Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Monster Hunter Wilds Title Update 1 Akan Datang April 2025 – Apakah Isinya?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 28, 2025
in Action, Artikel, Berita, MHWilds, Open World, PC, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Monster Hunter Wilds Title Update 1 Akan Datang April 2025 – Apakah Isinya?
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun game baharu baru sahaja dilancarkan hari ini, Capcom nampaknya masih ingin menggembirakan hati peminat dengan maklumat tambahan untuk Monster Hunter Wilds ‘Title Update 1!’

Title Update 1 – Release Date!

We’re pleased to confirm that TU1 for Monster Hunter Wilds will arrive in early April!

This will give hunters enough time to prepare for the new content, and challenges, that await them! pic.twitter.com/xbbPY2z5B9

— Monster Hunter (@monsterhunter) February 27, 2025

Pertama sekali, Title Update 1 dijadualkan akan tiba pada awal April 2025, membawa pelbagai kandungan baharu termasuk raksasa ikonik, cabaran tambahan, dan ciri multiplayer yang dinanti-nantikan. Dengan pelancaran Monster Hunter Wilds, kemas kini ini akan memastikan dunia Monster Hunter Wilds terus berkembang, menawarkan lebih banyak aksi kepada para pemburu!

Apa yang Bakal Hadir dalam Title Update 1?

“Title Update 1” merupakan update percuma pertama selepas pelancaran Monster Hunter Wilds, yang akan menambah kandungan baharu dan cabaran untuk pemain yang telah menamatkan cerita utama.

Kemas kini ini membawa beberapa tambahan menarik, termasuk kepulangan Mizutsune, raksasa Leviathan dari Monster Hunter Generations. Mizutsune terkenal dengan rupa seperti musang dan serangan gelembung yang boleh menyebabkan Bubbleblight, efek status yang membuatkan pemburu tergelincir. Kepulangan Mizutsune disahkan dalam acara digital pada 27 Februari 2025.

With a flurry of bubbles, the bewitching Leviathan, Mizutsune, spins into Monster Hunter Wilds when Free Title Update 1 drops this Spring! pic.twitter.com/lCU4kcnkYu

— Monster Hunter (@monsterhunter) February 12, 2025

Selain itu, kemas kini ini juga akan memperkenalkan satu lagi raksasa misteri, yang digambarkan “lebih kuat daripada Tempered Monsters”. Dalam game Monster Hunter sebelum ini, Tempered Monsters adalah varian yang lebih sukar dengan nyawa dan serangan lebih kuat, jadi tahap baharu ini mungkin membawa konsep seperti Arch-Tempered Monsters atau satu cabaran yang lebih besar. Namun, butiran lanjut masih dirahsiakan, menimbulkan spekulasi sama ada ia adalah raksasa baharu sepenuhnya atau hanya varian daripada yang sedia ada.

Title Update 1 – A New Level of Challenge!

Prepare your gear, and resolve, hunters! TU1 will bring with it a monster of formidable strength at a level above Tempered!

Another challenging monster will also await you! pic.twitter.com/DsMzNe6eSI

— Monster Hunter (@monsterhunter) February 27, 2025

Satu lagi ciri yang diperkenalkan dalam kemas kini ini ialah Multiplayer Gathering Hub, ruang sosial yang membolehkan pemain bertemu, berbual, makan bersama, dan bersiap sebelum memburu. Ciri ini merupakan maklum balas daripada pemain, yang merasakan versi asal permainan tidak mempunyai ruang sosial yang mencukupi. Multiplayer Hub hanya boleh diakses selepas pemain menyelesaikan cerita utama, yang dianggarkan mengambil masa 10-15 jam, dengan kandungan penuh mengambil 15-20 jam lagi.

Title Update 1 – A Place to Gather!

A new place to meet, communicate, have meals together and more with other hunters will be added to #MHWilds in TU1!

This area will be available to hunters who have completed the main story, so get hunting and be ready! pic.twitter.com/AIRplRUqZ1

— Monster Hunter (@monsterhunter) February 27, 2025

Selain itu, kemas kini ini juga akan membawa Event Quests baharu. Berdasarkan kebiasaan francais Monster Hunter, Event Quests sering memberikan ganjaran khas seperti perisai eksklusif atau aksi istimewa, tetapi butiran mengenai ganjaran kali ini masih belum didedahkan.

Here's a look at the current Free Title Update roadmap for Monster Hunter Wilds, covering the first two arriving in Spring and Summer. More content in addition to Mizutsune and ongoing Event Quests will be revealed at later date. pic.twitter.com/WxNfDmrYXI

— Monster Hunter (@monsterhunter) February 12, 2025

Capcom juga telah mengesahkan bahawa Title Update 2 akan tiba pada musim panas 2025, dengan penambahan raksasa baharu dan lebih banyak Event Quests.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Monster Hunter Wilds
ShareTweetSend
Previous Post

Shrek 5 Tampil Dengan Teaser Pertama, Zendaya Berlakon Sebagai Salah Seorang Anaknya!

Next Post

Split Fiction – Disahkan untuk Steam Deck, Spesifikasi PC & Banyak Lagi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Split Fiction – Disahkan untuk Steam Deck, Spesifikasi PC & Banyak Lagi!

Split Fiction - Disahkan untuk Steam Deck, Spesifikasi PC & Banyak Lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd