Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Lost Soul Aside Pamerkan Gameplay Baharu, Akan Tiba Pada 2025!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 19, 2024
in Action, Artikel, Berita, PC, PS5, RPG, Steam
0 0
0
Lost Soul Aside Pamerkan Gameplay Baharu, Akan Tiba Pada 2025!
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah bertahun-tahun dalam pembangunan sejak pengumuman awalnya pada 2016, tajuk RPG “Lost Soul Aside” secara rasmi akan dilancarkan pada 2025 untuk PlayStation 5 dan PC melalui Steam, seperti yang diumumkan oleh penerbit Sony Interactive Entertainment dan pembangun UltiZero Games.

Bersama pengumuman ini, mereka turut mengeluarkan gameplay baharu yang anda boleh tonton di bawah:

Lost Soul Aside menampilkan gabungan aksi, pengembaraan, dan RPG, yang membentuk pengalaman single-player bersama sistem pertempuran hack-and-slash dengan jalan cerita fantasi.

Pemain akan memainkan watak Kazer, bekas kapten kesatria yang memulakan misi peribadi untuk menyelamatkan dirinya dan adiknya sambil meneroka dunia yang dilanda perang, penuh dengan penceroboh dimensi dan raksasa misteri.

Kredit: UltiZero Games

Kisah ini bermula 10 tahun selepas tamatnya perang dahsyat, apabila Kazer secara tidak sengaja bergabung dengan Arena, entiti ghaib kuno. Bersama-sama, mereka memulakan pencarian untuk membongkar rahsia kristal misteri, masing-masing dengan tujuan tersendiri.

Gameplay Lost Soul Aside direka untuk menarik minat peminat RPG aksi berat. Dengan mekanik pertarungan yang pantas, pemain boleh menggabungkan kombo dengan lancar, bertukar senjata tanpa gangguan, dan memanfaatkan abiliti sihir.

Sistem ini mengambil inspirasi daripada francais ikonik seperti Devil May Cry, dengan fokus pada gaya, kelajuan, dan ketepatan.

Kredit: UltiZero Games

Ciri Utama Lain:

  • Pertarungan Serba Boleh: Pemain boleh menyesuaikan diri dengan pelbagai senario dengan menggunakan kebolehan transformasi Arena, termasuk menjadi senjata atau sayap untuk terbang.
  • Penerokaan Dunia Terbuka: Game ini menawarkan persekitaran dunia terbuka yang menakjubkan secara visual, menggabungkan elemen fantasi dengan teknologi canggih, menggalakkan pemain untuk meneroka dengan berjalan kaki atau melalui kaedah sihir.
  • Pertarungan Bos Kolosal: Bersiap sedia untuk berhadapan dengan musuh yang hebat dan bos raksasa, masing-masing menawarkan cabaran unik yang memerlukan perancangan strategi untuk ditewaskan.
Kredit: UltiZero Games

Jika berminat, anda boleh menambah Lost Soul Aside ke wishlist mereka di PlayStation Store.

ShareTweetSend
Previous Post

Astro Shaw Umum “Keluang Man Cinematic Universe”

Next Post

Stella Sora – Aksi RPG Terbaru Oleh Yostar, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Stella Sora – Aksi RPG Terbaru Oleh Yostar, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!

Stella Sora - Aksi RPG Terbaru Oleh Yostar, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd