Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Digimon Card Game Baru Bakal Hadir ke Peranti Mobile?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 17, 2025
in Anime, Artikel, Berita, Mobile, Trading Card Game
0 0
0
Digimon Card Game Baru Bakal Hadir ke Peranti Mobile?
Share on FacebookShare on Twitter

Projek baharu Digimon Card Game nampaknya sedang dalam pembangunan, dengan pengumuman rasmi dijangka akan dibuat tidak lama lagi.

Pada 16 Mac 2025, akaun rasmi Digimon Card Game English Version di X telah memuat naik video teaser yang mengusik tentang projek game mobile baharu. Maklumat lanjut akan didedahkan semasa Digimon Con pada 20 Mac jam 11:00 pagi, hanya beberapa hari lagi.

DIGIMON CARD GAME NEW PROJECT COMING SOON…
Stay tuned for more details at DIGIMON CON!

DIGIMON CON
-March 19, 2025, at 7 PM PST / 10 PM ESThttps://t.co/FwhDFQT8gt#DigimonCardGame#DigimonTCG#Digimon pic.twitter.com/4CFm1Olb1Z

— Official Digimon Card Game English Version (@digimon_tcg_EN) March 16, 2025

Video teaser ini telah mencetuskan perbincangan hangat di kalangan peminat, dengan ramai yang berpendapat ia mungkin merupakan versi digital penuh Digimon Card Game yang direka khusus untuk peranti mobile. Ramai juga yang membandingkannya dengan Pokémon TCG Pocket, versi digital rasmi permainan kad Pokémon.

Jika spekulasi ini benar, ia bakal menjadi evolusi besar bagi Digimon TCG, yang semakin mendapat nama sejak dilancarkan pada 2020.

Gambar bocor daripada promosi livestream

Pada masa ini, ada companion app untuk Digimon Card Game yang menawarkan tutorial serta ujian dek, tetapi ia tidak menyertakan ciri online gameplay sepenuhnya. Hal ini menyebabkan ramai pemain mengharapkan pengalaman digital yang lebih lengkap—di mana mereka boleh membina dek, bertarung secara online, dan menikmati permainan dalam bentuk baharu. Dengan kejayaan besar permainan kad digital lain, langkah ini sememangnya masuk akal untuk francais Digimon.

Kredit: ©本郷あきよし・東映アニメーション

Walaupun nama rasmi, butiran gameplay, dan tarikh pelancaran masih belum diumumkan, Digimon Con menjadi pentas yang sesuai untuk pendedahan besar. Peminat berharap acara ini akan memberikan rakaman gameplay sebenar, ciri-ciri utama, dan mungkin juga jangkaan tarikh pelancaran.

Dengan 20 Mac semakin hampir, penantian ini tidak akan lama. Nantikan perkembangan lanjut!

Tags: Digimon Card GameMobile
ShareTweetSend
Previous Post

CS:Legacy – Fan Remake kepada Counter-Strike 1.6 dalam Pembikinan!

Next Post

Virtua Fighter Open Championship Diumumkan dengan Hadiah Utama $100,000!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Virtua Fighter Open Championship Diumumkan dengan Hadiah Utama $100,000!

Virtua Fighter Open Championship Diumumkan dengan Hadiah Utama $100,000!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd