Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Unboxing Pokémon TCG: Scarlet & Violet – Stellar Crown! Dapat Kad ex!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 13, 2024
in Artikel, Berita, Trading Card Game, Unboxing
0 0
0
Unboxing Pokémon TCG: Scarlet & Violet – Stellar Crown! Dapat Kad ex!
Share on FacebookShare on Twitter

Permainan kad Pokémon Trading Card Game (TCG) terus mengukuhkan popularitinya dengan pengenalan set baharu, Scarlet & Violet – Stellar Crown. Menampilkan kad-kad hebat yang bakal mengubah strategi permainan, ia turut memperkenalkan Pokémon, variasi serangan, dan abiliti baharu yang pasti menarik perhatian para pemain.

Kredit: Digital Braves

Bakal dilancarkan pada 13 September 2024, kebetulan kami pun menerima set Pokémon TCG: Scarlet & Violet—Stellar Crown. Tanpa melengahkan masa, berikut adalah unboxing kami!

Set ini adalah sebahagian daripada expansion siri Scarlet & Violet, yang dikenali melalui pengenalan generasi Pokémon ke-9. Pengembaraan yang bermula di rantau Paldea kini berkembang ke dalam Trading Card Game, membawa bersama pelbagai Pokémon unik yang pertama kali diperkenalkan dalam game Pokémon Scarlet & Violet.

Kredit: Digital Braves

Set ini memberi tumpuan kepada Tera Pokémon dengan Legendary Pokémon Terapagos (daripada DLC The Hidden Treasure of Area Zero Part 2: The Indigo Disk) sebagai Pokémon utama, serta pelbagai Pokémon dan watak lain.

Selain Terapagos ex, ada banyak lagi kad rare lain seperti Cinderace ex, Lapras ex, Galvantula ex, dan banyak lagi.

Kredit: Digital Braves

Malangnya, kami tidak mendapat mana-mana yang disebutkan tadi, tetapi masih menemui beberapa kad rare dan kuat seperti Dachsbun EX dan Garganacl EX, serta beberapa kad support baharu seperti Gym Leader Kofu dari Pokémon Scarlet and Violet. Kedua-dua kad Dachsbun EX dan Kofu mempunyai versi istimewa, tapi sayangnya kami hanya mendapat versi Regular Print.

Pada masa yang sama, kami juga dapat mengumpul beberapa kad lain, seperti yang anda boleh lihat daripada gambar-gambar di bawah.

Secara keseluruhan, Pokémon TCG: Scarlet & Violet – Stellar Crown bukan sahaja dapat memuaskan pemain veteran yang mencari cabaran baharu, tetapi juga membuka pintu kepada pemain baharu yang ingin memasuki dunia Pokémon TCG. Dengan elemen kejutan dan kepelbagaian taktikal, set ini pasti menjadi kegemaran ramai di kalangan pengumpul kad dan pemain TCG!

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.

Tags: Pokémon TCG
ShareTweetSend
Previous Post

Pengalaman Comel Kami Di Astro Bot Launch Event Malaysia!

Next Post

Saksikan Asia Pacific Predator League 2025 Grand Finals Di MITEC; Tiket Dijual Mulai 1 Oktober

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Saksikan Asia Pacific Predator League 2025 Grand Finals Di MITEC; Tiket Dijual Mulai 1 Oktober

Saksikan Asia Pacific Predator League 2025 Grand Finals Di MITEC; Tiket Dijual Mulai 1 Oktober

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd