Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bandai Umum “Gundam Card Game,” Bakal Dikeluarkan Tahun Depan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 4, 2024
in Artikel, Berita, Tabletop, Trading Card Game
0 0
0
Bandai Umum “Gundam Card Game,” Bakal Dikeluarkan Tahun Depan!
Share on FacebookShare on Twitter

Francais Mobile Suit Gundam kini melangkah ke dunia permainan kad koleksi (TCG). Dalam sesi Bandai Card Games Next Plan Presentation, Bandai secara rasmi memperkenalkan Gundam Card Game, sebuah permainan kad yang akan dilancarkan di seluruh dunia pada tahun 2025.

Peminat siri Gundam boleh bermain permainan ini dalam tiga bahasa iaitu Jepun, Inggeris, dan Cina, memperluaskan lagi pengaruh antarabangsa francais ini. Selain itu, Bandai turut mengumumkan keluaran khas “Gundam Card Game Edition Beta” pada bulan Disember ini, memberikan pemain peluang awal untuk merasai permainan ini.

Cara-Cara Untuk Bermain

Kredit: ©SOTSU・SUNRISE ©SOTSU・SUNRISE・MBS ©BANDAI

Permainan ini menampilkan pelbagai “Unit Card,” yang mewakili pelbagai Mobile Suits, dan “Pilot Card,” yang membawa operator ikonik daripada siri Gundam yang berbeza. Dalam pertempuran kad ini, pemain juga boleh menggunakan “Base Card” untuk kapal perang dan “Command Card” untuk melaksanakan gerakan taktikal.

Kedalaman strategi permainan ini diperkuatkan lagi dengan keupayaan untuk memasangkan Pilot dengan Mobile Suit, membentuk “Linked Unit” yang meningkatkan kuasa dan membuka abiliti unik.

Kredit: ©SOTSU・SUNRISE ©SOTSU・SUNRISE・MBS ©BANDAI

Dari segi mode gameplay, pemain boleh terjun ke pertempuran standard 1 lawan 1, tetapi Gundam Card Game juga menawarkan pilihan yang lebih menarik untuk kumpulan, seperti Team Battle (2v2) dan Battle Royale, di mana tiga atau lebih pemain boleh bertarung tanpa pasukan.

Edition Beta

Kredit: ©SOTSU・SUNRISE ©SOTSU・SUNRISE・MBS ©BANDAI

Gundam Card Game Edition Beta, yang dijadualkan dilancarkan pada bulan 7 Disember, memberikan peluang awal untuk merasai permainan ini. Set Beta ini termasuk 16 pek booster, dengan setiap pek mengandungi sembilan kad, serta set tetap 56 kad, satu kad Legend Rare, playsheet, dan enam dadu damage counter.

Set ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin segera melibatkan diri dalam aksi dan mula membina dek mereka sebelum pelancaran penuh permainan pada tahun 2025.

Prapesan untuk Gundam Card Game kini tersedia di Premium Bandai USA, malangnya pilihan ini tidak tersedia untuk pemain di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Gundam Card Game
ShareTweetSend
Previous Post

[TGS24] Previu Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Menyelinap Di Sebalik Musuh!

Next Post

Camila Cabello Menyumbang Lagu Untuk Diablo IV: Vessel of Hatred, Trailer Arahan Jon Watts!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Camila Cabello Menyumbang Lagu Untuk Diablo IV: Vessel of Hatred, Trailer Arahan Jon Watts!

Camila Cabello Menyumbang Lagu Untuk Diablo IV: Vessel of Hatred, Trailer Arahan Jon Watts!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd