Penantian telah berakhir! Girls’ Frontline 2: Exilium, sekuel kepada RPG taktikal Girls’ Frontline, kini dilancarkan secara rasmi di seluruh dunia untuk PC dan Mobile.
Pembangun Sunborn Games meraikan pelancaran ini selepas fasa prapendaftaran sukses yang mencatat rekod lebih daripada 5 juta pemain. Hadiah yang dibuka semasa prapendaftaran termasuk Access Permission x10 dan Tactical Doll Cheeta, yang kini boleh digunakan dalam game.
Selain itu, pemain boleh memperoleh lebih daripada 30 Access Permissions melalui tugasan log masuk. Selain itu, menyelesaikan objektif tambahan akan membuka lebih banyak ganjaran untuk meningkatkan pengalaman gaming anda.
Pengalaman Baharu dengan Girls’ Frontline 2: Exilium
Meneruskan legasi pendahulunya, Exilium mengajak pemain untuk menjadi Komander, mengarahkan android canggih yang dikenali sebagai Tactical Doll (T-Doll) dalam pertempuran strategik secara turn-based. Pemain perlu menilai keadaan medan perang, termasuk jenis kawasan dan pilihan perlindungan, untuk memimpin pasukan T-Doll mereka menuju kemenangan.

T-Doll ini adalah personifikasi android berinspirasi anime, setiap satu dengan abiliti unik seperti damage tinggi, penyembuhan, atau strategi pertahanan. Membina pasukan yang sempurna adalah penting untuk kejayaan, kerana pemain perlu menyusun T-Doll dengan abiliti yang saling melengkapi untuk mendominasi medan perang.
Keseronokan tidak berhenti di situ—Komander juga boleh berinteraksi dengan T-Doll mereka di luar pertempuran melalui ciri interaktif seperti Refitting Room dan Dormitory. Pemain boleh menikmati mini game, menyesuaikan pakaian, dan menukar sut pertempuran mereka.

Dengan sokongan cross-platform pada PC dan telefon pintar, pemain boleh bertukar antara peranti dengan mudah untuk meneruskan perjalanan mereka.
Girls’ Frontline 2: Exilium kini tersedia secara percuma untuk dimainkan di PC dan mobile, dengan pembelian optional dalam game. Ambil peranan sebagai Komander dan pimpin T-Doll anda ke medan perang hari ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post