Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Honkai: Star Rail Versi 2.7 Akan Dilancarkan Pada 4 Disember

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 25, 2024
in Android, Artikel, Berita, Epic Store, iOS, Mobile, PC, PS5, Real time strategy
0 0
0
Honkai: Star Rail Versi 2.7 Akan Dilancarkan Pada 4 Disember
Share on FacebookShare on Twitter

HoYoverse telah mengumumkan secara rasmi tarikh pelancaran bagi Honkai: Star Rail Versi 2.7, bertajuk A New Venture on the Eighth Dawn. Update ini, yang akan dilancarkan pada 4 Disember, menandakan bab terakhir dalam Penacony arc, membuka jalan untuk perjalanan Astral Express ke rantau misteri Amphoreus, the Eternal Land.

Sebagai hadiah, dari Honkai: Star Rail Versi 2.7 hingga akhir Versi 3.2, pemain boleh menuntut satu watak 5-bintang biasa secara percuma.

Watak Baharu: Sunday dan Fugue

Versi 2.7 memperkenalkan dua watak 5-bintang baharu yang boleh dimainkan, iaitu Sunday dan Fugue, masing-masing membawa kebolehan unik.

Sunday

Kredit: HoYoverse

Dahulunya ketua keluarga Oak, Sunday memilih untuk melepaskan status celestial-nya demi merasai kehidupan sebagai manusia biasa. Sebagai watak 5-bintang dengan elemen Imaginary, Sunday cemerlang dalam peranannya sebagai support dalam pertempuran:

  • Skill: Memberikan peluang bertindak segera kepada rakan sepasukan sambil meningkatkan DMG mereka. Jika rakan sepasukan mempunyai summon, kedua-duanya akan bertindak segera dengan DMG Boost yang lebih tinggi.
  • Ultimate: Menjana semula Energy untuk satu rakan sepasukan dan memberikan status “The Beatified,” meningkatkan CRIT DMG serta memunculkan halo sebagai tanda khas.

Fugue

Kredit: HoYoverse

Peminat pasti mengenali Fugue sebagai Tingyun, yang kehilangan identiti selepas insiden hampir maut semasa bertembung dengan Phantylia dalam cerita utama Versi 1.2. Tingyun diselamatkan oleh Madam Ruan Mei dari Genius Society dan kini memulakan semula perjalanannya bersama Astral Express.

Sebagai watak 5-bintang dengan elemen Fire, Fugue mempunyai kepakaran dalam melemahkan pertahanan musuh:

  • Skill: Meningkatkan kesan Break sekutu dan mengurangkan Toughness musuh.
  • Ultimate: Menyerang semua musuh dengan Fire DMG, tanpa mengambil kira kelemahan mereka, dan terus mengurangkan Toughness mereka.
  • Kesan Unik: Menyebabkan “Cloudflame Luster” kepada musuh, yang akan memberikan Weakness Break DMG tambahan apabila kesan itu habis.

Watak 5-bintang terhad, iaitu General Jing Yuan dan Firefly, masing-masing akan kembali dalam acara warp pada separuh pertama dan kedua Versi 2.7.

Kabin Peribadi Trailblazer

Kredit: HoYoverse

Update ini memperkenalkan Party Car di atas Astral Express, yang dilengkapi dengan bar elegan, robot bartender, dan pemandangan kosmos yang memukau. Ruang ini memberikan peluang untuk pemain berehat bersama Kru.

Dalam acara Cosmic Home Décor Guide, pemain akan mengubah storan kosong menjadi bilik peribadi mereka sendiri. Dengan menggunakan Express Funds yang diperoleh daripada misi, Trailblazer boleh mereka bilik yang mencerminkan perjalanan mereka di bintang-bintang.

Versi 3.0

Kemas kini Versi 3.0 akan memperkenalkan pelbagai ciri menarik, termasuk:

  1. Path of Remembrance: Memperkenalkan watak dengan memosprites yang boleh di-summon, memberikan kelebihan unik dalam pertempuran dan menambah strategi.
  2. Penambahbaikan Sistem Relic: Pemain boleh menyesuaikan Main Stat dan Subsidiary Stat semasa synthesis menggunakan Wishful Resin bersama Self-Modeling Resin.

Log in to claim a permanent 5-star character.

The Express calls you to battle.
After the start of V2.7 to the end of V3.2, you can gain an Express Gift and a permanent 5-star character.#HonkaiStarRail pic.twitter.com/5aycTWgDKH

— Honkai: Star Rail (@honkaistarrail) November 22, 2024

Honkai: Star Rail kini tersedia untuk PlayStation 5, PC melalui muat turun klien dan Epic Games Store, iOS melalui App Store, dan Android melalui Google Play. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.

Download sekarang!
Honkai: Star Rail
Publisher: COGNOSPHERE PTE. LTD.
Developer: HoYoverse
Release Date: 2023-04-26
Android, iOS, Steam
Honkai: Star Rail akan membawa anda ke pelbagai alam semesta, penuh dengan pengembaraan dan aksi. Game RPG ini memaparkan sistem turn-based combat yang mudah dimainkan serta peta yang besar. Ia juga mempunyai maze dan puzzle untuk diselesaikan oleh pemain, memberikan pelbagai kejutan dan ganjaran sepanjang game.
Tags: Honkai: Star RailHonkai: Star Rail Versi 2.7
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu ASUS TUF Gaming A14 – Membawa Laptop Gaming 14″ Ke Aras Baru!

Next Post

MARVEL vs. CAPCOM Fighting Collection: Arcade Classics – Versi Fizikal Dilancarkan Hari Ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!
Berita

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!

June 5, 2026
Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!
Anugerah

Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!

June 5, 2026
Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!
Nintendo Switch 2

Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!

June 5, 2026
Next Post
MARVEL vs. CAPCOM Fighting Collection: Arcade Classics – Versi Fizikal Dilancarkan Hari Ini!

MARVEL vs. CAPCOM Fighting Collection: Arcade Classics – Versi Fizikal Dilancarkan Hari Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd