Sempena penghujung tahun 2024, MANGA Plus di bawah SHUEISHA telah mengumumkan senarai “2024 Highlights“, iaitu sorotan tahunan yang merangkumi manga dan bab manga paling popular yang telah menarik perhatian pembaca sepanjang tahun. Berikut adalah judul terbaik tahun ini yang serta-merta menarik perhatian pembaca:
A big thanks to all our readers!
2024 was packed with amazing stories on MANGA Plus by SHUEISHA 🎉 Check out the rankings and highlights as we look back on the year’s biggest hits. Which ones were your favorites? 👀✨
Check it out: https://t.co/NXH3zTHsSS pic.twitter.com/xlJG0bHmrW— MANGA Plus by SHUEISHA (@mangaplus_o) December 25, 2024
10 Manga Baru Paling Popular Tahun 2024
Salah satu tumpuan utama adalah senarai 10 manga baru paling popular, berdasarkan jumlah tontonan semasa tujuh hari pertama selepas keluaran bab pertama mereka. Manga-manga berikut berjaya mencipta impak besar dalam kalangan pembaca:
- Drama Queen oleh Kuraku Ichikawa
- Ichi the Witch oleh Osamu Nishi / Shiro Usazaki
- MAD oleh Yusuke Otori
- Hero Organization oleh Kei Saikawa / Akira Takahashi
- Astro Royale oleh Ken Wakui
- Centuria oleh Tohru Kuramori
- Smother Me oleh Hiroshi Shimomoto
- No\Name oleh Rafal Jaki / MACHINE GAMU
- Empyreal Cabinet oleh Fumiji Yuba
- Shinobbi Undercover oleh Ippon Takegushi / Santa Mitarashi

10 Bab Manga Paling Banyak Dibaca Tahun 2024
Sorotan ini juga mendedahkan 10 bab manga paling banyak dibaca sepanjang tahun, berdasarkan jumlah tontonan yang direkodkan antara 1 Januari hingga 12 Disember 2024. Bab-bab ini menjadi pilihan utama pembaca:
1. Chainsaw Man Bab 167 (Super Smooch)

2. Jujutsu Kaisen Bab 260 (Inhuman Makyo Shinjuku Showdown, Part 32)

3. Boruto: Two Blue Vortex Bab 9 (Nine Tails)

4. My Hero Academia Bab 430 (My Hero Academia)

5. One Piece Bab 1117 (A)

6. Dragon Ball Super Bab 102 (Son Goku Vs Son Gohan)

7. Drama Queen Bab 1 (Who Needs Love When You’ve Got Rage?)

8. OSHI NO KO Bab Terakhir (Star)

9. Hunter x Hunter Bab 401 (Moonlight)

10. MAD Bab 1 (Invasion)

Untuk tempoh masa terhad, semua bab ini boleh dibaca secara percuma di MANGA Plus. Ini adalah peluang terbaik untuk peminat menikmati kembali atau menemui bab yang paling popular sepanjang tahun ini.
Menanti Tahun 2025
Dalam mesej khas, Ketua Editor MANGA Plus mengucapkan terima kasih kepada pembaca atas sokongan yang berterusan dan menjanjikan bahawa tahun 2025 akan memperkenalkan siri baru yang lebih mendebarkan serta karya agung yang memukau.
Untuk melihat senarai penuh atau baca karya-karya ini, sila layari laman web rasmi atau aplikasi MANGA Plus.
@gamersantaimy
Discussion about this post