Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Konami Umum Senarai Game Untuk “Yu-Gi-Oh! Early Days Collection” – 14 Tajuk Dalam Satu Bundle!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 16, 2024
in Artikel, Berita, Kad Strategi, Nintendo Switch, PC, Senarai, Steam
0 0
0
Konami Umum Senarai Game Untuk “Yu-Gi-Oh! Early Days Collection” – 14 Tajuk Dalam Satu Bundle!
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena ulang tahun ke-25 permainan kad Yu-Gi-Oh!, Konami telah mengumumkan senarai penuh game klasik yang akan dimuatkan dalam Yu-Gi-Oh! Early Days Collection! Koleksi ini akan dilancarkan di seluruh dunia pada 27 Februari 2025 dan boleh dimainkan di Nintendo Switch serta PC melalui Steam.

Kredit: KONAMI

Koleksi ini menggabungkan judul-judul ikonik dari sejarah awal francais, menjanjikan nostalgia dan keterujaan kepada peminat lama:

  1. Yu-Gi-Oh! Duel Monsters
  2. Yu-Gi-Oh! Duel Monsters II: Dark Duel Stories
  3. Yu-Gi-Oh! Monster Capsule GB
  4. Yu-Gi-Oh! Dark Duel Stories
  5. Yu-Gi-Oh! Duel Monsters 4: Battle of Great Duelist
  6. Yu-Gi-Oh! Dungeon Dice Monsters
  7. Yu-Gi-Oh! The Eternal Duelist Soul
  8. Yu-Gi-Oh! Duel Monsters 6: Expert 2
  9. Yu-Gi-Oh! The Sacred Cards
  10. Yu-Gi-Oh! Reshef of Destruction
  11. Yu-Gi-Oh! Worldwide Edition: Stairway to the Destined Duel
  12. Yu-Gi-Oh! World Championship Tournament 2004
  13. Yu-Gi-Oh! Destiny Board Traveler
  14. Yu-Gi-Oh! 7 Trials to Glory: World Championship Tournament 2005
Kredit: KONAMI

Yu-Gi-Oh! Early Days Collection ialah satu koleksi retro istimewa sempena ulang tahun ke-25 permainan kad Yu-Gi-Oh!. Koleksi ini menampilkan game digital Yu-Gi-Oh! yang asalnya dilancarkan antara tahun 1998 hingga 2004 untuk platform Game Boy.

Early Days Collection menampilkan beberapa tajuk paling ikonik dalam francais Yu-Gi-Oh!, termasuk Yu-Gi-Oh! Monster Capsule GB, yang akan tersedia di luar Jepun buat kali pertama. Pakej nostalgia ini pasti menggembirakan peminat yang ingin menghidupkan semula pengalaman bermain permainan digital yang diadaptasi daripada permainan kad terkenal ini.

Kredit: KONAMI

Untuk meningkatkan pengalaman pemain moden, koleksi ini akan dilengkapi ciri save/load serta sokongan online untuk Yu-Gi-Oh! Duel Monsters 4: Battle of Great Duelist. Selain itu, beberapa judul lain akan menerima kemas kini sokongan online selepas pelancaran, menjadikan koleksi ini lebih menarik bagi peminat baru dan lama.

Pemain Nintendo Switch akan mendapat bonus istimewa dengan Edisi Fizikal, termasuk salah satu daripada dua kad Quarter Century Secret Rare secara rawak, iaitu:

  • Perfectly Ultimate Great Moth
  • Seiyaryu

Peminat di Asia kini boleh membuat pra-tempahan digital melalui Nintendo eShop dan Steam sebelum pelancaran koleksi ini. Untuk maklumat lanjut mengenai Early Days Collection dan produk retro Yu-Gi-Oh! lain, layari laman rasmi di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Yu-Gi-Oh! Early Days Collection
ShareTweetSend
Previous Post

Mari Berlumba Dengan Happy Meal Mario Kart di McDonald’s Malaysia!

Next Post

Comic Fiesta 2024 Mengadakan Pameran Komik Hong Kong Di KLCC Bermula 21 Disember!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
BrownDust2 Kini Berstatus 18+ di Google Play Store, Kandungan Semakin Eksplisit
Berita

BrownDust2 Kini Berstatus 18+ di Google Play Store, Kandungan Semakin Eksplisit

May 9, 2025
Next Post
Comic Fiesta 2024 Mengadakan Pameran Komik Hong Kong Di KLCC Bermula 21 Disember!

Comic Fiesta 2024 Mengadakan Pameran Komik Hong Kong Di KLCC Bermula 21 Disember!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd