Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Diablo IV: Vessel of Hatred – Banyak Perubahan Signifikan, Tapi Diablo Kini Di Tahap Terbaik

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 14, 2024
in Action, Artikel, Battle.net, Berita, PC, PS4, PS5, RPG, Steam, Temuramah, Xbox Series X|S
0 0
0
Diablo IV: Vessel of Hatred – Banyak Perubahan Signifikan, Tapi Diablo Kini Di Tahap Terbaik
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam sesi Soal Jawab baru-baru ini, pasukan Blizzard Entertainment yang diwakili oleh Adam Fletcher (Director of Community), Drew McCrory (Lead Accessibility Designer), dan Rod Fergusson (General Manager) berkongsi pandangan mendalam tentang expansion Vessel of Hatred untuk Diablo IV.

Rod Fergusson (General Manager) | Kredit: Blizzard Entertainment

Secara khususnya, mereka menyentuh pelbagai aspek penting seperti hala tuju pembangunan, ciri kebolehcapaian, serta strategi untuk meningkatkan penglibatan komuniti.

Kisah Bermula Dengan Mephisto

Expansion ini melanjutkan naratif Diablo IV, membawa pemain ke kawasan baharu yang belum diterokai. Kisah ini membawa pemain ke Nahantu, yang digambarkan oleh Fergusson sebagai satu “momen lengkap” untuk siri ini.

“Vessel of Hatred meneruskan cerita dari saat ia berakhir dalam Diablo IV, di mana Nayrel telah menangkap Mephisto dalam soul stone dan memutuskan untuk mencari cara untuk memenjarakannya secara kekal atau mungkin memusnahkannya,” jelas Rod Fergusson.

Kredit: Blizzard Entertainment

Pasukan sengaja memilih latar ini untuk mencipta kontras. Fergusson berkata, “Kami mempunyai banyak bandar medieval di sini. Banyak seni bina Eropah Timur. Jadi, ke mana lagi kita boleh pergi? Idea untuk pergi ke hutan purba, dan bukan sahaja hutan purba, tetapi juga hutan purba yang dicemari.”

Kepulangan ke Nahantu ini sangat signifikan kerana di situlah soul stone Mephisto ditemui dalam Diablo 2, di bandar Kurast. Pilihan naratif ini membawa pemain kembali ke tempat asal Mephisto yang kini, sekali lagi, terperangkap dalam soul stone di lokasi bekas penjaraannya.

Keistimewaan Spiritborn & Kemas Kini Lain

Expansion ini memperkenalkan kelas baharu iaitu Spiritborn, yang mendapat sambutan baik dari pemain.

“Ada yang mengatakan sukar untuk membayangkan Diablo tanpa kelas Spiritborn sekarang,” kata Fergusson. “Orang berkata, “oh, saya tidak pasti tentang watak martial art, jungle monk ini, tetapi kini ia telah menjadi watak utama saya.”

Spiritborn menawarkan gaya pertarungan baharu berinspirasi seni mempertahankan diri, dengan pilihan penjaga roh seperti Jaguar, Gorilla, Eagle, dan Centipede – membolehkan pemain “mencampur dan padankan, lalu memberikan fleksibiliti kepada gaya permainan.”

Kredit: Blizzard Entertainment

Selain itu, kemas kini ini membawa beberapa ciri inovatif seperti sistem Mercenary, pengembalian Runewords, dan dungeon Dark Citadel untuk bermain secara co-op.

“Ia belum pernah dilakukan sebelum ini,” kata Fergusson tentang Dark Citadel. “Ada yang mengatakan bahawa Diablo adalah paling menyeronokkan apabila dimainkan bersama rakan-rakan, dan kini bekerjasama di dalam dungeon menambah kegembiraan itu.”

Permainan solo juga ditingkatkan melalui mekanik Barter dan Reinforcement dalam sistem Mercenary. Kurast Under City menyediakan peluang untuk memburu loot secara terperinci, dan Fergusson menyatakan bahawa secara peribadi dia menggunakan Harmony Tribute untuk memperoleh Runestone.

Dungeon Dark Citadel pula memperkenalkan elemen teka-teki sambil mengekalkan fokus pertempuran, dengan alat komunikasi baharu seperti “emotion wheel” untuk memudahkan koordinasi pemain.

Pembangunan Berdasarkan Komuniti

Blizzard kini lebih proaktif dalam mendengar maklum balas komuniti, memperkenalkan tempoh Ujian Awam (Public Test Realm atau PTR) yang lebih panjang. “Ini adalah cabaran besar untuk pasukan kami menyampaikan satu Season hampir empat minggu sebelum ia bermula,” jelas Fergusson.

Adam Fletcher menerangkan sistem maklum balas menyeluruh mereka:

“Apabila mengumpulkan maklum balas, kami mendengar dari mana-mana sahaja. Ia dari seluruh dunia, di tempat-tempat seperti media sosial, Reddit, forum kami, Discord, hingga Inven di Korea dan pasukan serantau kami.”

Kredit: Blizzard Entertainment

Penggunaan PTR ini menunjukkan perubahan besar dalam jadual dan cara mereka menjalankan ujian pembangunan. Walaupun PTR tiada pada Season 1-3, kejayaan pada Season 4 membawa kepada penerusan amalan ini.

Pendekatan ini membolehkan pembangun Diablo IV mengumpul maklum balas penting pemain dan membuat penyesuaian sebelum setiap musim dilancarkan, menunjukkan komitmen mereka terhadap pembangunan berdasarkan maklum balas komuniti.

Aspek Kebolehcapaian Meningkat

Game ini telah mencapai peningkatan besar dalam ciri kebolehcapaian, khususnya untuk pemain kurang penglihatan. Drew McCrory berkongsi kejayaan yang menakjubkan:

“Sejak melancarkan AudioNav untuk Expansion 1, saya telah menerima lebih daripada 20 kempen yang diselesaikan oleh pemain buta tanpa bantuan orang lain.”

Fergusson menjelaskan falsafah mereka tentang kebolehcapaian:

“Kami mengakui bahawa kebolehcapaian adalah satu perjalanan, bukan destinasi. Kebolehcapaian bukan hanya tentang rekaan untuk orang yang kurang upaya, tetapi juga untuk menjadikan keseluruhan game lebih mudah diakses.”

Kredit: Blizzard Entertainment

Pembangun Diablo IV telah menyatukan ciri kebolehcapaian dalam pelbagai tetapan, bukan sekadar dalam menu khusus. Pendekatan ini memastikan bahawa ciri-ciri berguna ini boleh ditemui oleh semua pemain, tanpa mengira sama ada mereka mencari pilihan kebolehcapaian atau tidak.

Ciri seperti pelarasan warna watak dan mod kontras tinggi telah memberi manfaat yang lebih luas kepada pemain, mencerminkan falsafah reka bentuk sejagat mereka.

Evolusi Gameplay

Sejak pelancarannya, game ini telah melalui perubahan besar. “Dari pelancaran tahun lepas ke expansion Vessel of Hatred, ia adalah game yang berbeza secara drastik,” kata Fletcher.

Evolusi ini meliputi banyak penambahan, termasuk “boss end game, Infernal Hordes, dan Helltide baharu, yang kadangkala terasa menakjubkan kerana ada raksasa tanpa henti keluar.”

Fletcher menyimpulkan keadaan game dengan penuh semangat:

“Ini adalah Diablo IV pada tahap terbaik. Diablo berada pada tahap terbaik, dan ia sungguh menakjubkan untuk dilihat.”

Kredit: Blizzard Entertainment

Evolusi ini juga mencakupi sistem asas dengan penambahbaikan seperti “loot 2.0” dan “progression 2.0”, serta ciri itemization baharu seperti “tempering” dan “masterworking”.

Semua ini menunjukkan kesediaan pembangun Diablo IV untuk menerima maklum balas dan komitmen mereka terhadap penambahbaikan berterusan.

Transformasi daripada keadaan original kepada versi sekarang membuktikan dedikasi Blizzard untuk terus mengembangkan Diablo IV dengan kemas kini yang kerap dan perubahan sistem utama yang mantap.

Diablo IV: Vessel of Hatred boleh didapati sekarang di pelbagai platform, termasuk Windows PC melalui Battle.net dan Steam, Xbox Series X|S, Xbox One, PlayStation 5, PlayStation 4, dan Xbox Game Pass. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Diablo IV: Vessel of Hatred
ShareTweetSend
Previous Post

World of Warcraft: The War Within – Meneliti Permulaan Sukses Worldsoul Saga!

Next Post

Senarai Calon The Game Awards 2024 Akan Diumumkan Pada 19 November

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Senarai Calon The Game Awards 2024 Akan Diumumkan Pada 19 November

Senarai Calon The Game Awards 2024 Akan Diumumkan Pada 19 November

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd