Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece Live-Action Jumpa Pelakon Nico Robin & Crocodile!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 19, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
One Piece Live-Action Jumpa Pelakon Nico Robin & Crocodile!
Share on FacebookShare on Twitter

Tanpa sengaja, Netflix telah mendedahkan dua lagi pelakon untuk musim kedua One Piece Live-Action! Selepas beratus-ratus teori, akhirnya mereka telah memilih Joe Manganiello sebagai Crocodile (juga dikenali sebagai Mr. 0) dan Lera Abova sebagai Nico Robin (juga dikenali sebagai Miss All Sunday).

Kredit: @whatonnetflix

Dalam kesilapan oleh Netflix, pendedahan ini dibuat melalui artikel TUDUM di laman web Netflix yang mengumumkan pemilihan pelakon untuk One Piece Live-Action musim kedua. Namun, maklumat ini telahpun dibuang daripada artikel tersebut, tetapi nasib baiklah beberapa netizen berjaya menangkap bukti.

Kredit: Netflix

Pencipta One Piece, Eiichiro Oda, sebelum ini memberitahu peminat tentang kemajuan musim kedua pada awal bulan Julai, dan mengusik bahawa peminat akan diberi maklumat tentang penambahan pelakon untuk watak-watak penting baharu, seperti Tony Tony Chopper, Vivi Nefertari, dan Miss All Sunday, atau lebih dikenali sebagai Nico Robin.

Dearest pirates, Charithra Chandran is joining the crew of ONE PIECE as Miss Wednesday!! pic.twitter.com/j945bvK8XX

— Netflix (@netflix) August 23, 2024

Walaupun watak Vivi telah didedahkan bersama beberapa pelakon lain, kini kita akhirnya tahu bahawa Lera Abova telah dipilih sebagai Nico Robin versi aksi langsung, manakala Joe Manganiello memegang peranan Crocodile, antagonis bagi musim kedua.

Berikut adalah pelakon baru yang diumumkan sebelum ini untuk musim kedua:

  • Callum Kerr sebagai Smoker
  • Julia Rehwald sebagai Tashigi
  • Charithra Chandran sebagai Miss Wednesday (juga dikenali sebagai Nefertari Vivi)
  • Katey Sagal sebagai Dr. Kureha
  • Mark Harelik sebagai Dr. Hiriluk
  • Rob Colletti sebagai Wapol
  • Ty Keogh sebagai Dalton
  • Sendhil Ramamurthy sebagai Nefertari Cobra
  • David Dastmalchian sebagai Mr. 3
  • Jazzara Jaslyn sebagai Miss Valentine
  • Camrus Johnson sebagai Mr. 5
  • Daniel Lasker sebagai Mr. 9
  • Clive Russell sebagai Crocus
  • Werner Coetser sebagai Dorry
  • Brendan Murray sebagai Brogy

pic.twitter.com/AIVu6viaxU

— ONE PIECE(ワンピース) Netflix (@onepiecenetflix) August 20, 2024

Musim kedua Netflix One Piece kini menjalani penggambaran, tetapi belum ada tarikh tayangan yang ditetapkan setakat ini. Menurut laporan, musim kedua dijangka akan ditayangkan pada 2025.

Apa yang telah disahkan ialah ia akan mengadaptasi arc Loguetown, Reverse Mountain (Twin Cape), Whiskey Peak, Little Garden, dan Drum Island daripada siri manga. Ini bermakna kita akan melihat Grand Line sebenar, yang telah diusik pada penghujung musim pertama ketika Luffy dan kru Straw Hat mula berkumpul.

Sebagai tambahan, Netflix juga telah memuat naik video lawatan set yang anda boleh tonton di bawah:

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: netflixone piece
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu ROG Zephyrus G16 (2024) – Dibina Untuk Pergi Mana-Mana & Lakukan Semua!

Next Post

Rurouni Kenshin: Kyoto Disturbance Akan Ada Tayangan Khas Pada 28 September!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

NetEase Umum Spirit Beast Adventure, Sebuah MMORPG Menyerupai Pokemon?
Mobile

NetEase Umum Spirit Beast Adventure, Sebuah MMORPG Menyerupai Pokemon?

May 9, 2025
BIC Festival 2025 Tampilkan Visual Utama, Janjikan Pengalaman Gaming Indie Bertemakan Kosmik
Acara

BIC Festival 2025 Tampilkan Visual Utama, Janjikan Pengalaman Gaming Indie Bertemakan Kosmik

May 9, 2025
Mafia: The Old Country Bakal Dilancarkan 8 Ogos 2025
Berita

Mafia: The Old Country Bakal Dilancarkan 8 Ogos 2025

May 9, 2025
Next Post
Rurouni Kenshin: Kyoto Disturbance Akan Ada Tayangan Khas Pada 28 September!

Rurouni Kenshin: Kyoto Disturbance Akan Ada Tayangan Khas Pada 28 September!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd