Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu Übel Blatt: Balas Dendam Ke Atas Seven Heroes!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 10, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Preview
0 0
0
Previu Übel Blatt: Balas Dendam Ke Atas Seven Heroes!
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat anime di Anime Festival Asia Singapore 2024 (AFASG24) menerima peluang eksklusif untuk menyaksikan tayangan perdana dunia Übel Blatt Episod 1 semasa acara Day Stage.

Tayangan sulung ini mencipta detik bersejarah apabila Singapura menjadi lokasi pertama di dunia untuk menayangkan siri ini, mendahului negara asalnya, Jepun.

Para hadirin (termasuk kami) diberi penghormatan untuk menjadi penonton pertama yang menyaksikan adaptasi manga fantasi gelap karya Etorouji Shiono, sekaligus memberikan permulaan epik kepada kisah penuh dendam dan pengkhianatan ini.

Tanpa melengahkan masa, berikut adalah pandangan pertama kami tentang Übel Blatt!

Pandangan Pertama

Übel Blatt, karya Etorouji Shiono, adalah sebuah manga yang mencuri perhatian pembaca sepanjang tempoh terbitannya dari 2004 hingga 2019. Siri ini terkenal dengan naratif yang rumit, seni yang hebat, dan watak-watak yang kompleks dari segi moral. Adaptasi anime ini, seperti bahan asalnya, menonjolkan tema dendam, pengkhianatan, dan penebusan.

Kredit: ©Etorouji Shiono/SQUARE ENIX・「ユーベルブラット」製作委員会

Cerita ini bermula dua dekad selepas Seven Heroes legenda berjaya menyekat kuasa gelap asing dan membawa keamanan kepada empayar. Namun, kekacauan baru di sempadan membuka rahsia gelap di sebalik kemuliaan Seven Heroes yang selama ini diagungkan oleh rakyat.

Kredit: ©Etorouji Shiono/SQUARE ENIX・「ユーベルブラット」製作委員会

Di tengah-tengah kisah ini adalah Köinzell, seorang pendekar misteri yang dikenali sebagai “The Hero of the Frontier.” Di sebalik imej wira, dia sebenarnya adalah Ascheriit, salah seorang daripada “Lances of Betrayal” yang telah dikhianati dan difitnah oleh Seven Heroes dua dekad lalu. Dengan kuasa dari pari-pari pangkat tinggi, Köinzell berjaya bertahan hidup dan kini membawa misi membalas dendam ke atas mereka yang telah merampas kehidupan dan kehormatannya.

Kredit: ©Etorouji Shiono/SQUARE ENIX・「ユーベルブラット」製作委員会

Tayangan perdana ini memperkenalkan empat watak utama, memberi gambaran tentang peranan mereka dalam perjalanan dendam Köinzell:

  • Köinzell: Seorang pemuda berambut perang keemasan dengan ciri-ciri seperti elf, membawa trauma masa lalu serta keazaman yang tidak pernah luntur untuk menuntut keadilan. Kehebatannya dalam seni pedang gelap, yang lebih kuat di bawah cahaya bulan, menjadikan dia pahlawan yang menakutkan.
  • Peepii: Gadis pintar dan berani dari puak Miruell-Miriel, yang membawa semangat dan ciri kemanusiaan ke dalam jalan cerita.
  • Wied: Pejuang berambut hitam dan bermata satu, yang mahir menggunakan kapak. Dia membawa elemen keteguhan kepada kumpulan watak ini.
  • Altea: Seorang penyeludup dari bandar sempadan Riadis-Filiem. Dia melihat bayangan kekasih lamanya dalam Köinzell, tanpa sedar mencipta hubungan emosi yang dalam di antara mereka.
Kredit: ©Etorouji Shiono/SQUARE ENIX・「ユーベルブラット」製作委員会

Daripada apa kami lihat, tayangan perdana menonjolkan tahap produksi yang sangat tinggi. Yuya Hirose memberikan kehidupan kepada watak Köinzell dengan menzahirkan emosi seperti kesakitan dan ketabahan. Lakonan Hina Tachibana sebagai Peepii pula membawa keseimbangan dengan menambah elemen keceriaan di sebalik naratif yang gelap. Visual yang cantik disokong oleh runut bunyi yang memikat, memperkukuhkan suasana gelap dan penuh emosi siri ini.

Walaupun tempo episod ini mungkin terasa sedikit tergesa-gesa, ia berjaya membina asas yang kukuh untuk kisah pengkhianatan dan dendam.

Kredit: ©Etorouji Shiono/SQUARE ENIX・「ユーベルブラット」製作委員会

Walaupun tempo episod ini dirasakan sedikit tergesa-gesa, ia berjaya meletakkan asas untuk kisah pengkhianatan dan dendam yang memikat. Ini mencipta pengenalan yang menarik, hingga membuat penonton tidak sabar untuk mengetahui lebih lanjut apa jadi dalam episod seterusnya

Di Sebalik Tabir AFASG24

Kredit: AFASG24

Walaupun produser Yuki Watanabe dan pelakon suara Köinzell, Yuya Hirose, tidak dapat hadir secara fizikal akibat masalah penerbangan, mereka tetap berhubung dengan peminat melalui sesi maya dari Jepun.

Watanabe meluahkan rasa teruja melihat penerimaan adaptasi manga yang telah berusia 20 tahun ini oleh penonton moden, terutama di Asia. Beliau juga menyentuh tentang populariti manga ini di Eropah, khususnya di Perancis, di mana ia pernah menduduki tangga ke-11 dalam senarai buku terlaris mingguan pada tahun 2008.

Kedua-dua Watanabe dan Hirose turut menyatakan hasrat untuk melawat Singapura pada masa hadapan, dengan rasa teruja untuk meneroka tarikan seperti Marina Bay Sands dan Jewel Changi Airport.

Kredit: AFASG24

Übel Blatt akan secara rasmi ditayangkan di Jepun pada 11 Januari 2025, diikuti dengan siaran global melalui Amazon Prime Video. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animepreviuÜbel Blatt
ShareTweetSend
Previous Post

Siri ROG Phone 9 Dilancarkan Di Malaysia, Harga Bermula RM3,999!

Next Post

Reviu Total War: WARHAMMER III – Omens of Destruction! Perang Bersama Tiga Lord Baru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!
Berita

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!

July 1, 2025
JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!
Mobile

JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!

July 1, 2025
Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!
Teknologi

Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!

July 1, 2025
Next Post
Reviu Total War: WARHAMMER III – Omens of Destruction! Perang Bersama Tiga Lord Baru!

Reviu Total War: WARHAMMER III - Omens of Destruction! Perang Bersama Tiga Lord Baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd