Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

BlizzCon Berehat pada 2025, Akan Kembali pada 2026!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 12, 2025
in Acara, Artikel, Berita, Pameran/Expo
0 0
0
BlizzCon Berehat pada 2025, Akan Kembali pada 2026!
Share on FacebookShare on Twitter

Blizzard Entertainment telah mengesahkan bahawa BlizzCon 2026 akan berlangsung tahun depan. Selepas berehat pada 2024 dan tahun ini 2025, acara ini bakal kembali ke Anaheim Convention Center, California, pada 12 dan 13 September 2026.

Ini menandakan edisi BlizzCon pertama secara fizikal sejak 2023, membawa semula peminat untuk meraikan dunia permainan video ikonik Blizzard.

Blizzard turut mengesahkan beberapa elemen kegemaran peminat akan kembali. Antaranya, Opening Ceremony, panel perbincangan, Darkmoon Faire, pertandingan mesra, serta sesi hands-on secara langsung. Selain itu, Blizzard turut berjanji untuk “menaik taraf” pengalaman acara ini, namun butiran lanjut masih dirahsiakan.

Lebih menarik lagi, BlizzCon 2026 dijadualkan pada bulan September, berbeza daripada kebiasaannya yang berlangsung pada Ogos, Oktober, atau November.

Tiada penjelasan rasmi diberikan mengenai perubahan ini atau “rehat dua tahun” yang diambil, tetapi Blizzard meyakinkan peminat bahawa acara kali ini akan menjadi kepulangan yang berbaloi.

Kredit: Blizzard

Ucapan Blizzard

Blizzard berkongsi pandangan mereka mengenai hampir dua dekad menganjurkan BlizzCon, menekankan kepentingan untuk mencipta acara yang benar-benar bermakna bagi komuniti:

“Kami telah melalui perjalanan yang jauh sejak acara pertama pada 2005. Sepanjang hampir 20 tahun sejak ia bermula, BlizzCon telah memberi inspirasi kepada kami untuk berinovasi, menolak batas kreativiti, dan memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Adalah penting bagi kami untuk menganjurkan acara yang setimpal dengan sokongan komuniti kami.

Untuk 2026, selain elemen BlizzCon seperti Opening Ceremony, panel mendalam, Darkmoon Faire, pertandingan mesra, sesi permainan secara langsung, dan banyak lagi, kami berhasrat untuk menaik taraf pengalaman ini secara bermakna dan mencipta kenangan yang luar biasa bagi semua yang menyertainya.

Kami membangunkan acara ini seperti mana kami membangunkan permainan kami—dengan komitmen tinggi kepada pemain, menghormati hubungan mereka dengan dunia permainan kami, dan sebagai satu penghargaan kepada semangat persahabatan yang terbentuk melalui pengembaraan bersama.”

Kredit: Blizzard

Maklumat mengenai jualan tiket dan jadual penuh akan diumumkan lebih dekat dengan tarikh acara. Namun, BlizzCon 2026 sudah mula membentuk dirinya sebagai perayaan besar bagi peminat World of Warcraft, Diablo, Overwatch, dan banyak lagi.

Tags: blizzcon
ShareTweetSend
Previous Post

Ken Kaneki dari Tokyo Ghoul Sertai Dead by Daylight!

Next Post

JDM: Japanese Drift Master Ditunda Ke 21 Mei 2025!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Dragon’s Dogma 2 – Microtransaction Kontroversi Dibuang, Harga Base Game Diturunkan
Berita

Dragon’s Dogma 2 – Microtransaction Kontroversi Dibuang, Harga Base Game Diturunkan

June 15, 2026
Anime ‘Though I Am an Inept Villainess’ Ditambah Ke Netflix, Tayangan Bermula 12 Julai
Anime

Anime ‘Though I Am an Inept Villainess’ Ditambah Ke Netflix, Tayangan Bermula 12 Julai

June 15, 2026
Call of Duty: Modern Warfare 4 – Anda Boleh Main Kempen Seminggu Lebih Awal Jika Pre-Order
Berita

Call of Duty: Modern Warfare 4 – Anda Boleh Main Kempen Seminggu Lebih Awal Jika Pre-Order

June 15, 2026
Next Post
JDM: Japanese Drift Master Ditunda Ke 21 Mei 2025!

JDM: Japanese Drift Master Ditunda Ke 21 Mei 2025!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd