumpa Harta Karun Goro Majima!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Unboxing Like a Dragon: Pirate Yakuza in Hawaii Complete Box Edition – Terjumpa Harta Karun Goro Majima!

Unboxing Like a Dragon: Pirate Yakuza in Hawaii Complete Box Edition - Terjumpa Harta Karun Goro Majima!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd