Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game Freak Alami Kebocoran Besar, Segala Projek Masa Depan Pokémon Terbongkar!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 14, 2024
in Artikel, Berita, Game, Khabar angin, Movie/siri
0 0
0
Game Freak Alami Kebocoran Besar, Segala Projek Masa Depan Pokémon Terbongkar!
Share on FacebookShare on Twitter

Pembuat game Pokémon, Game Freak, dilaporkan telah menjadi mangsa serangan data besar yang mengakibatkan kebocoran maklumat sensitif mengenai projek masa depan mereka. Data yang bocor termasuk segala-galanya daripada kod sumber hingga butiran tentang game Pokémon yang akan datang, termasuk generasi ke-10 yang dinanti-nantikan.

Gigaleak Gamefreak / Nintendo
Currently known and present on the Internet
There must be a total of 1TB (and only 4GB are really available)
No links will be posted for the moment on this account, for information purposes only while we check the sources.
Platinum full full source… pic.twitter.com/H0Atgx3Aco

— SwitchTools (@SwitchTools) October 12, 2024

Gen 10 – Pokémon Gaia dan Pengganti Switch

We can confirm the leak includes a mention of a Switch 1 version of Pokémon Gaia.

So yes, they are at least testing it on Switch 1, wether they will end up releasing it we’ll have to see.

— Centro LEAKS (@CentroLeaks) October 12, 2024

Salah satu pendedahan terbesar daripada kebocoran ini ialah kod nama untuk Generasi 10 Pokémon, yang dilaporkan dipanggil “Gaia” secara dalaman. Menurut kebocoran, game ini sedang dibangunkan terutamanya untuk konsol generasi seterusnya daripada Nintendo, yang dikenali dengan kod nama “Ounce”. Walaupun game ini disasarkan kepada konsol baharu, ia juga sedang diuji untuk Nintendo Switch sedia ada.

Pokémon Gaia dikatakan akan memberi tumpuan kepada penerokaan pulau, dengan dua versi yang diberi nama sementara K dan N di Jepun. Ini mungkin menandakan pendekatan tematik baharu untuk siri ini, tetapi peminat perlu menunggu pengesahan rasmi.

Pokémon Legends: Z-A – Mungkin Diumumkan Dalam Masa Terdekat?

POKÉMON LEGENDS Z-A LEAKS:

– Mega Zygarde is happening, it’s planned to appear in the anime
– Mega Zeraora too
– Originally was planned for a 2024 release

— Centro LEAKS (@CentroLeaks) October 13, 2024

Satu lagi kebocoran besar berkaitan dengan game akan datang, Pokémon Legends: Z-A, projek besar seterusnya daripada Game Freak. Diumumkan buat kali pertama pada Februari 2024, game ini berlatarbelakangkan Lumiose City dan sepatunya dikeluarkan pada Nintendo Switch pada 2025. Menurut kebocoran, pembangunan game ini sudah pun siap, dan ia bersedia untuk dilancarkan pada Nintendo Switch standard.

Pokémon Legends: Z-A dikatakan akan menampilkan Mega Zygarde dan Mega Zeraora, dua bentuk Pokémon kegemaran peminat, yang boleh menjadikannya tarikan utama bagi pemain.

Game Multiplayer Baharu – Pokémon Synapse

Update about Synapse:

the screenshots were incorrect, those files are not related to Synapse. It’s not an MMO.

All we know about synapse is that it’s a multiplayer Pokémon game, splatoon-like developed in collaboration between GF and ILCA https://t.co/fppd5FiiA6

— Centro LEAKS (@CentroLeaks) October 12, 2024

Kebocoran ini juga mendedahkan game multiplayer Pokémon baharu, dengan kod nama Pokémon Synapse. Game ini digambarkan sebagai kerjasama antara Game Freak dan ILCA, dengan gaya permainan yang menyerupai Splatoon. Namun begitu, game ini tidak direka sebagai “massive multiplayer online” (MMO). Butiran lanjut tentang tarikh keluaran dan platform masih tidak jelas, tetapi ia menjanjikan pengalaman baharu dalam dunia Pokémon.

Projek Filem dan TV

Ok, here’s the big one. POKÉMON MOVIE 24 INFO

Codename: Bauer

Has been in development hell since at least 2021, was originally planned to release in 2023.

This film was being thought of as a reboot of the movie universe to reconnect with lapsed fans, and to try to get a more… pic.twitter.com/UVnJqkiGeI

— Centro LEAKS (@CentroLeaks) October 13, 2024

Selain game, data yang bocor turut menyentuh beberapa projek TV dan filem yang sedang dalam pembangunan. Salah satu projek yang menarik perhatian ialah Project Bauer, sebuah filem Pokémon yang dibincangkan sejak sekian lama dan sedang dibangunkan sejak 2021. Filem ini dilaporkan akan memulakan semula alam semesta filem dengan watak utama baharu dan fokus pada rantau Kanto. Filem ini akan menampilkan 151 Pokémon original dan berpusat di sekitar Mew, salah satu Mythical Pokémon yang paling ikonik.

Sebuah siri anime TV baharu yang dinamakan Project Reload juga sedang dibangunkan, dengan 12 episod yang sedang diterbitkan oleh Studio Colorido. Siri anime ini dijangka mempunyai durasi 21 minit setiap episod, tetapi masih belum menerima tarikh keluaran rasmi.

Seterusnya, The Great Detective Pikachu, sekuel kepada filem Detective Pikachu, sedang dalam pembangunan sejak 2021. Filem ini diarahkan oleh Jordan Vogt-Roberts, tetapi status semasa projek ini tidak jelas, dan masih belum ada maklumat jika projek ini dibatalkan atau diteruskan.

Akhir sekali, siri aksi langsung Netflix yang dikenali sebagai Project Discovery dikatakan berada di peringkat awal pembangunan, dengan musim pertama yang terdiri daripada lapan episod dan potensi sehingga lima musim secara keseluruhan.

Respon Game Freak Terhadap Kebocoran

Selepas kebocoran besar ini, Game Freak mengeluarkan kenyataan rasmi pada 10 Oktober 2024, mengesahkan bahawa syarikat itu mengalami kebocoran data pada Ogos 2024. Kebocoran itu dilaporkan mendedahkan maklumat peribadi 2,606 individu, termasuk kakitangan semasa dan bekas kakitangan, serta pekerja kontrak. Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyebut maklumat berkaitan Pokémon yang telah muncul sejak itu.

Game Freak memohon maaf kepada semua pihak yang terjejas oleh kebocoran data dan memberi jaminan bahawa isu keselamatan telah ditangani. Walaupun begitu, kerosakan telah pun berlaku, dengan beberapa projek Pokémon berprofil tinggi kini diketahui umum sebelum pengumuman rasmi mereka.

Tags: Game FreakPokémon
ShareTweetSend
Previous Post

[LEVEL UP KL 24] EKSKLUSIF: CEO Larian Studios Jelas Perkembangan Global Studio & Pilihan GOTY!

Next Post

Anime One Piece Umum Rehat Panjang, Arc Egghead Ditangguh Hingga April

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Anime One Piece Umum Rehat Panjang, Arc Egghead Ditangguh Hingga April

Anime One Piece Umum Rehat Panjang, Arc Egghead Ditangguh Hingga April

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd