Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

FOAMSTARS Kini Percuma Untuk Main Di PS5 & PS4!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 7, 2024
in Artikel, Berita, Game Percuma, PS4, PS5, Shooter
0 0
0
FOAMSTARS Kini Percuma Untuk Main Di PS5 & PS4!
Share on FacebookShare on Twitter

SQUARE ENIX membawa berita gembira untuk peminat game party shooter 4v4, FOAMSTARS. Bermula 4 Oktober 2024, game ini kini secara rasmi boleh dimainkan secara percuma di PlayStation 5 (PS5) dan PlayStation 4 (PS4), menjadikannya lebih mudah diakses oleh khalayak yang lebih luas.

Sama ada pemain mempunyai langganan PlayStation Plus atau tidak, mereka kini boleh menikmati aksi menembak buih tanpa sebarang bayaran kemasukan. Bagi mereka yang telah memuat turun FOAMSTARS sebelum peralihan ini, mereka boleh terus bermain tanpa sebarang gangguan.

Bersama dengan update ini, SQUARE ENIX juga melancarkan DIAMOND JAM, musim kelapan untuk FOAMSTARS, yang akan berlangsung sehingga 7 November. Musim baru ini memperkenalkan pelbagai kandungan baru untuk memastikan pengalaman permainan tetap menyeronokkan dan dinamik. Diamond Chips kini diperkenalkan sebagai token yang boleh diperoleh pemain melalui penyertaan dalam perlawanan, dan ia boleh ditukar untuk pelbagai item eksklusif seperti skin watak, slideboard, dan emote melalui sistem Diamond Trade.

Kredit: © SQUARE ENIX

Musim ke-8 ini turut memperkenalkan lima peta baru untuk mode SMASH THE STAR, termasuk peta bertema tropika seperti Shoreline Shoppin’ Spree dan Rubber Duck’s Spa-larious Oasis. Pemain dalam mode PRIVATE PARTY juga akan diberikan akses kepada empat peta eksklusif dari HAPPY BATH SURVIVAL, memberikan lebih banyak variasi medan pertempuran berwarna-warni untuk pertarungan penuh buih yang sengit.

Kredit: © SQUARE ENIX

Selain daripada peta baru, FOAMSTARS kini menampilkan pertarungan bos WAVE dalam SQUAD MISSIONS, membolehkan pemain menguji kerjasama mereka dalam pertempuran yang lebih mencabar. Mode RANKED PARTY juga menawarkan peluang kepada pemain kompetitif untuk menaiki tangga ranking sama ada sebagai pasukan atau secara solo, dengan matlamat untuk mencapai salah satu daripada tujuh gelaran ranking yang berprestij.

Kredit: © SQUARE ENIX

Pemain yang mengambil bahagian dalam DIAMOND JAM boleh memperoleh ganjaran eksklusif melalui Season Pass, termasuk skin senapang buih untuk The Baristador, slideboard, dan skin watak Ramzey. Menyelesaikan pertempuran, misi, dan cabaran mingguan akan memberikan XP, membantu pemain maju melalui musim dan membuka pelbagai ganjaran.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: FOAMSTARS
ShareTweetSend
Previous Post

343 Industries Bertukar Ke Halo Studios, Pelbagai Game Halo Dalam Pembangunan!

Next Post

Oshi no Ko Season 3 Diumumkan Secara Rasmi, Penampilan Pertama Watak Baru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Oshi no Ko Season 3 Diumumkan Secara Rasmi, Penampilan Pertama Watak Baru!

Oshi no Ko Season 3 Diumumkan Secara Rasmi, Penampilan Pertama Watak Baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd