Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pra-Pendaftaran TRIBE NINE Kini Dibuka di PC, iOS & Android!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 28, 2024
in Action, Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, PC, RPG, Steam
0 0
0
Pra-Pendaftaran TRIBE NINE Kini Dibuka di PC, iOS & Android!
Share on FacebookShare on Twitter

Pra-pendaftaran untuk TRIBE NINE, judul “RPG Aksi Ekstrem” akan datang, kini dibuka di PC (Steam), iOS (App Store), dan Android (Google Play Store)!

Dibangunkan oleh pencipta siri ikonik Danganronpa, TRIBE NINE menjanjikan perjalanan mendebarkan di dunia yang direka dengan teliti, penuh dengan watak unik dan gameplay yang mengasyikkan.

Kredit: Akatsuki Games Inc.

Kisah di Masa Depan Neo Tokyo yang Kacau-Bilau

Berlatarbelakangkan masa depan kacau di Neo Tokyo, TRIBE NINE membawa pemain ke sebuah kota yang dikuasai oleh penguasa kejam, “Zero.” Dengan ciptaannya, Extreme Games (XG), kehidupan kini berubah menjadi cabaran brutal di mana nyawa menjadi taruhan. Penduduk terpaksa terlibat dalam permainan maut ini, tetapi sekumpulan remaja pemberontak menolak untuk tunduk.

Kredit: Akatsuki Games Inc.

Berbekalkan kemahiran dan peralatan dari Extreme Baseball (XB), remaja-remaja ini membentuk pasukan pemberontak untuk merebut kembali kebebasan mereka. Sebagai pemain, anda akan berperanan sebagai salah seorang daripada mereka, menjelajahi 23 daerah di Neo Tokyo, mengalahkan musuh, menyelesaikan teka-teki, dan membebaskan kota daripada cengkaman Zero.

Ciri-Ciri Gameplay

Kredit: Akatsuki Games Inc.
  • Kisah Dunia Distopia: Berlatarbelakang tahun 20XX, Neo Tokyo adalah kota yang penuh kekacauan. Peraturan kejam Zero membuatkan penduduknya hidup dalam keputusasaan. Sertai pemberontakan, perjuangkan keadilan, dan bongkar rahsia dunia kacau ini.
  • Sistem Pertempuran Dinamik: Bentuk pasukan yang terdiri daripada tiga watak unik, yang bertarung serentak dalam masa nyata. Bekerjasama dengan rakan sekutu untuk menarik musuh, menyembuhkan teman, dan melancarkan serangan kombo yang dahsyat.
  • Eksplorasi & Mini-Game: Jelajahi Neo Tokyo, lengkapkan misi, cari harta tersembunyi, selesaikan teka-teki, dan bantu penduduk setempat dalam pelbagai tugasan menarik.
  • Customization Tanpa Had: Dengan lebih daripada 10 watak boleh dimainkan semasa pelancaran, setiap satunya memiliki personaliti dan strategi pertempuran yang unik. Bereksperimenlah dengan kombinasi pasukan untuk mencipta pasukan terbaik anda.
Kredit: Akatsuki Games Inc.

Ganjaran Eksklusif Pra-Pendaftaran

Bagi meraikan tempoh pra-pendaftaran, semua pemain yang mendaftar sekarang akan menerima ganjaran eksklusif semasa pelancaran rasmi TRIBE NINE, termasuk:

  • “Parallel Cypher / Y” Koishi Kohinata Limited Character Skin
  • Starter Supplies untuk memberikan kelebihan dalam pengembaraan anda.

◤◢◤Pre-registration Event!◢◤◢

✅”Parallel Cypher / Y,” Koishi Kohinata Limited Character Skin
✅”Starter Supplies” to help advance your adventure and characters

Killer in-game items for everyone!🎁

Get ahead of the game and pre-register now! ⚡️#TRIBENINE pic.twitter.com/7MXpfYKRjE

— TRIBE NINE Official (@tribenine_en) November 26, 2024

Daftar sekarang di App Store atau Google Play Store. Pemain PC juga boleh menambah game ini ke wishlist mereka di Steam.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi di SINI.

Tags: TRIBE NINE
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Diablo IV: Vessel of Hatred – Adakah DLC Ini Berbaloi Atau Tidak?

Next Post

Kedai Pop-Up “Animate Malaysia” Rasmi Dibuka Hari Ini Di LaLaport BBCC!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Kedai Pop-Up “Animate Malaysia” Rasmi Dibuka Hari Ini Di LaLaport BBCC!

Kedai Pop-Up "Animate Malaysia" Rasmi Dibuka Hari Ini Di LaLaport BBCC!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd