Mario Kart Tour baru sahaja dikeluarkan pada platform iOS dan Android. Ini membolehkan ramai orang memainkan Mario Kart tanpa memerlukan sebarang peranti tertentu. Kami telah memainkan game ini dan sememangnya ramai yang beranggapan ianya akan menjadi sebuah game yang teruk. Di sini kami ingin memberitahu yang pengalaman memainkannya sangat menyeronokkan!
Game ini menampilkan paparan skrin menegak berbanding paparan terdahulu dalam siri ini iaitu melintang. Terdapat 2 ciri yang membezakan game ini daripada gamenya yang asal.
Kawalan
Game ini menggunakan kawalan tekan dan swipe. Gerakan swipe digunakan untuk mengawal watak anda dan tekan pada skrin pula adalah untuk menggunakan barangan yang telah dikutip daripada kotak misteri.
Pada awal permainan anda harus memilih cara kawalan iaitu Simple ataupun Drift. Dalam Simple, anda mungkin tidak akan dapat mencapai Ultra Mini-Turbo. Lain pula ceritanya dengan kawalan Drift. Satu lagi tetapan penting adalah Smart Steering dimana ianya akan memberi kesan kepada kekuatan corner anda ketika anda melakukan swipe.
Membuka Watak, Kart dan Gliders
Setiap watak dalam game ini menampilkan gerakan tanda cipta mereka sendiri Selain itu, terdapat juga kart, watak dan glider yang sesuai untuk setiap litar. Semua ini memberikan mata bonus istimewa kepada pemain. Semua watak, kart dan glider juga memiliki tahap, kebolehan dan rarity mereka yang tersendiri. Tahap dan kebolehan ini akan memberikan kesan langsung kepada mata yang anda perlukan untuk mara lebih jauh.
Elemen monetization dalam game ini menggunakan mekanisma gacha. Buat masa ini, gacha bertemakan Pauline adalah mekanisma yang utama dan ianya disertakan bersama barangan lain yang boleh dibeli. Gacha ini membolehkan pemain mendapatkan watak, kart atau glider yang baru.
Pemain boleh membuat pembelian dalam aplikasi untuk mendapatkan Rubies untuk membeli gacha ataupun sesuatu daripada shop, atau membeli satu ciri yang dipanggil “New York Set” yang menampilkan Mario, 45 Rubies dan 5 Star Tickets. Barangan lain yang boleh dibeli adalah Gold Pass, ini sama seperti battle pass dalam Apex Legends. Dengan memiliki Gold Pass, pemain boleh membuka Mario yang istimewa, 3 kart yang berbeza, Rubies, mendapatkan lencana daripada Gold Challenges dan membuka perlumbaan 200cc.
Mekanisma Permainan
Secara keseluruhan edisi mudah alih ini terasa sama seperti game yang sama edisi konsol. Tetapi litar perlumbaannya terasa sedikit singkat ataupun pendek. Grafik juga boleh dikatakan tidak banyak perbezaan.
Mario Kart Tour sememangnya game yang menyeronokkan, litar yang pantas dan pendek ada kelebihannya. Ini menjadikannya “optimized” untuk sebuah game yang di adaptasi daripada konsol ke platform mudah alih yang rata-rata pemainnya mahu keseronokan segera. Adakah anda bersetuju dengan kesimpulan ini?
Lebih perincian boleh didapati di laman rasmi mereka!
@gamersantaimy
Discussion about this post