Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Wuthering Waves Kini Tersedia di PS5 Bersama Update Versi 2.0!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 2, 2025
in Android, Artikel, Berita, Epic Store, Gacha, iOS, Mobile, Open World, PC, PS5, RPG
0 0
0
Wuthering Waves Kini Tersedia di PS5 Bersama Update Versi 2.0!
Share on FacebookShare on Twitter

Kuro Games secara rasmi mengumumkan pelancaran versi PlayStation 5 (PS5) bagi Wuthering Waves, serentak dengan pelepasan Versi 2.0 pada 2 Januari 2025.

Versi PS5 kini tersedia untuk dimuat turun melalui PlayStation Store, menawarkan grafik yang dipertingkatkan dan pengalaman yang lancar kepada pemain konsol.

Dear Rovers,
We are thrilled to announce that Wuthering Waves has officially launched on PlayStation®5 on January 2, 2025 (UTC+8). To help you seamlessly connect your PlayStation™Network (PSN) account with your Kuro Games account and sync your progress across platforms, we’ve… pic.twitter.com/48aq2qFLcx

— Wuthering Waves (@Wuthering_Waves) January 2, 2025

Pemain yang memulakan pengembaraan mereka di PS5 boleh beralih ke platform PC atau mobile menggunakan akaun Kuro Games yang sama yang dipautkan ke akaun PSN mereka. Begitu juga, pemain PC dan mobile boleh mengakses game mereka di PS5 dengan akaun yang sama.

Hadiah Istimewa

Versi 2.0 kini juga tersedia di PC, iOS, dan Android, memperkenalkan pelbagai ciri baharu dan penambahbaikan. Untuk meraikan pelancaran ini, Kuro Games menawarkan hadiah percuma kepada semua pemain.

  • Pemain yang mencapai Union Level 2 boleh menuntut 10 Radiant Tides dan 10 Crystal Solvents dengan log masuk sebelum penyelenggaraan kemas kini seterusnya.
  • Bonus Log Masuk 7 Hari akan memberikan sejumlah 5 Radiant Tides dan 5 Lustrous Tides sepanjang tempoh ini.
  • Bermula 29 Januari 2025, pemain akan menerima 1600 Astrite melalui beberapa e-mel. Hadiah ini sah sehingga penyelenggaraan versi seterusnya.
  • Acara Dances for Spring’s Return: Companion Invitation Login berlangsung dari 23 Januari hingga 13 Februari 2025. Pemain yang mencapai Union Level 14 dalam tempoh ini boleh mendapatkan Sanhua’s Signature Outfit: Exorcistic Adjuration, bersama 10 Crystal Solvents dan ganjaran lain.

Wuthering Waves Version 2.0 is set to launch on January 2nd (UTC+8), and we’ve lined up all the freebies in the following compilation for you! Be sure to check!
The Carnevale is just around the corner, waiting for your grand entrance!#WutheringWaves #Rinascita pic.twitter.com/HYWMGNWO0f

— Wuthering Waves (@Wuthering_Waves) January 1, 2025

Apa itu Wuthering Waves?

Berlatarbelakangkan planet pasca-apokalips Solaris-3, Wuthering Waves menceritakan kisah “The Lament”, satu peristiwa besar yang mencetuskan kemunculan makhluk misteri dikenali sebagai Tacet Discords. Pemain akan memainkan watak Rover, seorang protagonis yang hilang ingatan, meneroka dunia yang bergelut untuk pulih daripada kehancuran sambil mencari memori yang hilang dan menghadapi ancaman yang menggugat kelangsungan hidup tamadun.

Kredit: Kuro Games

Sebagai free-to-play open-world action RPG, Wuthering Waves menampilkan sistem pertempuran yang menggabungkan teknik mengelak, menangkis, dan kemahiran unik setiap watak. Pemain boleh mengawal Rover serta pelbagai watak lain yang dikenali sebagai Resonators, dikategorikan mengikut 4-bintang dan 5-bintang, masing-masing dengan abiliti dan elemen tersendiri.

Kredit: Kuro Games

Game ini menggunakan sistem gacha untuk mendapatkan Resonator dan senjata baharu, dengan tiga jenis banner—novice, event, dan standard—serta sistem pity yang menjamin item rare selepas sejumlah pull tertentu.

Kredit: Kuro Games

Bagi mereka yang berminat, Wuthering Waves kini boleh dimainkan di PS5, PC, iOS, Android, dan Epic Games Store. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.

Tags: Wuthering Waves
ShareTweetSend
Previous Post

Honkai: Star Rail Update 3.0 ‘Paean of Era Nova’ Akan Tiba Pada 15 Januari!

Next Post

Bright Memory: Infinite Akan Hadir Di Mobile Pada 17 Januari

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!
Teknologi

ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!

June 4, 2026
Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!
Mobile

Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!

June 4, 2026
Next Post
Bright Memory: Infinite Akan Hadir Di Mobile Pada 17 Januari

Bright Memory: Infinite Akan Hadir Di Mobile Pada 17 Januari

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd