Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ken Kaneki dari Tokyo Ghoul Sertai Dead by Daylight!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 12, 2025
in Anime, Artikel, Asymmetrical, Berita, Multiplayer, Seram
0 0
0
Ken Kaneki dari Tokyo Ghoul Sertai Dead by Daylight!
Share on FacebookShare on Twitter

Dunia Tokyo Ghoul bertembung dengan Dead by Daylight dalam satu kolaborasi, yang membawa kegelapan dan kezaliman dunia Ghoul ke dalam The Entity’s Realm. Dengan kemunculan Killer baru, The Ghoul, kemas kini ini menjanjikan pengalaman paling dinamik dalam Dead by Daylight.

Tersedia dalam Steam Public Test Build sejak 11 Mac dan dilancarkan secara rasmi pada 2 April, update ini pasti menggembirakan peminat seram dan anime.

Kredit: Behaviour Interactive Inc.

Kemunculan The Ghoul

Crossover ini memperkenalkan Ken Kaneki, protagonis Tokyo Ghoul, bukan sebagai Survivor, tetapi sebagai Killer. Selepas kemalangan hampir maut, Kaneki menerima pemindahan organ daripada Ghoul kuat, Rize Kamishiro, menjadikannya hibrid separuh manusia, separuh Ghoul.

Kredit: Behaviour Interactive Inc.

Selepas diseksa dengan kejam oleh Ghoul bernama Jason, minda Kaneki hancur, meninggalkannya di ambang kegilaan. Ketika dia mula menerima sifat gelapnya, kabus hitam yang misterius menyelubunginya, membawanya ke dalam The Entity’s Realm. Tanpa masa lalu, kini dia hanya dikenali sebagai The Ghoul, pemangsa tanpa belas kasihan dalam dunia Dead by Daylight.

Abilit Kaneki yang paling ikonik, Kagune, tampil sepenuhnya dalam Dead by Daylight. Sesungut menakutkan ini keluar dari belakangnya, membolehkannya bergerak pantas dan memburu Survivor tanpa henti. Kuasa The Ghoul membolehkannya berlari di sekitar peta, menggunakan Kagune untuk menangkap mangsanya.

Kredit: Behaviour Interactive Inc.

Bersempena dengan kemunculan Kaneki, Tokyo Ghoul Collection akan dilancarkan pada 2 April, menampilkan pelbagai pakaian dan watak ikonik daripada siri popular ini.

  • Legendary Rize Kamishiro Outfit untuk The Ghoul – Berubah menjadi Ghoul yang organnya mengubah Kaneki menjadi raksasa.
  • Very Rare Outfit:
    • Rabbit Costume untuk Yui Kimura
    • Hide Costume untuk Renato Lyra
    • Eto Costume untuk Nea Karlsson
    • Awakened Ghoul untuk The Ghoul
  • Very Rare Mask:
    • The Unknown
    • Jonah Vasquez
    • Jake Park
    • David King
Kredit: Behaviour Interactive Inc.

Peminat yang tidak sabar untuk merasai Dead by Daylight: Tokyo Ghoul boleh mencubanya sekarang dalam Steam Public Test Build sebelum pelancarannya pada 2 April.

Tags: dead by daylightTokyo Ghoul
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu WARRIORS: Abyss – Eksperimen Roguelite Berani yang Hampir Menjadi!

Next Post

BlizzCon Berehat pada 2025, Akan Kembali pada 2026!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
BlizzCon Berehat pada 2025, Akan Kembali pada 2026!

BlizzCon Berehat pada 2025, Akan Kembali pada 2026!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd