Netflix secara rasmi mengumumkan bahawa mereka akan menayangkan adaptasi anime Witch Watch daripada manga popular karya Kenta Shinohara, pada April 2025.
Anime ini akan disiarkan selama dua cour berturut-turut dan turut tersedia secara global di Crunchyroll, menjadikannya mudah diakses oleh peminat di seluruh dunia.
Witch Watch mengisahkan pengembaraan ajaib dan lucu Nico Wakatsuki, seorang witch (ahli sihir) muda yang baru sahaja menamatkan enam tahun latihan sihirnya. Bersedia untuk hidup berdikari, Nico perlu memilih “familiar” untuk menemaninya.
Berbeza dengan witch lain yang biasanya memilih haiwan, Nico memilih rakan zaman kanak-kanaknya, Morihito “Moi” Otogi, yang kebetulan seorang ogre. Pada mulanya, Morihito enggan menjadi familiar Nico, tetapi dia tidak punya pilihan lain—jika menolak, dia akan terkena sumpahan yang akan mengubahnya menjadi makhluk hibrid lembu-harimau yang aneh.
Dengan ibu bapa mereka tiada, mereka berdua akhirnya tinggal bersama di bawah satu bumbung, sesuatu yang menggembirakan Nico kerana dia sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Morihito.
Namun, sihir Nico yang seringkali gagal menyebabkan huru-hara, dan Morihito terpaksa bertindak sebagai pengawal peribadi dan penjaga untuknya. Tambahan pula, sebuah ramalan seram meramalkan bencana akan menimpa Nico dalam masa setahun, menjadikan segalanya lebih mendebarkan.

Adaptasi anime Witch Watch dibuat oleh Bibury Animation Studios, yang terkenal dengan karya mereka dalam sekuel The Quintessential Quintuplets. Pasukan kreatif untuk anime ini termasuk:
- Pengarah: Hiroshi Ikehata
- Penolong Pengarah: Masao Kawase
- Penulis Skrip: Deko Akao
- Pereka Watak: Haruko Iizuka
- Komposer Muzik: Yukari Hashimoto
Barisan pelakon suara untuk Witch Watch menampilkan ramai pelakon berbakat, antaranya:
- Ryōta Suzuki sebagai Morihito Otogi
- Rina Kawaguchi sebagai Nico Wakatsuki
- Tomori Kusunoki sebagai Nemu Miyao
- Kōhei Amasaki sebagai Kanshi Kazamatsuri
- Kaito Ishikawa sebagai Magami Keigo
- Mikako Komatsu sebagai Yūri Makuwa
- Konomi Kohara sebagai Kukumi Ureshino
- Rie Takahashi sebagai Kara Minami
- Yoshitsugu Matsuoka sebagai Tenryū Kiyomiya


Bagi peminat yang ingin menyelami dunia Witch Watch sebelum anime ini ditayangkan, versi manga boleh didapati dalam Bahasa Inggeris di MANGA Plus. Gabungan humor, emosi, dan magic dalam cerita ini telah menarik ramai peminat setia, lagi-lagi kerana ia dibuat oleh Kenta Shinohara (yang terkenal dengan Sket Dance dan Astra Lost in Space), menjadikannya salah satu adaptasi anime yang paling dinantikan tahun ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post