Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Live Action Baharu “Resident Evil” Sedang Dalam Rancangan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 27, 2025
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Filem Live Action Baharu “Resident Evil” Sedang Dalam Rancangan!

Gambar sekadar hiasan

Share on FacebookShare on Twitter

Francais kegemaran ramai, Resident Evil, bakal menerima filem live action reboot baharu yang menandakan bab baharu dalam adaptasi sinematik siri permainan survival seram ikonik keluaran CAPCOM ini. Projek ini baru sahaja diumumkan beberapa hari lepas dan kini mencetuskan keterujaan di kalangan peminat, dengan penggambaran dijangka bermula tahun ini.

Kredit: Capcom

Reboot ini akan diterbitkan oleh Constantin Film, Davis Film, dan PlayStation Productions. Zach Cregger, yang terkenal dengan hasil kerjanya dalam filem Barbarian dan Weapons, akan bertindak sebagai pengarah dan penulis. Beliau akan bekerjasama dengan Shay Hatten, penulis skrip untuk John Wick: Chapter 4 dan Army of the Dead, untuk menghasilkan jalan cerita.

Menurut laporan The Hollywood Reporter, projek reboot ini telah menarik minat yang besar dalam industri, dengan beberapa studio utama seperti Warner Bros. dan Netflix bersaing sengit untuk mendapatkan hak penerbitan filem tersebut.

Kredit: Capcom

Peminat Resident Evil kini juga boleh lega hati kerana reboot ini digambarkan sebagai usaha untuk kembali kepada akar seram francais ini. Berbeza dengan adaptasi filem terdahulu yang lebih memfokuskan kepada elemen aksi, terutamanya yang dibintangi Milla Jovovich, filem ini akan memberikan tumpuan kepada suasana seram dan penuh “tension” yang menjadi ciri utama game asal.

Projek ini bertujuan untuk lebih setia kepada game Resident Evil yang pertama, menghidupkan semula elemen ketakutan dan “survival” yang telah memikat hati pemain di seluruh dunia. Reboot ini juga akan membina asas yang telah diletakkan oleh filem Resident Evil: Welcome to Raccoon City pada tahun 2021, yang berusaha untuk mengikuti naratif permainan tetapi menerima maklum balas bercampur-campur.

Reboot ini hadir pada waktu francais Resident Evil mengalami kebangkitan semula, didorong oleh kejayaan game baharu seperti Resident Evil Village dan remaster bagi game klasik seperti Resident Evil 2 dan Resident Evil 3. Fenomena ini menunjukkan permintaan yang semakin meningkat terhadap kandungan yang kekal setia kepada akar seram siri ini, sekaligus menarik minat peminat lama dan baharu.

Walaupun butiran mengenai pelakon dan plot khusus masih dirahsiakan, filem ini dijangka menjadi filem live action kelapan dalam dunia sinematik Resident Evil.

Tags: filemlive actionResident Evil
ShareTweetSend
Previous Post

Tayangan Semula “Ejen Ali The Movie” Bermula 6 Februari, Ada Adegan Eksklusif Ejen Ali The Movie 2!

Next Post

One Piece: Identiti Kembar Shanks, Figarland Shamrock Akhirnya Didedahkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!
Nintendo Switch 2

Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!

June 5, 2026
Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
Next Post
One Piece: Identiti Kembar Shanks, Figarland Shamrock Akhirnya Didedahkan!

One Piece: Identiti Kembar Shanks, Figarland Shamrock Akhirnya Didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd