Bersiaplah untuk melancarkan kombo dan serangan super kegemaran—MARVEL vs. CAPCOM Fighting Collection: Arcade Classics kini secara rasmi dilancarkan dalam bentuk fizikal untuk Nintendo Switch dan PlayStation 4! Bagi pemain Xbox One, pertarungan akan diteruskan pada 2025 apabila koleksi ini boleh dimainkan di platform tersebut.
Koleksi ini menyatukan beberapa game aksi fighting paling legenda, menampilkan watak ikonik Capcom dan Marvel Super Heroes. Sebanyak tujuh game klasik dikumpul dalam satu pakej, semuanya sarat dengan aksi, watak-watak kegemaran, dan gameplay penuh tenaga. Koleksi ini merangkumi:
- X-MEN CHILDREN OF THE ATOM
- MARVEL SUPER HEROES
- X-MEN VS. STREET FIGHTER
- MARVEL SUPER HEROES VS. STREET FIGHTER
- MARVEL VS. CAPCOM CLASH OF SUPER HEROES
- MARVEL VS. CAPCOM 2: New Age of Heroes
- THE PUNISHER


Setiap salinan fizikal koleksi ini disertakan dengan komik eksklusif 32 muka surat. Komik ini memaparkan detik-detik crossover dengan watak Capcom dan Marvel kegemaran ramai—sebagai tanda terima kasih khas kepada peminat yang telah menyokong game ini selama bertahun-tahun.
Ciri-Ciri Baharu
Koleksi ini lebih daripada sekadar nostalgia—ia adalah satu penghormatan kepada game arked dengan penambahbaikan moden untuk memastikan pengalaman anda lebih lancar, mudah diakses, dan menyeronokkan. Ciri-ciri utama termasuk:

- Pertarungan Online dengan Rollback Netcode: Berlawan dalam mod ranked, casual, atau custom dengan pemain dari seluruh dunia. Teknologi rollback netcode memastikan permainan dalam talian yang lancar dan responsif.
- One-Button Specials: Kawalan dipermudahkan untuk memudahkan pelaksanaan serangan khas yang kuat, sesuai untuk pemain baharu atau mereka yang mahu memberi fokus pada strategi dan keseronokan.
- Pelbagai Tambahan Lain:
- Mod jukebox untuk menikmati semua muzik ikonik dari game ini.
- Muzium dalam gameyang dipenuhi seni, cerita, dan Marquee Cards original dari setiap tajuk.
- Penapis paparan baharu (display filters) untuk mencipta semula rupa skrin arked dan CRT retro.
- Ciri Save untuk mod single-player supaya anda boleh terus bermain dari mana anda berhenti.

Selain PS4 dan Nintendo Switch, game ini juga boleh didapati di PC melalui Steam. Untuk maklumat lanjut tentang versi fizikal MARVEL vs. CAPCOM Fighting Collection: Arcade Classics, sila layari laman web rasmi di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post