Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tips Untuk Menggunakan Steam Library Yang Baru

Barang baru

Jade Ice by Jade Ice
September 22, 2019
in Artikel, Berita, PC, Steam
0 0
0
Tips Untuk Menggunakan Steam Library Yang Baru
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa hari lalu, Steam telah melancarkan librarynya yang baru dalam open beta. Ini telah menambahkan banyak ciri baru, tetapi ia memerlukan masa untuk pengguna membiasakan diri. Berikut adalah beberapa tips untuk menggunakan library baru ini.

Mendapat akses kepada library baru

Walaupun dalam open beta, sekiranya anda mahu menggunakan libarary baru ini sekarang, tekan menu “Steam” dan daripada menu drop-down yang muncul, pilih “Settings” dan tekan kepada tetapan “Account”. Akan akan dapat melihat option “Beta participation”. Daripada sini, pilih “change”. Selepas itu satu pop-up akan muncul dan pilih “Steam beta update”. Restart Steam dan anda akan dapat library baru ini.

Sorok community feature

Library baru ini berasaskan komuniti, dan bukan semua orang sukakannya. Buat masa ini, tiada cara untuk membuang sepenuhnya tetapi terdapat satu jalan lain. Mulakan dengan membuka semula menu yang digunakan di atas, tetapi pilih “library” tab. Kemudian anda akan lihat satu option “low bandwidth mode”. Selepas memilihnya, ianya akan melumpuhkan kandungan komuniti.

Meningkatkan prestasi

Selepas mengaktifkan mode low bandwidth, buka menu yang sama lagi dan kali ini pilih “low performance mode”. Anda akan hilang beberapa animasi grafik tetapi kandungan akan dibuka dengan pantas. Ini berbaloi sekiranya anda menggunakan Steam di komputer yang lama.

Drag dan drop

Library baru ini menitik beratkan koleksi, dimana ia membenarkan anda menyusun game mengikut tag yang dijana oleh Steam atau apa-apa kriteria pilihan anda. Untuk menambahkan game dalam koleksi, anda boleh klik-kanan ikon game tersebut dan lunjur ke pilihan “add to”. Sekarang, anda boleh drag ikon game tersebut dan drop ke mana-mana koleksi yang anda suka.

Hentikan game sebelum ia bermula

Ini berguna jika anda tersilap melancarkan game dalam library anda. Sekarang, terdapat satu butang “STOP” yang sangat besar dan jika tersilap lancar, hanya tekan butang ini.

Lihat game yang bertepatan dengan saiz hard drive anda

Dalam setiap kategori atau shelf, terdapat banyak pilihan untuk “sort by”, salah satu daripadanya adalah “size on disk”. Anda boleh lakukannya untuk keseluruhan library ataupun kategori tertentu.

Selepas kemaskini libary, mungkin library anda akan kelihatan memiliki lebih banyak game. Ini kerana Steam akan memaparkan game free-to-play yang anda pernah mainkan, walaupun anda tidak membeli ataupun telah dibuang daripada Steam store. Sekiranya anda tidak sukakan ciri ini, anda boleh membuat satu koleksi untuknya; dan tukarkan paparan kepada list view, tekan shift dan klik untuk memilih kesemuanya. Kemudian right click, pilih “manage” dan pilih “hide selected games”.

Library baru ini juga membolehkan anda membuat koleksi baru sambil meletakkan kategori berdasarkan “play state”, termasuklah option “uplayed”. Ini akan meletakkan games yang anda jarang atau tidak mainkan langsung dalam satu kategori.

Sumber: Kotaku

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BETAlibrary updatesteam
Previous Post

Minecraft Kini Memiliki Pencipta Watak Dalam Game

Next Post

Musim Ketiga Apex Legends Bakal Membawakan Watak Baru, Perubahan Ranked Mode

Jade Ice

Jade Ice

"Bolehlah" gamer. Tak n00b tak expert. Dulu-dulu teras keras punya gamer. Sekarang kids, wife, gaming (in that order). Hantu Final Fantasy, MGS, Kingdom Hearts.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Musim Ketiga Apex Legends Bakal Membawakan Watak Baru, Perubahan Ranked Mode

Musim Ketiga Apex Legends Bakal Membawakan Watak Baru, Perubahan Ranked Mode

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd