Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pembikinan Semula House of the Dead 1 & 2 Di Umumkan!

Sega Satellite?

Jade Ice by Jade Ice
September 28, 2019
in Artikel, Berita
0 0
0
Pembikinan Semula House of the Dead 1 & 2 Di Umumkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Sebuah game shooter klasik iaitu The House of the Dead 1 dan 2 akan dibikin semula, berdasarkan sebuah laman web dari Poland; graczpospolita. Studio yang terlibat dalam pembikinan semula Panzer Dragoon iaitu Forever Entertainment, akan mengetuai projek ini. Terjemahan daripada laman web tersebut memberitahu yang game yang dibikin semula ini akan menampilkan grafik baru yang di adaptasi kepada piawaian moden dan gameplay yang sedikit diubah-suai, tetapi senario asal akan dikekalkan.

Malangnya maklumat seperti platform ataupun bagaimana mekanisma lightgun akan berfungsi tidak dikongsi. Tetapi dikatakan Forever Entertainment akan mengeluarkan teaser dalam masa yang terdekat. Bahagian 1 yang telah siap dibikin semula juga dijangkakan akan tiba tahun hadapan.

Siri The House of the Dead memang terkenal kerana grafik, dialog dan lakon suara yang boleh dikatakan; gagal. Game ini telah berada di arked-arked seawal 1996; jika ada dikalangan pembaca boleh mengingatinya. Saya masih lagi ingat memainkan game ini di Alpha Angle (kini Aeon) di Wangsa Maju. Dek kerana terkenal, game ini telah menjana berbagai spin off seperti filem dan sebuah game Typing of the Dead iaitu game pinball di Game Boy Advance.

Dalam The House of the Dead, pemain akan melalui jalan yang berbeza. Sepanjang perjalanan, pemain boleh menyelamatkan (atau membiarkan) orang awam daripada zombie. Banyak jalan yang boleh dilalui yang akan mendedahkan cebisan-cebisan jalan cerita, cabaran yang berbeza, pertarungan boss dan akhirnya penghabisan jalan cerita.

Forever Entertainment bercadang untuk mengemaskini game ini dan membawakannya ke era moden, tetapi setakat ini maklumat sangatlah terhad. Dan mereka tidak lagi mengeluarkan sebarang cekupan skrin atau trailer.

Sumber: Techraptor

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: forever entertainmentRemakeretrothe house of the dead
Previous Post

Map Baru Musim 3 Apex Legends Iaitu World’s Edge

Next Post

Tanggapan Pertama Bermain Mario Kart Tour

Jade Ice

Jade Ice

"Bolehlah" gamer. Tak n00b tak expert. Dulu-dulu teras keras punya gamer. Sekarang kids, wife, gaming (in that order). Hantu Final Fantasy, MGS, Kingdom Hearts.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Tanggapan Pertama Bermain Mario Kart Tour

Tanggapan Pertama Bermain Mario Kart Tour

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd