Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Unboxing “SpongeBob SquarePants x Cactus Plant Flea Market UT” – Bukan SpongeBob Kita Kenal!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 16, 2024
in Artikel, Berita, Fesyen, Unboxing
0 0
0
Unboxing “SpongeBob SquarePants x Cactus Plant Flea Market UT” – Bukan SpongeBob Kita Kenal!
Share on FacebookShare on Twitter

Koleksi SpongeBob SquarePants x Cactus Plant Flea Market UT, hasil kerjasama eksklusif bersama UNIQLO, kini rasmi dilancarkan! Koleksi ini, yang boleh didapati sejak 13 Disember di Malaysia, menampilkan pelbagai item menarik seperti T-shirt, hoodie, topi, dan mainan edisi khas.

Rekaan terhad ini memberikan nafas segar dan unik kepada watak-watak ikonik Bikini Bottom melalui gaya lukisan tangan dan humor khas Cactus Plant Flea Market. Berikut adalah sorotan menarik daripada media kit ini dan barangan istimewa di dalamnya.

Luaran Kotak

Media kit ini hadir dalam kotak dengan reka bentuk bergaya yang dihiasi imej SpongeBob SquarePants—tetapi dengan sentuhan kreatif yang unik. SpongeBob diberikan rupa baharu dengan dua set mata besar dan ekspresi yang lucu, menggambarkan gabungan antara elemen animasi dan aneh.

Sentuhan unik ini merupakan penghormatan kepada motif “double vision” yang sinonim dengan jenama Cactus Plant Flea Market, menjadikan kotak ini satu item koleksi yang bernilai tinggi untuk peminat setia SpongeBob dan jenama ini.

Isi Kotak: Apa yang Ada di Dalam?

Sebaik sahaja kotak ini dibuka, anda akan menemui pelbagai barangan yang pasti mencuri perhatian:

Topi

Topi bergaya ini memberikan penghormatan kepada dunia SpongeBob. Sulaman teks putih di bahagian depan topi berbunyi:

“THE KRUSTY KRAB
HOME OF THE KRABBY PATTY
031 BOTTOM FEEDER LANE,
BIKINI BOTTOM”

Reka bentuk ini sebenarnya merujuk kepada alamat restoran ikonik The Krusty Krab, tuan rumah kepada burger terkenal Krabby Patty.

T-Shirt

Antara item utama dalam koleksi, baju ini menampilkan watak-watak seperti SpongeBob, Patrick Star, Sandy Cheeks, Plankton, Mr. Krabs, Squidward Tentacles, dan Gary the Snail dalam gaya yang berbeza dan unik. Rekaan ini menggunakan sentuhan kreatif dalam gaya khas Cactus Plant Flea Market, memberikan penampilan aneh kepada watak-watak Bikini Bottom.

Hoodie

Hoodie ini mencuri perhatian dengan rekaannya yang menonjol. Di bahagian depan, terdapat ilustrasi SpongeBob yang lucu dan unik, manakala di bahagian belakang, ia dihiasi dengan bunga merah jambu besar serta teks “SPONGEBOB” yang ditulis dengan gaya putih tebal.

Patung Plush SpongeBob

Mainan plush SpongeBob ini tampil dengan sentuhan kreatif yang menyeronokkan—ia mempunyai dua set mata, selaras dengan motif “double vision” buatan Cactus Plant Flea Market.


Koleksi SpongeBob SquarePants x Cactus Plant Flea Market UT ini lebih daripada sekadar pakaian; ia membawa kembali nostalgia watak-watak ikonik SpongeBob dengan suntikan kreativiti moden.

Jadi, bersiaplah untuk menyelam ke dunia Bikini Bottom yang eksklusfi ini—dapatkan koleksi ini dsekarang i kedai UNIQLO Malaysia terdekat! Untuk maklumat lanjut, layari uniqlo.com.my.

Tags: spongebob squarepantsUnboxinguniqloUT
ShareTweetSend
Previous Post

[LEVEL UP KL 24] Dari Pembangunan ke QA: Bagaimana AI Mengubah Industri Gaming, Menurut Jun Shimoda Dari Microsoft

Next Post

Interviu Eksklusif Farming Simulator 25 – Proses Mengubah Pertanian Menjadi Game Yang Seronok!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Interviu Eksklusif Farming Simulator 25 – Proses Mengubah Pertanian Menjadi Game Yang Seronok!

Interviu Eksklusif Farming Simulator 25 - Proses Mengubah Pertanian Menjadi Game Yang Seronok!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd