Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acer Mengumumkan Predator Helios AI dengan Intel Core Ultra Baharu & GPU NVIDIA GeForce RTX 50!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 7, 2025
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Teknologi
0 0
0
Acer Mengumumkan Predator Helios AI dengan Intel Core Ultra Baharu & GPU NVIDIA GeForce RTX 50!
Share on FacebookShare on Twitter

Acer hari ini mengumumkan kemas kini prestasi dan kelengkapan tinggi kepada barisan laptop gaming Predator, termasuk produk perdana Predator Helios 16 AI dan Predator Helios 18 AI.

Acer juga telah mengembangkan portfolio laptop gaming tahap menengah Helios Neo dengan pelancaran Predator Helios Neo 16S AI serba baru, serta mengumumkan paparan gaming Predator XB323QX, yang dilengkapi dengan paparan 5K 31.5 inci.

Berikut adalah info lanjut:

Predator Helios 16 AI dan Predator Helios 18 AI

Komputer riba terkini dan paling berkuasa dari Predator, Helios 16 AI dan Helios 18 Ai, menarik untuk para gamer, pengguna awal dan penggemar teknologi yang mencari CPU dan GPU, teknologi penyejukan, dan paparan cemerlang yang terkini.

Predator Helios 18 AI

Kedua-dua laptop menawar cip pemproses sehingga Intel Core Ultra 9 275HX dengan NPU untuk prestasi yang dipacu AI, GPU laptop sehingga NVIDIA GeForce RTX 5090 dan teknologi NVIDIA DLSS terkini. GPU komputer riba NVIDIA GeForce RTX 5090 juga melengkapkan laptop ini dengan lebih dari 150 aplikasi yang disesuaikan dengan AI, termasuk aplikasi-aplikasi penjanaan AI terunggul, penjanaan aset visual, dan banyak lagi.

Predator Helios 16 AI

Kedua-dua sistem menyediakan simpanan luas; Helios 16 AI boleh dipasang dengan memori sehingga 64GB dan menyokong penyimpanan PCIe Gen 5 sehingga 4TB. Peranti Predator Helios meningkatkan taraf dengan teknologi penyejukan yang merangkumi kipas logam AeroBlade 3D generasi ke-6, meningkatkan aliran udara sebanyak 20%, manakala gris terma logam cecair dan saluran haba vektor membantu untuk menurunkan suhu.

Predator Helios 16 AI

Helios 16 AI dilengkapi dengan paparan WQXGA (2560 x 1600) dengan kadar segar semula secepat 240 Hz. Sementara Helios 18 AI dilengkapkan dengan paparan Mini LED 4K dengan kadar segar semula 120 Hz, kecerahan sehingga 1000 nits, dan ciri-ciri paparan dwi mod baharu yang membolehkan para pengguna untuk beralih kepada resolusi FHD di 140 Hz melalui aplikasi PredatorSense. Ia juga menyokong teknologi NVIDIA G-SYNC, NVIDIA Advanced Optimus dan Suis MUX.

Predator Helios 18 AI

Untuk meningkatkan pengalaman menaip, papan kekunci RGB setiap kekunci peranti ini dilengkapi dengan kekunci mekanikal boleh tukar Acer MagKey 4.0 untuk kekunci WASD dan anak panah. Dengan jarak tekan hanya 0.3mm, kekunci ini menyediakan penggerakan yang lebih cepat dan isyarat pencetus yang lebih tepat.

Predator Helios 18 AI

Kedua-dua laptop datang dengan DTS:X Ultra; Helios 16 AI datang dengan empat pembesar suara, manakala Helios 18 AI datang dengan enam pembesar suara. Sambungan yang tangkas disediakan dengan Ethernet E5000B, Intel Killer Wi-Fi 7, dan dua palam Thunderbolt 5 terkini.

Predator Helios Neo 16S AI

Predator Helios Neo 16S AI serba baru membawa prestasi yang luar biasa dalam bentuk yang lebih ramping. Setebal hanya 19.9mm, ia direka khusus untuk serba boleh dalam menyokong aplikasi game dan kreatif di harga yang lebih berpatutan.

Predator Helios Neo 16S AI

Helios Neo 16S AI mengutamakan prestasi, menyokong cip pemproses sehingga Intel Core Ultra 9 275HX dengan NPY tergabung untuk AI dan game dengan GPU laptop GeForce RTX 5070 Ti. Ia juga dipasang dengan teknologi NVIDIA DLSS, dan juga menyokong memori sehingga 32Gb dan simpanan sehingga 2 TB.

Predator Helios Neo 16S AI

Paparan OLED WQXGAdilengkapkan dengan kadar segar semula secepat 240 Hz dan gamut warna luas menyokong 100% DCI-P3, dan ia menyokong teknologi NVIDIA G-SYNC, NVIDIA Advanced Optimus dan Suis MUX.

Predator Helios Neo 16S AI

Sistem penyejukan termasuk teknologi AeroBlade 3D generasi ke-5 dan gris terma logam cecair di atas CPU.

Predator XB323QX

Predator Helios Neo 16S AI

Para gamer yang menginginkan game yang mengasyikkan akan kagum dengan paparan gaming Predator XB323QX.

Dilengkapi dengan paparan IPS 5K 31.5 inci yang luas dengan kadar segar semula 144 Hz dan kadar tindak balas (GTG) 0.5ms, dan pilihan untuk beralih ke resolusi WQHD (2560 x 1440) di 288 Hz dengan teknologi Dynamic Frequency and Resolution (DFR), dengan tambahan NVIDIA G-SYNC Pulsar, ia menyokong gambar yang jelas dan aksi yang lancar dengan 4x kejelasan pergerakan.

Dengan kedalaman warna 10-bit, paparan ini memaparkan visual yang sinematik dengan warna yang terang, diperbaik lagi dengan sokongan untuk 95% DCI-P3 atau 99% gamut warna sRGB. Dilengkapi dengan palam DisplayPort 1.4 dan dua palam HDMI 2.1, ia menawarkan sambungan yang cemerlang.

Paparan ini menawarkan penyelarasan kepada sudut senget, pusing dan tinggi, membolehkan para gamer mencari sudut pandangan yang terbaik. Ia juga boleh digantung dari tembok untuk menjimat ruang meja.

Pembesar suara 2-watt yang terbina dalam membesarkan kualiti audio, dan widget paparan Acer menyediakan pengawalan dan penyesuaian yang senang.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Predator Helios 16 AIPredator Helios 18 AIPredator Helios Neo 16S AIPredator XB323QX
ShareTweetSend
Previous Post

Acer Mengembangkan Portfolio Mobile Gaming dengan Nitro Blaze 8 & Nitro Blaze 11!

Next Post

Acer Melancarkan Siri Laptop Nitro V Baharu, Meluaskan Portfolio Gaming Utama!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Acer Melancarkan Siri Laptop Nitro V Baharu, Meluaskan Portfolio Gaming Utama!

Acer Melancarkan Siri Laptop Nitro V Baharu, Meluaskan Portfolio Gaming Utama!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd