Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Penerbit Siri Mega Man Berbincang Berkenaan Konsep Pembangunan Mega Man X DiVE

Setakat ini game ini nampak menarik

Jade Ice by Jade Ice
September 28, 2019
in Artikel, Berita, Mobile
0 0
0
Penerbit Siri Mega Man Berbincang Berkenaan Konsep Pembangunan Mega Man X DiVE
Share on FacebookShare on Twitter

Tsuchiya Kazuhiro, penerbit siri game Mega Man baru-baru ini telah memberikan pandangannya berkenaan konsep pembangunan game terbarunya iaitu Mega Man X DiVE menerusi sebuah temuramah video. Setelah tempoh percubaan BETA tamat, ramai peminat Mega Man tertarik dengan game ini.

Dalam Mega Man X DiVE, ianya melibatkan dunia baru iaitu Deep Log, dimana ia merupakan satu dunia yang mana ia menjadikan sesuatu yang mustahil terjadi di dunia asal Mega Man, tidak mustahil. Sebagai contoh, bolehkan anda bayangkan Zero dan X berjuang bersama-sama melawan musuh (bersama-sama dalam satu skrin, bukan seperti sebelum ini dimana pemain harus memilih watak mana yang ingin dimainkan). Lagi contoh adalah Vile berlawan menggunakan Saber. Banyak elemen-elemen seperti ini akan terjadi dalam Mega Man X DiVE.

Tsuchiya juga mengatakan bahawa pasukan pembangunannya telah memberikan tumpuan yang lebih dalam memastikan pengalaman permainan siri Mega Man di kekalkan, dan ianya dipindahkan kepada game terbaru ini, kerana ia merupakan game Mega Man untuk platform mudah alih. Pasukannya juga telah memastikan ianya boleh dimainkan menggunakan game pad, dan pemain boleh menetapkan sendiri tetapan butang agar ia menepati cara permainan mereka. Walaupun ini adalah permainan peranti mudah alih, gerakan-gerakan klasik Mega Man seperti dash dan wall-climbing tetap akan menyusuli.

Sememangnya Tsuchiya memiliki sebab yang kukuh untuk membawakan Mega Man ke peranti mudah alih kerana menurutnya, pada masa kini kebanyakkan individu memiliki telefon pintar. Oleh itu, mereka telah memasukkan ciri PvP dan sistem co-op supaya pemain-pemain Mega Man X DiVE serata dunia boleh berkomunikasi dan bertempur sesama mereka.

Bagi watak kegemaran, Tsuchiya menyatakan walaupun terdapat banyak watak menarik dalam game ini, beliau meminati Zero, kerana gaya pertempurannya yang unik berbanding X di mana dia menggunakan Saber. Dan sebab utamanya adalah kerana namanya, Zero; umum mengetahui Zero adalah 0, dan ianya sering dikaitkan dengan permulaan (kerana kosong adalah kosong, permulaan). Dari konteks ini, jika dilihat nama Zero dieja dengan huruf terakhir abjad iaitu Z, dan pengakhiran ejaannya adalah o (mirip 0). Ini sahaja sudah cukup membuat Tsuchiya kagum dengan watak ini.

Selain itu, Tsuchiya turut menyatakan Mega Man X DiVE adalah satu konsep yang baru yang berasaskan dunia Mega Man, dan beliau menegaskan bahawa game ini bukanlah hanya satu salinan watak-watak, level dan lagu latar daripada siri-siri asal. Dia menyatakan model 3D dan lukisan dalam game ini adalah dibawah pengawasan khusus artis CAPCOM iaitu Mizuno Kasuke. Oleh kerana mereka memberikan perhatian yang lebih terhadap perincian seperti ini, mereka percaya pemain-pemain lama akan menyukai elemen-elemen game ini.

Akhir sekali, Tsuchiya memberitahu perjalanan Mega Man X DiVE masih jauh dan mereka memerlukan banyak masa untuk memastikan nama Mega Man mendapat penghormatan yang bertepatan dengan reputasinya. Mereka juga ingin membawakan satu pengalaman baru yang tidak wujud sebelum ini dalam Mega Man.

Untuk memastikan anda sentiasa tersambung dengan maklumat dan perkembangan terkini Mega Man X DiVE, anda boleh menanda laman web rasmi dan juga laman Facebook game ini. Selain itu, anda juga boleh melayari laman YouTube CAPCOM Taiwan untuk menyaksikan paparan-paparan video Mega Man X DiVE yang lain.

Tags: CapcomMega ManMega Man X DiVEMobiletsuchiya kazuhiro
Previous Post

Sony Umumkan Barisan PlayStation Hits Untuk 4 Oktober

Next Post

Teringin nak pakai pelbagai senjata dan tempuhi banyak musuh? BORDERLANDS 3 la jawapanya! Jom usha REVIEW kami!

Jade Ice

Jade Ice

"Bolehlah" gamer. Tak n00b tak expert. Dulu-dulu teras keras punya gamer. Sekarang kids, wife, gaming (in that order). Hantu Final Fantasy, MGS, Kingdom Hearts.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Teringin nak pakai pelbagai senjata dan tempuhi banyak musuh? BORDERLANDS 3 la jawapanya! Jom usha REVIEW kami!

Teringin nak pakai pelbagai senjata dan tempuhi banyak musuh? BORDERLANDS 3 la jawapanya! Jom usha REVIEW kami!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd