Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PS5 Pro Diumumkan Secara Rasmi, Akan Datang Pada 7 November!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 10, 2024
in Artikel, Berita, Hardware, PS5, Teknologi
0 0
0
PS5 Pro Diumumkan Secara Rasmi, Akan Datang Pada 7 November!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas berbulan-bulan diusik, hari ini Sony Interactive Entertainment secara rasmi mengalu-alukan PlayStation 5 Pro (PS5 Pro) ke keluarga PlayStation, serta mendakwa ini adalah konsol mereka yang paling maju dan inovatif setakat ini.

Spesifikasi

Kredit: Sony Interactive Entertainment

Disebabkan ramai yang meminta konsol yang mampu menjalankan grafik lebih tinggi pada kadar bingkai lancar 60FPS, PS5 Pro berjaya mencapai prestasi ini dengan beberapa ciri utama:

  • GPU dinaik taraf: PlayStation menaik taraf GPU yang mempunyai 67% lebih Compute Unit berbanding konsol PS5 dan memori 28% lebih pantas. Secara keseluruhan, ini membolehkan rendering sehingga 45% lebih pantas untuk gameplay, menjadikan pengalaman lebih lancar.
  • Advanced Ray Tracing: PlayStation telah menambah ray tracing lebih canggih yang memberikan pantulan dan pembiasan cahaya yang lebih dinamik. Ini membolehkan sinaran dipancarkan pada dua kali ganda, dan kadangkala tiga kali ganda, berbanding kelajuan konsol PS5.
  • AI-Driven Upscaling: Memperkenalkan PlayStation Spectral Super Resolution, sistem upscaling dipacu AI yang menggunakan teknologi berasaskan pembelajaran mesin untuk memberikan kejelasan imej yang sangat tajam dengan menambahkan jumlah butiran.

Penambahbaikan lain termasuk ‘PS5 Pro Game Boost’, yang boleh digunakan pada lebih daripada 8,500 game PS4 yang boleh dimainkan pada model Pro. Ciri ‘Enhanced Image Quality’ untuk game PS4 juga tersedia untuk meningkatkan resolusi pada game PS4 terpilih. Model Pro juga akan dilancarkan dengan teknologi Wi-Fi 7 di wilayah yang menyokong standard ini. Game VRR dan 8K juga disokong.

Beberapa game akan menerima software update percuma untuk pemain memanfaatkan ciri PS5 Pro. Game ini boleh dikenal pasti dengan label ‘PS5 Pro Enhanced’ dalam tajuknya. Antaranya termasuk:

  • Alan Wake 2
  • Assassin’s Creed: Shadows
  • Demon’s Souls
  • Dragon’s Dogma 2
  • Final Fantasy 7 Rebirth
  • Gran Turismo 7
  • Hogwarts Legacy
  • Horizon Forbidden West
  • Marvel’s Spider-Man 2
  • Ratchet & Clank: Rift Apart
  • The Crew Motorfest
  • The First Descendant
  • The Last of Us Part II Remastered
  • dan banyak lagi…

Reka Bentuk

Kredit: Sony Interactive Entertainment

Rupa PS5 Pro kekal konsisten dengan keseluruhan keluarga PS5. Ketinggian adalah sama dengan PS5 original, manakala saiz juga sama dengan model PS5 terkini untuk menampung spesifikasi yang lebih tinggi. Pemain boleh menambah Ultra HD Blu-ray Disc Drive, atau menukar penutup konsol apabila ia tersedia.

Kredit: Sony Interactive Entertainment

Konsol ini serasi dengan semua aksesori PS5 yang ada, termasuk PlayStation VR2, Portal PlayStation, DualSense Edge, Access controller, Pulse Elite dan Pulse Explore. User interface dan perkhidmatan netwok juga kekal sama.

Harga dan Ketersediaan

Kredit: Sony Interactive Entertainment

Konsol PS5 Pro akan tersedia pada harga runcit $699.99 USD. Malangnya, harga di Malaysia masih belum diumumkan lagi.

Ia akan termasuk SSD 2TB, DualSense wireless controller dan game Astro’s Playroom yang siap dipasang sekali dalam konsol. Model Pro tersedia sebagai konsol disc-less, dengan pilihan untuk membeli Disc Drive secara berasingan.

PS5 Pro akan dilancarkan pada 7 November 2024. Prapesan akan bermula pada 26 September 2024.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: PS5 Pro
ShareTweetSend
Previous Post

Interviu STALKER 2: Heart of Chornobyl – Proses Pembangunan Selama 15 Tahun!

Next Post

NBA 2K25 Rasmi Dilancarkan! Bina Legasi Bola Keranjang Sendiri!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
NBA 2K25 Rasmi Dilancarkan! Bina Legasi Bola Keranjang Sendiri!

NBA 2K25 Rasmi Dilancarkan! Bina Legasi Bola Keranjang Sendiri!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd