Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Resident Evil Re:Verse Akan Ditamatkan Pada 30 Jun!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 6, 2025
in Artikel, Berita, Multiplayer, PC, PS4, PS5, Seram, Shooter, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Resident Evil Re:Verse Akan Ditamatkan Pada 30 Jun!
Share on FacebookShare on Twitter

Capcom telah mengumumkan bahawa Resident Evil Re:Verse, game multiplayer third-person shooter dalam dunia Resident Evil, akan menamatkan perkhidmatannya secara rasmi pada 30 Jun 2025. Game ini juga akan dikeluarkan dari kedai digital pada 4 Mac 2025.

Resident Evil Re:Verse mula dilancarkan sebagai sebahagian daripada Resident Evil Village untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, dan PC melalui Steam. Capcom mengesahkan bahawa selepas tarikh penamatan perkhidmatan, game ini tidak lagi boleh diakses, dan semua DLC berkaitan juga akan dihentikan daripada pembelian atau muat turun.

Bagi pemain yang telah menebus kod muat turun untuk Resident Evil Re:Verse, mereka masih boleh memuat turun game ini sehingga tarikh perkhidmatan ditamatkan secara rasmi. Namun, selepas 30 Jun, mod online tidak lagi boleh dimainkan.

Kredit: Capcom

Resident Evil Re:Verse dibangunkan khas untuk meraikan ulang tahun ke-25 siri Resident Evil. Menurut Capcom, game ini telah menerima sambutan yang lebih baik daripada jangkaan mereka, tetapi dengan hala tuju baharu francais ini, mereka merasakan Re:Verse telah menjalankan peranannya dengan baik.

Kesan terhadap DLC dan Item Dalam Game

Kredit: Capcom
  • Resident Evil Re:Verse tidak lagi akan disertakan dalam pembelian baharu Resident Evil Village selepas ia dikeluarkan dari kedai online.
  • RP Boosters yang dimiliki pemain masih boleh digunakan sehingga perkhidmatan ditamatkan. Selepas server ditutup, item ini tidak lagi boleh diakses.
  • Pemain boleh terus menikmati semua kandungan yang telah dibuka sehingga hari terakhir permainan, tetapi faedah Premium Pass tidak lagi akan tersedia selepas penutupan perkhidmatan.

Bagi yang berminat, Resident Evil Re:Verse kini boleh dimainkan di PlayStation 4, Xbox One, dan PC melalui Steam, tetapi masa semakin suntuk bagi pemain yang ingin mencubanya sebelum game ini dihentikan selama-lamanya.

Tags: Resident EvilResident Evil RE:Verse
ShareTweetSend
Previous Post

Filem “Live-Action Gundam” Kini Dalam Produksi, Poster Pertama Dipamerkan!

Next Post

Snow Bros. Wonderland Boleh Didapati Sekarang Di Konsol & PC – Kepulangan Selepas 30 Tahun!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
Next Post
Snow Bros. Wonderland Boleh Didapati Sekarang Di Konsol & PC – Kepulangan Selepas 30 Tahun!

Snow Bros. Wonderland Boleh Didapati Sekarang Di Konsol & PC - Kepulangan Selepas 30 Tahun!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd