Hari ini, Mundfish Studio dan 4Divinity mengumumkan pelancaran DLC ketiga Atomic Heart, “Enchantment Under the Sea”.
Kisah terbaru ini, yang boleh didapati sebagai sebahagian daripada Atomic Pass, membawa pemain kembali kepada elemen gameplay utama yang digemari ramai. Ia menyelami lebih dalam kisah selepas kempen utama sambil meneroka kawasan baru di Facility 3826.
Pemain akan menemui Neptune Research Center di bawah air, berhadapan dengan ancaman makhluk laut yang menakutkan, dan menggunakan senjata serta keupayaan sarung tangan baru dalam pengembaraan penuh aksi ini.
Bongkar Rahsia di Sebalik Facility 3826

“Enchantment Under the Sea” membawa pemain semula kepada akar gameplay penuh aksi yang membuatkan Atomic Heart salah satu permainan paling menonjol pada tahun 2023.
Bersama dengan seorang Twin, pemain akan meneroka Neptune Research Center yang misteri, menyelesaikan teka-teki, dan membongkar rahsia untuk menyelamatkan manusia daripada masa depan yang suram. DLC ini juga membawa pemain ke lokasi ikonik seperti bandar terbang Chelomey, yang kini telah berubah secara drastik.
Dahulu simbol harapan, Chelomey kini berada di bawah pemerintahan kejam seorang Robogirl raksasa yang wajahnya mungkin dikenali peminat.

Senjata Baru, Abiliti Baru, dan Ancaman Berbahaya
Kedalaman laut Facility 3826 dipenuhi dengan bahaya baru, termasuk robot Facility yang lebih canggih, kawanan makhluk laut mutan, dan MOR-4Y yang mengerikan, menunggu di kegelapan untuk menyerang. Untuk menghadapi ancaman ini, “Enchantment Under the Sea” memperkenalkan dua senjata baru:
- Thunderclap: Sebuah tukul berkuasa tinggi yang memanfaatkan arus elektrik untuk meningkatkan kekuatan serangan.
- KM-4 Kuzmich: Senapang patah dua laras dengan pola tembakan boleh ubah, sesuai untuk melawan kumpulan musuh besar.

Senjata-senjata ini dilengkapi dengan dua abiliti sarung tangan baru untuk meningkatkan pengalaman gameplay:
- Blaze: Skil polimer api yang membolehkan pemain melemparkan bebola api dengan damage area-of-effect.
- Whip: Sebuah alat cangkuk yang membolehkan P-3 menarik dirinya ke arah musuh, menyerang, serta mencapai kawasan yang sukar dicapai sebelum ini.

Kembalilah ke dunia dystopia Atomic Heart dengan “Enchantment Under the Sea”, kini tersedia di PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One, dan PC. Dapatkan Gold atau Premium Edition, atau Atomic Pass, untuk mengakses semua DLC termasuk pengembaraan bawah air ini dan expansion terakhir yang akan datang.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi Atomic Heart Asia.
@gamersantaimy
Discussion about this post