Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game Mobile “HAIKYU: FLY HIGH” Tersedia Untuk Pra-daftar Sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 19, 2025
in Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Real time strategy
0 0
0
Game Mobile “HAIKYU: FLY HIGH” Tersedia Untuk Pra-daftar Sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam, KLab Inc. telah mengumumkan HAIKYU: FLY HIGH, sebuah game mobile baharu yang diinspirasikan daripada anime popular HAIKYU!!. Dibangunkan oleh Prophet Games dan diterbitkan oleh Garena, game ini akan tersedia di Malaysia, dengan pra-pendaftaran telah dibuka sejak 18 Februari 2025.

HAIKYU: FLY HIGH memberi peluang kepada peminat untuk menyelami dunia HAIKYU!! secara interaktif. Pemain boleh mengumpul dan melatih watak kegemaran mereka, membentuk pasukan impian, serta bertarung dalam perlawanan strategi berasaskan pasukan dalam gaya RPG.

Dengan sistem perkembangan watak dan visual 3D, game ini direka agar menawarkan pengalaman yang mengekalkan semangat asal anime.

Kredit: KLab Inc.

Setiap butiran dalam HAIKYU: FLY HIGH direka dengan teliti bagi menangkap intensiti dan semangat permainan bola tampar yang penuh aksi. Dari pergerakan lincah di gelanggang hingga adegan ikonik yang dihidupkan semula melalui animasi berkualiti tinggi, game ini merupakan adaptasi yang setia kepada siri original.

Peminat boleh menikmati campuran permainan strategi dengan kawalan intuitif untuk merancang taktik kemenangan dan melakukan gerakan hebat.

Kredit: KLab Inc.

Pemain berpeluang untuk mengawal watak ikonik seperti Shoyo Hinata, Tobio Kageyama, Kenma Kozume, Tetsuro Kuroo, dan ramai lagi. Latih atlet hebat ini, bentuk pasukan terhebat, dan bawa mereka menuju kemenangan dengan semangat membara bola tampar yang menjadi identiti HAIKYU!!.

Kredit: KLab Inc.

Pra-pendaftaran global untuk HAIKYU: FLY HIGH kini dibuka di App Store, Google Play, dan laman web rasmi. Pemain yang mendaftar awal mulai 18 Februari 2025 akan menerima pelbagai ganjaran eksklusif dalam game.

Apabila sasaran pra-pendaftaran global dicapai, lebih banyak ganjaran tambahan akan diberikan, termasuk Recruit Ticket, Diamond, Gold, item latihan dalam game, serta hadiah istimewa seperti Potret dan Set Bingkai Shoyo Hinata.

Kredit: KLab Inc.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi HAIKYU: FLY HIGH.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: HAIKYU: FLY HIGH
ShareTweetSend
Previous Post

Dari Yakuza ke Samudera Luas – Wakil RGG Studio, Yokoyama, Kongsikan Visi Baharu Untuk Siri Ikonik

Next Post

The Hundred Line -Last Defense Academy- Mulakan Demo “Prologue” Hari Ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
The Hundred Line -Last Defense Academy- Mulakan Demo “Prologue” Hari Ini!

The Hundred Line -Last Defense Academy- Mulakan Demo "Prologue" Hari Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd