Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Honkai: Star Rail Versi 3.1 “Light Slips the Gate, Shadow Greets the Throne” Akan Tiba 26 Februari!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 17, 2025
in Android, Artikel, Berita, Epic Store, Gacha, iOS, Mobile, PC, PS5, Real time strategy
0 0
0
Honkai: Star Rail Versi 3.1 “Light Slips the Gate, Shadow Greets the Throne” Akan Tiba 26 Februari!
Share on FacebookShare on Twitter

HoYoverse telah mengumumkan bahawa update yang dinanti-nantikan, Honkai: Star Rail Versi 3.1 bertajuk “Light Slips the Gate, Shadow Greets the Throne”, akan dilancarkan pada 26 Februari.

Update ini membawa kandungan baharu kepada Flame-Chase Journey, mengajak Trailblazers dan rakan seperjuangan mereka untuk meneroka kawasan yang belum diterokai serta mengharungi pelbagai cabaran epik dalam perlumbaan menentang masa.

Watak Baharu

Version 3.1 Special Program Live Now: https://t.co/cn1AeaL7GX
New Character Introduction: Tribbie#Tribbie #HonkaiStarRail #HSRSpecialProgram pic.twitter.com/RUq9NKseLT

— Honkai: Star Rail (@honkaistarrail) February 14, 2025

Tribbie merupakan demigod pertama di Amphoreus dan seorang Holy Maiden yangmemainkan peranan penting dalam membimbing Chrysos Heirs dalam pertempuran. Tribbie ialah watak 5-star dengan elemen Quantum yang mengikuti Path of Harmony.

Sebagai watak Support, Tribbie boleh mencipta Zone khas yang memberikan buff kepada sekutu. Selama Zone ini wujud, musuh akan menerima lebih banyak DMG, dan setiap serangan sekutu akan memberikan Additional DMG kepada musuh dengan HP tertinggi.

Semakin banyak musuh diserang, semakin tinggi Additional DMG yang diberikan. Selain itu, Tribbie juga meningkatkan All-Type PEN sekutu dan boleh melakukan Follow-up ATK ke atas musuh.

Version 3.1 Special Program Live Now: https://t.co/cn1AeaL7GX
New Character Introduction: Mydei#Mydei#HonkaiStarRail #HSRSpecialProgram pic.twitter.com/sMUxr6R0cX

— Honkai: Star Rail (@honkaistarrail) February 14, 2025

Mydei turut diperkenalkan sebagai watak kedua dalam update ini. Kini bergelar putera mahkota Castrum Kremnos, Mydei ialah seorang pahlawan yang ganas bak singa di medan perang. Dia merupakan watak 5-Star dengan elemen Imaginary yang mengikuti Path of Destruction.

Sebagai damage dealer, Mydei boleh meningkatkan kekuatannya dengan mengorbankan HP sendiri. Apabila HP yang digunakan mencapai jumlah tertentu, Mydei akan memasuki keadaan “Vendetta”, yang membolehkannya mendapatkan buff istimewa dan melepaskan abiliti lagi kuat secara automatik. Dalam mod ini, Mydei juga tidak akan tumbang walaupun menerima serangan maut.

Selain itu, dua watak 5-Star terhad, Yunli dan Huohuo, akan kembali dalam warp event Versi 3.1—Yunli pada separuh pertama dan Huohuo pada separuh kedua.

Acara Baharu

Kredit: HoYoverse

Selain watak baharu, Honkai: Star Rail Versi 3.1 turut memperkenalkan pelbagai acara menarik, termasuk musim baharu Divergent Universe. Kali ini, fokus penyelidikan akan tertumpu kepada Amphoreus, dengan sistem inovatif “Day and Night System”.

Dalam sistem ini, pertempuran akan bergilir antara siang dan malam, di mana setiap keadaan menawarkan buff unik serta kesan tambahan yang akan diaktifkan ketika peralihan waktu. Sistem ini, bersama dengan Blessings yang berkaitan, mempunyai hubungan dengan Titans dan Chrysos Heirs, menambah elemen strategi serta naratif yang lebih kaya.

Kredit: HoYoverse

Pemain juga akan dapat menyertai acara The Awooo Firm, di mana mereka akan berperanan sebagai pengurus untuk membantu pasukan chimera di Okhema. Dengan memberikan bimbingan dan sokongan, Trailblazers boleh membantu pasukan ini membina strategi terbaik dan menjadi yang terkuat.

Honkai: Star Rail kini boleh dimainkan di PlayStation 5, PC (melalui client download dan Epic Games Store), iOS (App Store), dan Android (Google Play).

Tags: Honkai: Star Rail
ShareTweetSend
Previous Post

HUNTER×HUNTER NEN×IMPACT Bakal Dilancarkan Julai 2025, Dengan Tambahan DLC!

Next Post

Dragon Ball: Goku Super Saiyan 4 Rasmi Muncul Semula, Kini Canon!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Dragon Ball: Goku Super Saiyan 4 Rasmi Muncul Semula, Kini Canon!

Dragon Ball: Goku Super Saiyan 4 Rasmi Muncul Semula, Kini Canon!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd