Super Saiyan 4 telah lama menjadi salah satu transformasi paling ikonik dalam francais Dragon Ball, tetapi selama bertahun-tahun, ia kekal eksklusif dalam siri Dragon Ball GT yang tidak termasuk dalam jalan cerita rasmi.
Namun, Dragon Ball Daima mengejutkan peminat dengan memperkenalkan Super Saiyan 4 secara rasmi ke dalam canon utama. Dengan penglibatan langsung Akira Toriyama, perubahan ini membawa kesan besar terhadap sejarah francais.
Jadi, bagaimana versi Super Saiyan 4 dalam Daima berbeza daripada yang diperkenalkan dalam GT? Mari kita lihat perbezaan dari segi kaedah transformasi, reka bentuk visual, serta kesannya terhadap Goku.
Canon vs. Bukan Canon
Dragon Ball GT, yang ditayangkan pada tahun 1997 sebagai sambungan kepada Dragon Ball Z, memperkenalkan Super Saiyan 4 sebagai transformasi di jalan cerita rasmi. Dalam GT, Goku bertukar menjadi kanak-kanak akibat Black Star Dragon Balls dan mencapai bentuk ini buat kali pertama ketika bertarung dengan Baby.
Walaupun menjadi transformasi kegemaran peminat, Super Saiyan 4 kekal sebagai elemen bukan canon. Oleh kerana GT bukan sebahagian daripada jalan cerita rasmi, versi SSJ4 dalam siri ini hanya wujud dalam dunia alternatif.

Sebaliknya, Dragon Ball Daima, yang diumumkan pada tahun 2023 dan ditayangkan pada Oktober 2024, mengambil tempat antara Dragon Ball Z dan Dragon Ball Super. Berbeza dengan GT, siri ini mendapat penglibatan langsung Toriyama dalam pembangunan cerita dan reka bentuk watak.
Dengan Daima secara rasmi meng-canon-kan Super Saiyan 4, ia memberikan interpretasi baru terhadap transformasi ini yang lebih sesuai dengan kisah utama Dragon Ball. Oleh kerana Daima berlaku sebelum Dragon Ball Super, langkah ini mengisi kekosongan dalam naratif dan membuka peluang baharu untuk perkembangan siri masa depan.
Penglibatan Toriyama dalam Daima juga memberi petunjuk bahawa versi Super Saiyan 4 ini mungkin memainkan peranan penting dalam francais di masa akan datang.

Kaedah Transformasi
Dalam Dragon Ball GT, Goku perlu terlebih dahulu bertukar menjadi Golden Great Ape sebelum boleh mencapai Super Saiyan 4. Transformasi ini dicetuskan oleh pendedahan kepada Blutz Waves, biasanya dari bulan penuh atau objek angkasa lain.
Setelah berada dalam bentuk ini, dia mengawal semula naluri liarnya dengan bantuan Pan untuk menstabilkan transformasi. Pada awalnya, Goku tidak boleh mengaktifkan bentuk ini sesuka hati dan memerlukan pendedahan berulang kepada Blutz Waves. Namun, lama-kelamaan, dia memperoleh keupayaan untuk berubah secara bebas.

Sebaliknya, Dragon Ball Daima menghapuskan keperluan transformasi Golden Great Ape. Dalam Episod 18, “Awakening,” Goku mencapai trasformasi ini melalui sihir Neva.
Berbanding bergantung pada Blutz Waves, transformasi ini memperkasakan keadaan Super Saiyan 3 miliknya, membuka potensi dalaman melalui cara mistik. Kaedah ini selari dengan tema utama Daima, yang menekankan elemen sihir dan pengaruh alam syaitan.

Reka Bentuk Visual
Dalam Dragon Ball GT, transformasi ke Super Saiyan 4 menyebabkan Goku bertukar menjadi dewasa. Ini menunjukkan bahawa kuasa bentuk ini terlalu besar untuk tubuh kanak-kanak, menjadikannya kelihatan seperti orang dewasa dalam pertempuran.
Dalam GT, Super Saiyan 4 Goku mempunyai rambut hitam, bulu merah yang menutupi bahagian atas badannya, dan bayang merah gelap di sekitar matanya. Fisiknya menjadi lebih berotot dan matang, walaupun dia bermula sebagai seorang kanak-kanak.
Reka bentuk ini, yang dihasilkan oleh Katsuyoshi Nakatsuru, memberikan rupa yang lebih liar dan berunsurkan haiwan.

Dalam Dragon Ball Daima, transformasi ini tidak mengubah usia Goku sama sekali. Dia kekal dalam bentuk kanak-kanaknya walaupun dalam keadaan berkuasa penuh, seperti yang disahkan dalam Episod 18.
Keputusan ini mengekalkan kesinambungan dengan jalan cerita Daima, mengukuhkan idea bahawa kekuatan tidak semestinya memerlukan kematangan fizikal. Rambut dan bulunya berubah kepada warna merah magenta, dan bulu hanya terdapat pada bahagian lengan bawah, bukan seluruh bahagian atas badan.
Iris matanya bertukar merah, dan anggota badannya juga sedikit lebih panjang, dengan pergelangan tangan dan tangan yang lebih besar, membolehkannya berlari menggunakan keempat-empat anggota badan.

Dua Interpretasi Berbeza
Kehadiran Super Saiyan 4 dalam Dragon Ball Daima menandakan satu perubahan besar dalam francais ini. Berbeza dengan pendekatan GT yang berasaskan naluri primal dan biologi, Daima memilih jalan yang lebih mistik dan dipacu oleh sihir, sambil mengekalkan Goku dalam bentuk kanak-kanaknya.
Dari segi visual, versi Daima mengemas kini reka bentuknya agar lebih selaras dengan suasana dunia siri ini, di samping menghapuskan efek penuaan yang terdapat dalam GT.

Namun yang paling penting, Daima menjadikan Super Saiyan 4 sebagai sebahagian daripada jalan cerita rasmi Dragon Ball, satu langkah yang berpotensi mempengaruhi kisah-kisah akan datang dalam francais ini.
Tida kira versi mana yang anda suka—Super Saiyan 4 kekal sebagai salah satu transformasi paling ikonik dalam sejarah Dragon Ball.
@gamersantaimy
Discussion about this post