Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

EA SPORTS FC 25: Inilah “2024 Team of the Year” Pilihan Pemain!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 17, 2025
in Artikel, Berita, Epic Store, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Senarai, Steam, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
EA SPORTS FC 25: Inilah “2024 Team of the Year” Pilihan Pemain!
Share on FacebookShare on Twitter

EA SPORTS FC 25 secara rasmi telah mendedahkan Team of the Year (TOTY) untuk bola sepak lelaki dan wanita, yang mempamerkan bakat terbaik dari tahun 2024.

Bagi yang kurang tahu, acara Team of the Year adalah saat istimewa dalam EA SPORTS FC 25, di mana peminat di seluruh dunia berpeluang mengundi pemain kegemaran mereka dan membantu mencipta senarai pemain bola sepak paling elit dari seluruh dunia. Tanpa melengahkan masa, berikut adalah pasukan lengkap:

Men’s Team of the Year

  • GK – Emiliano Martínez (Argentina) – Aston Villa
  • DEF – Virgil van Dijk (Netherlands) – Liverpool
  • DEF – William Saliba (France) – Arsenal
  • DEF – Dani Carvajal (Spain) – Real Madrid
  • DEF – Alejandro Grimaldo (Spain) – Bayer Leverkusen
  • MID – Jude Bellingham (England) – Real Madrid
  • MID – Rodri (Spain) – Manchester City
  • MID – Cole Palmer (England) – Chelsea
  • ATT – Vinicius Junior (Brazil) – Real Madrid
  • ATT – Mohamed Salah (Egypt) – Liverpool
  • ATT – Kylian Mbappé (France) – Real Madrid

Women’s Team of the Year

  • GK – Ann-Katrin Berger (Germany) – Gotham FC
  • DEF – Sakina Karchaoui (France) – Paris Saint-Germain
  • DEF – Wendie Renard (France) – Lyon
  • DEF – Irene Paredes (Spain) – FC Barcelona
  • DEF – Lucy Bronze (England) – Chelsea
  • MID – Aitana Bonmatí (Spain) – FC Barcelona
  • MID – Alexia Putellas (Spain) – FC Barcelona
  • MID – Guro Reiten (Norway) – Chelsea
  • ATT – Caroline Graham Hansen (Norway) – FC Barcelona
  • ATT – Sophia Smith (USA) – Portland Thorns
  • ATT – Lauren James (England) – Chelsea

Pemain-pemain yang terpilih ini akan menerima kad TOTY khas dalam game. Kad ini menampilkan stats dan rating yang jauh lebih tinggi berbanding versi standard mereka, menjadikan pemain ini sangat diingini oleh para gamer yang ingin menguatkan pasukan.

Lagipun, kad TOTY dianggap antara yang paling kuat dalam game, dengan rating tertinggi sepanjang musim, serta boleh didapati untuk tempoh masa yang terhad.

Kredit: EA Sports

Bermula 17 Januari 2025, pemain TOTY mula dilepaskan dalam EA SPORTS FC 25, dengan kad ATT dikeluarkan terlebih dahulu, diikuti oleh kad MID pada 19 Januari, dan kad DEF serta kad GK pada 21 Januari. Senarai penuh TOTY akan disatukan ke dalam pool Football Ultimate Team dari 23 hingga 31 Januari.

EA SPORTS FC 25 kini tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, PlayStation 4, Xbox One, PC, dan Nintendo Switch, serta melalui EA Play. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: EA SPORTS FC 25TOTY
ShareTweetSend
Previous Post

BLEACH Rebirth of Souls Dedah Gameplay Baharu, Game Mode & DLC Thousand-Year Blood War!

Next Post

PlayStation Membatalkan “Game Live-Service God of War,” Selama Ini Rahsia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
PlayStation Membatalkan “Game Live-Service God of War,” Selama Ini Rahsia!

PlayStation Membatalkan "Game Live-Service God of War," Selama Ini Rahsia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd