Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Demo “The Hundred Line – Last Defense Academy” Akan Bermula 19 Februari!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 12, 2025
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, Real time strategy, RPG, Steam
0 0
0
Demo “The Hundred Line – Last Defense Academy” Akan Bermula 19 Februari!
Share on FacebookShare on Twitter

The Hundred Line – Last Defense Academy bakal melancarkan demo prolognya di Steam pada 19 Februari 2025!

Demo ini merangkumi prolog hingga hari ketujuh dalam cabaran bertahan selama 100 hari. Menariknya, semua data simpanan dari demo ini boleh dibawa terus ke versi penuh apabila ia dilancarkan secara rasmi pada 24 April 2025.

Bagi pemain yang ingin mencuba game ini di Nintendo Switch, demo untuk platform tersebut juga sedang dalam perancangan dan akan diumumkan kemudian.

【#ハンドラ 体験版】
2月19日(水)より
Steamにて体験版の配信が決定しました!
セーブデータは製品版へ引継ぎが可能です。

遊べる範囲は「100日間」のうち
「プロローグから7日目まで」となります。

▼Steam版ウィッシュリスト登録受付中!https://t.co/B12h7ncjes

#hundred_line #ハンドラ pic.twitter.com/GHXvTgZrYq

— 【公式】HUNDRED LINE -最終防衛学園-(ハンドレッドライン) (@hundred_line) February 11, 2025

Dibangunkan oleh TooKyo Games Inc. dan Media.Vision Inc. serta diterbitkan oleh XSEED Games/Aniplex, The Hundred Line – Last Defense Academy menggabungkan elemen pengembaraan dan RPG taktikal dalam sebuah kisah yang mendebarkan.

Dengan penglibatan dua pencipta terkenal—Kazutaka Kodaka (Danganronpa) dan Kotaro Uchikoshi (Zero Escape)—game ini menjanjikan jalan cerita yang bercabang dengan pelbagai pengakhiran yang dipengaruhi oleh keputusan pemain.

Kredit: XSEED Games

Jalan cerita mengisahkan Takumi Sumino, seorang pelajar sekolah menengah biasa dari Tokyo Residential Complex yang kehidupannya berubah drastik apabila raksasa menyerang bandar tempat tinggalnya. Setelah menerima kuasa misteri yang dikenali sebagai “Hemoanima” daripada makhluk bernama Sirei, Takumi dibawa ke Last Defense Academy.

Di situ, dia dan 14 pelajar lain perlu bertahan selama 100 hari dan mempertahankan sekolah daripada ancaman makhluk mengerikan yang dikenali sebagai School Invaders. Akademi ini terkepung dalam api ghaib, dan misi utama mereka adalah untuk menyelamatkan umat manusia.

Kredit: XSEED Games

Dari segi gameplay, The Hundred Line – Last Defense Academy banyak mengambil inspirasi daripada game klasik. Pemain akan terlibat dalam pertempuran turn-based strategy, mengawal pasukan pertahanan khas yang terdiri daripada pelajar, masing-masing dengan Specialist Skill unik.

Selain itu, jalan cerita bercabang kepada lebih 100 pengakhiran berbeza, bergantung pada keputusan yang dibuat oleh Takumi—yang akhirnya akan menentukan nasib watak-watak serta dunia di sekeliling mereka.

Kredit: XSEED Games

Selain pertempuran yang sengit, game ini turut menawarkan elemen mengeratkan hubungan. Pemain boleh meluangkan masa bersama rakan sepasukan, meneroka persekitaran akademi, serta mencipta hadiah untuk mengeratkan hubungan. Ini bukan sahaja mempengaruhi interaksi dalam cerita tetapi juga memberikan kelebihan dalam pertempuran.

Untuk memperkenalkan pemain kepada watak-watak menarik dalam game ini, XSEED Games baru-baru ini telah mengeluarkan dua video, yang memberi fokus kepada ahli Special Defense Unit.

The Hundred Line – Last Defense Academy akan dilancarkan pada 24 April 2025 untuk Nintendo Switch dan PC melalui Steam, manakala demo prolognya akan tersedia di Steam bermula 19 Februari 2025.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DemoThe Hundred Line – Last Defense Academy
ShareTweetSend
Previous Post

Girls’ Frontline 2: Exilium Kini Tersedia di PC Steam!

Next Post

One Piece: Pirate Warriors 4 Bakal Hadir di PS5 & Xbox Series dengan DLC Baharu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Kemajuan One Piece Remake Masih Perlahan, Tetapi Kerja Berterusan, Kata Pereka Watak
Anime

Kemajuan One Piece Remake Masih Perlahan, Tetapi Kerja Berterusan, Kata Pereka Watak

June 16, 2025
MindsEye Dinobatkan Sebagai Game Paling Mengecewakan 2025
Berita

MindsEye Dinobatkan Sebagai Game Paling Mengecewakan 2025

June 16, 2025
Sony Hapus Region Lock Untuk Game PC Popular PlayStation, Akses Lebih Luas Di Seluruh Dunia
Berita

Sony Hapus Region Lock Untuk Game PC Popular PlayStation, Akses Lebih Luas Di Seluruh Dunia

June 16, 2025
Next Post
One Piece: Pirate Warriors 4 Bakal Hadir di PS5 & Xbox Series dengan DLC Baharu!

One Piece: Pirate Warriors 4 Bakal Hadir di PS5 & Xbox Series dengan DLC Baharu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd