Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Concrete Genie Review – Selamatkan Dunia dengan Bantuan Berus!

Jangan pandang rendah pada impak MEMBULI.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 8, 2019
in Artikel, Berita, PS4, Review
0 0
0
Concrete Genie Review – Selamatkan Dunia dengan Bantuan Berus!
Share on FacebookShare on Twitter

Concrete Genie mungkin tidak terkenal seperti judul The Last of Us Part II dan Death Stranding, tetapi selepas menghabiskan masa beberapa jam untuk judul eksklusif PlayStation 4 ini oleh PixelOpus ~ dunianya yang menawan, jalan ceritanya yang tulus, dan gameplay-nya yang unik telah membentuk menjadi pengalaman yang menarik.

Ash, rakan-rakan Genie, dan Kaki Buli

Kita bermula pada permulaan pengembaraan Concrete Genie, di mana pemain akan mengawal seorang budak lelaki muda yang dibuli bernama Ash di sebuah bandar terbiar di pesisir laut bernama Denska. Saya serta-merta tertawan oleh dunia di dalam game itu walaupun pada permulaan, ia sengaja menunjukkan sisi buruknya. Berterima kasih kepada usaha Pixelopus yang menggunakan ekspresi stop-motion untuk watak-wataknya, dan keikhlasan yang telah dibuat kepada skrip Concrete Genie.

Walaupun Ash adalah watak utama, dia sering diganggu oleh sekumpulan pembuli. Mereka tidak muncul lama dalam cutscene tetapi masih meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya. Dialog mereka antara satu sama lain dan bersama Ash, dengan cepat membina personaliti dan hubungan yang unik di antara satu sama lain.

Selepas beberapa istimewa menyedihkan, Ash yang terperangkap di rumah api untuk mencari halaman-halaman lukisan yang tersebar daripada buku sketsanya, tersandung di kertas-kertas ajaib dan berus cat yang boleh menghidupkan lukisannya menjadi si Genie yang nyata.

Warnai kehidupan kembali kepada Denska bersama Berus Ajaib

Saya menemui beberapa aksi platform dan cabaran mengumpul collectibles yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan pemain tentang bandar dan keadaan sedihnya – tetapi fokus utama kepada Concrete Genie adalah gameplay lukisan ajaibnya.

Pengembaraan dalam dunia Concrete Genie adalah tentang melukiskan kehidupan kembali ke bandar Denska dengan berus ajaib Ash. Pemain mempunyai banyak pilihan yang menarik dalam buku lukisan Ash, yang akan ditambah selepas kamu mencari lebih banyak mukasurat, untuk melukis pokok, bintang, rumput, matahari, dan banyak lagi. Dengan pergerakan responsif daripada motion control DualShock 4, kamu akan menyesuaikan saiz matahari, mengubah kecerunan bukit, atau menbengkokkan ranting pokok bagaimana kamu mahu.

Setiap dinding adalah kanvas kosong untuk pemain melukis, dan kebebasan yang ditawarkan sangat cukup untuk pergerakan berus, bersama banyak pilihan elemen lukisan yang saya tidak pernah mengehadkan kreativiti saya. Ash pada dasarnya, harus menyalakan kembali lampu-lampu di bandarnya kembali dengan melukis garisan bintang pada permukaan. Mekanik permainannya sangat tenang dan bagi saya amat menghiburkan. Walaupun saya perlu berjaga-jaga untuk pembuli yang akan mengejar jika melihat Ash, saya tidak pernah merasa tergesa-gesa dan masih terus melukiskan pokok-pokok comel.

Kumpulkan Genie dan melukis mereka mengikut citarasa kamu

Sudah tentu, seperti nama tajuk, Genie yang memenuhi dunia adalah elemen yang paling menarik. Pemain boleh melukis Genie ke atas dinding dengan bantuan controller daripada beberapa jenis pilihan asas sambil menambah beberapa elemen tambahan seperti ranting pokok atau tanduk atau ekor ke badan.

Setelah selesai melukis, Genie akan kekal sepanjang permainan. Mereka setia dan suka membantu, bergerak melalui dinding bangunan dan berinteraksi dengan dunia di sekeliling untuk membantu kamu maju.

Sistem Pertempuran yang Mengejutkan pada Penghujung Permainan

Pada lewat permainan, sistem pertempuran baru akan diperkenalkan untuk Ash bagi melawan Genie gelap misteri. Ash menerima satu kebolehan baru untuk bertarung musuh-musuh ini. Aliran pertempuran yang diperkenalkan amat mudah untuk menyesuaikan diri, tetapi pertarungannya membuat saya semakin ketagih.

Ash mendapatkan keupayaan untuk meluncur secara ajaib pada cat warna ketika saya menjelajah sekitar bandar untuk memburu Genie misteri tersebut. Genie baik mempunyai ciri-ciri elemental yang berbeza, jadi saya terpaksa menggunakan serangan api Genie baik saya untuk membuang perisai Genie jahat sebelum memenuhinya dengan lebih banyak cat untuk menolak nyawanya. Dilengkapi dengan kuasa baru ini dan keupayaan dodge, pertarungan khusus ini tidak pernah merasa terlalu mencabar sebaliknya amat serasi dengan tema, gameplay, dan suasana Concrete Genie.

Kesimpulannya?

Saya teruja untuk melihat bagaimana semua aspek Concrete Genie bersatu dan jika mereka boleh terus kekal menarik sepanjang bermain. Concrete Genie memberi peluang permainan yang menyeronokkan, menarik, dan unik, di samping dunia yang penuh dengan potensi dan jalan cerita Concrete Genie terbukti sangat konsisten, menyegarkan dan tenang serta sangat mengejutkan semasa sistem pertempuran baru diperkenalkan pada penghujung permainan.

Saya tersentuh oleh butiran yang diberi dalam lokasi Concrete Genie, dan betapa mendalam sistem mekanik lukisannya. Ia membuat saya tertanya sejauh mana pemain menggunakan kreativiti untuk mahir kan kebolehan seni Ash dan, dan bagaimana jalan cerita akan berkembang. Ia tidak menggunakan konsep jalan cerita yang bikin saspens atau sentiasa penuh aksi, tetapi saya sangat kagum dengan betapa menariknya ia menjadi setelah pemain menyelesaikan babak pertama. Ini memberi saya pengertian bahawa pengembaraan ini akan membawa pemain ke satu jalan cerita yang sungguh mereka tidak sangka.

Untuk pemain yang ingin sedikit warna dalam hidup mereka, saya sarankan kamu mencuba Concrete Genie yang kini sudah keluar untuk PlayStation 4! Permainan video ini juga menawarkan sokongan untuk PSVR. Ia adalah salah satu permainan eksklusif yang akan menawarkan sokongan PSVR bersama dengan Iron Man VR yang akan datang.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Concrete Genie

80% Score

Concrete Genie memberi peluang permainan yang menyeronokkan, menarik, dan unik, di samping dunia yang penuh dengan potensi.

Review Breakdown

  • Untuk pemain yang ingin sedikit warna dalam hidup mereka, saya sarankan kamu mencuba Concrete Genie. 0%
Tags: AshConcrete GenieDenskadualshock 4PixelopusPlayStation 4psvr
Previous Post

MSI mengumumkan siri ALPHA baru, Gaming Laptop PERTAMA dengan Teknologi 7nm!

Next Post

Pelbagai acara lagi untuk dimainkan di Borderlands 3 sempena Ulangtahun Borderlands yang ke-10!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Pelbagai acara lagi untuk dimainkan di Borderlands 3 sempena Ulangtahun Borderlands yang ke-10!

Pelbagai acara lagi untuk dimainkan di Borderlands 3 sempena Ulangtahun Borderlands yang ke-10!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd